Jiran

370 4 0
                                    

Kisah ni seingat aku sekitar 2013. Masa tu cuti sekolah bulan November. Kiranya hujung hujung bulan 11 la.

Rumah aku duduk ni, rumah teres je. Rumah aku ni rumah kedua dalam barisan teres tu. Kiranya cerita yang aku nak kongsi ni, pasal rumah jiran sebelah aku. Rumah dia corner lot.

Nak jadi cerita, cuti sekolah memang kawasan perumahan ni hambar dan sunyi je. Yelah, masing masing pergi bercuti. Yang ada kat lorong aku masa tu lima buah family je. Yang lain rumah berkunci. Rumah sebelah kanan aku ni dah bercuti ke Penang. Holiday kan.

Aku perasan, rumah sebelah kiri aku ni keretanya takda. Tapi rumah riuh semacam je. Mari la kita namakan jiran aku ni, Mak Cik Pijah.

Mak Cik Pijah ni memang riuh orangnya. Anak dia takdela ramai sangat. Dalam 4 orang je. Semuanya dah besar panjang.

Ceritanya, hampir dua hari berturut turut aku dengar rumah dia ni riuh macam ada kenduri. Alah kau tahu la kalau kenduri tu macamana, bingit je. Bunyi periuk belanga, bunyi orang menumbuk guna lesung batu, senang cite memang bunyi orang tengah merewang macamtu.

Ada la dekat dua tiga kali aku terbau bunga rampai dalam sehari tu. Aku duduk je dalam rumah tengok tv.

Terdetik jugak dekat hati, 'tak mengajak ke jiran sebelah ni'. Bunyi bunyian tu semua jelas tau. Memang kau boleh tahu apa yang diorang buat.

Suasana tu makin lama makin riuh lepas Isyak. Dalam pukul 9 macamtu, bunyi macam macam la. Ada budak melalak, bunyi orang berborak. Bunyi macam kat kenduri la. Kau tahu la riuh macamana.

Yang aku ni dah macam tak selesa. Takde pulak kereta saudara mara Mak Cik Pijah ni parking depan rumah. Kereta dia pun tak ada. Tapi mak ayah aku cakap biarlah dia nak kenduri kendara dengan family. So malam tu aku buat tak tahu jela biarpun rumah sebelah sekejap bising lepastu senyap lepastu bising dan berlarutan sampailah aku tertidur.

Aku terjaga. Dalam pukul berapa pagi aku tak sure. Yang aku pasti bunyi orang ketuk dinding bilik aku makin lama makin bertubi kuatnya.

Ha macamnilah. Kau bayang je kau tengah syok tidur, orang ketuk dinding kau kuat kuat tak berhenti sambil bunyi suara orang beratib dalam kumpulan. Ha kau rasa apa time tu? Geram kan?

Tapi tak bagi aku. Aku melompat dari katil lari pergi bilik mak ayah aku. Sebab dinding bilik aku ni bersebelahan dengan ruang tamu rumah Mak Cik Pija. Jadi apa jadah orang sebelah rumah nak ketuk dinding aku pagi buta sambil bunyi orang beratib? (Macam berzikir dalam kumpulan tapi tak jelas butir kata)

Maka tidurlah aku dengan mak dua beranak dekat ruang tamu.

Pagi tu mak aku siram pokok. Bila mak masuk rumah mak cakap sunyi je rumah sebelah. Kereta pun takde.

Jadi aku buat tak tahu jelah. Biarpun rasa pelik tu macam nak tembus dada.

Haritu rumah Cik Pijah tu sunyi je tak macam semalam, bercelaru.

Sampailah malam tu...

Ayah aku masuk rumah dan bercerita dekat aku dengan mak.

Ayah aku baru balik surau lepas solat Isyak. Terserempak dengan suami Mak Cik Pijah yang kebetulan nak tutup pintu pagar rumahnya. Ayah aku pun bersembang la sekjap pasal kenduri semalam tu.

Kau tahu apa suami Cik Pijah cakap?

Dia sekeluarga baru je balik dari Kelantan sebab berubat selama dua hari. Yang ayah aku meremang telan ailio mendengarnya.

Cakap jiran tu lagi, dia pergi berubat sebab tak tahan sekeluarga kena gangguan dalam rumah tu.

Jadi meloponglah mulut aku dengan mak dengar cerita ayah.

Esoknya aku nampak ada ustaz datang rumah Mak Cik Pijah. Nak 'bersihkan' rumah tu. Dalam minggu tu jugak, dorang buat kenduri doa selamat macam tu lah.

Sejak dari tu dah takde gangguan pelik dah. Alhamdulillah.

Biarlah jadi pengalaman untuk kami sekeluarga.

Sekian.

------------------------------------------------------Assalamualaikum readers. Sila tinggalkan komen. Supaya saya dapat baiki kesalahan. Tq :)

RUMAH JIRANWhere stories live. Discover now