Bab Dua

3.1K 104 20
                                    

Watak:

Hafiz: A boy. The very tiptop bab agama.

Nur: A girl. The very the solehah (baru hijrah).

Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.

Tiba satu soalan, "Abang Hafiz, cane nak jaga hati?"

Hafiz sengih. Typical random one.

"Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, dan darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu mulut, telinga dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah."

"Mesti abang Hafiz tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat."

Hafiz sengih.

"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Hafiz serius.

"Lelaki yang jaga pandangan, akan diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul-betul."

Hafiz pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.

Few years before..

*****************************************

Hujan. Hafiz bergegas ke stesen bas untuk berteduh. Tiba-tiba bunyi macam.. suara apa mendayu-dayu ni. Haih banyak kali Hafiz istighfar.

Hafiz tengok sekeliling. Tiba-tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran.

Nur selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Nur tengok sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Hafiz. Hafiz tunduk..

Tiba-tiba Nur rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua-duaan. Lagipun Hafiz pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.

Hafiz pandang sekilas.

"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Hafiz.

"Argh! Istigfar Hafiz!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.

Esoknya..

Hafiz pergi library. Saja nak lepak. Kat bilik roommate duk memekak lagu Korea. Kat library, heaven, takde orang nak kacau.

Nur buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul-betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok.

But.. Hafiz pasang telinga.

"Macam kenal suara ni.."

Rupanya port Nur lepak dengan port Hafiz bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku.

Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Hafiz untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.

"Assalamualaikum?"

Nur teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.

"Err miss?" Hafiz try lagi.

"Already a MADAM!" Nur bangun dan blah.

Anugerah IlahiWhere stories live. Discover now