Buku novel yang tebal beberapa inci itu dipandang seketika.Mampukah dia habiskannya dalam tempoh sehari.Ulang sekali lagi,sehari.Terasa dirinya ditertawakan oleh temannya.
"Sudahlah Jungkook...janganlah gelak" katanya sejurus meletakkan semula buku itu di rak.Jungkook berhenti dari ketawa namun senyumannya masih tidak hilang.Dia tahu,gadis itu sudah tewas.Tetapi,dia tidaklah mengejeknya.Malah meminta maaf padanya.
Kim youjung atau mesra dipanggil Youjung,duduk dimeja perpustakaan itu dengan melepaskan keluhan dibibir.Jungkook menarik kerusi dan duduk disebelahnya.
"Apa?"
Jungkook masih memandangnya.Ianya membuatkan Youjung berasa gelisah pabila melihat mata Jungkook.Entah mengapa,dia jadi tidak tentu arah apabila Jungkook memandangnya.
"Kau nampak cantik" jawabnya sambil tersenyum.Dia menongkat dagunya dengan tangan kanan sambil melihat Youjung.
Air muka Youjung serta merta berubah.Pipinya berasa panas.Spontan dia mengipas-ngipas mukanya dengan tangan dan memandang tempat lain.Dia menekup mukanya sambil mengeleng kepala beberapa kali.Oh tidak...dia buat lagi.
"Sudahlah Jungkook.Janganlah pandang aku macam tu.Buat macam biasa tak boleh ke?" tanya Youjung.Namun,dia masih memandang tempat lain.
"Dah...pandang sini.Tak yah nak malu-malu.Kawan kau je kot.Apa kes" kata Jungkook dengan selamba.Youjung mengubah posisi menghadap kehadapan.Sunyi.Hanya bunyi jam yang berdetik dan kipas angin yang berada diatas.Jungkook hanya mendiamkan diri.Tangannya membuat bunyi seperti muzik tapi tidak terlalu kuat.Youjung pula meletakkan kepalanya pada meja.
"Jom pergi jalan-jalan...atau pergi tempat...biasa" kata Jungkook dengan lambat.Nadanya juga tenggelam.Youjung seakan tahu maksud juga.Dia memegang pergelangan tangan Jungkook dan berjalan pantas ke tempat tersebut.Dia tahu,disitulah Jungkook melepaskan segala-segalanya. Kadang kala,dia turut sedih dengan apa yang dilalui oleh Jungkook.Air matanya akan bergenang setiap kali melihat air mata Jungkook mengalir.
"Youjung...aku naik dulu atau kau" kata Jungkook sambil memandang tempat itu diatas.Terdapat tangga disediakan.
(Anggap tempat itu seperti Mv BTS prologue)
Tiada jawapan dari mulut Youjung.Hanya angin laut bertiup menerbangkan rambut Youjung yang panjang itu.
"Aku"
Youjung segera memanjat tangga itu dengan berhati-hati.Apabila Youjung sudah sampai,Jungkook memanjat tangga itu.
Angin laut bertiup lebih kuat berbanding dibawah.Jungkook duduk disitu sambil menghadap ombak laut yang luas itu.Dari jauh pandangannya,Terdapat bayangan gunung ganang yang ada jauh dari tempat mereka duduki.
"Aku tahu,masih ada sisa lagi dihati kau.Takpelah,lepaskan semuanya"Youjung menepuk bahu Jungkook dengan lembut.
Genap setahun,keluarga Jungkook pergi meninggalkannya seorang diri.Kejadian itu kembali berlayar dikotak memorinya.
Flashback
Pada waktu itu,cuti penggal ke-2.Keluarga Jungkook sudah merancang untuk pergi pulang ke halaman kampung iaitu di Busan.Namun,malang tak berbau,Disebabkan kecuaiannya En Jeon kerana tidak servis kereta,En jeon tidak boleh menekan brek dan mereka semua berlanggar dengan sebuah lori.
Kereta mereka hilang kawalan dan ternampak ketepi jalan.Keadaannya pada waktu itu terbalik.Badan-badan Jungkook tercedera dan kepalanya berdarah.Dengan kekuatan yang dia ada Walaupun sikit,dia berusaha keluar dari kereta dengan mengesot.Akhirnya,dia berjaya juga.Dia cuba bangkit.
" Tolong ! Tolong !" Terhuyung hayang Jungkook berjalan.Dia pergi ke bahu jalan raya untuk minta pertolongan,Namun sebarang kenderaan tidak kelihatan.Jungkook berjalan perlahan-lahan.Tiba-tiba sahaja,bunyi kuat dari belakang mengejutkan nya dan dia terjatuh.
Kereta itu terbakar kerana mintak yang tumpah.Jungkook seakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Omma !!! Appa !!! Hyung !!!" Jungkook menjerit sambil menangis.Kesakitannya tidak dipedulikan.
Di hospital,tiga mayat iaitu ibu,ayah dan Abang kepada Jungkook dibawa kebilik mayat.Badan mereka rentung dibakar.Sungguh ngeri dan ia membuat Jungkook trauma sehingga pihak hospital mahu menghantarnya kehospital sakit jiwa.Namun,nasib menyebelahinya.Keluarga Youjung dengan ikhlas mengambil Jungkook supaya tinggal bersama mereka.Tapi kenangan bersama keluarganya tak dapat dilupakan.
End of Flashback
Jungkook tersedu-sedu menangis.
"Kenapa aku..."katanya perlahan diikuti tangisannya.Hati Youjung dijentik dengan sentuhan tangisan Jungkook itu.Kalau dia berada ditempat Jungkook,dia yakin dia juga tak dapat terima kenyataan.
" Kenapa aku ?!!!!!" Jungkook menjerit.Tangisannya semakin kuat.Baik lelaki,baik perempuan,semua sama.Manusia semua lemah.Mana mungkin ada orang yang tidak diulit rasa sedih,pilu segala-segalanya.
Youjung memeluk bahu kawannya itu.Dia menggosok lengan Jungkook supaya Jungkook berasa lega.
"Dunia ni tak adil Youjung..."
"Terima kenyataan dan biarkan mereka pergi Jungkook.Dunia ni adil.Kita yang hidup ni kena teruskan perjalanan kita."
"Aku tak boleh"
"1000 kali kau cakap tak boleh,Memang tak boleh.Cuba kau bangkit dan teruskan perlarian kau.Jangan jadi yang terakhir..." Kata Youjung.Kata-kata itu mendalam maksudnya.
"Macam mana,aku nak bangkit kalau...tiada siapa yang sanggup hulur tangan..."
Youjung hanya diam.Laut yang bergelora ditatap mereka berdua.Kata Jungkook itu agak mendalam.Siapakah gerangannya?