1 | Kurang ajar

16.9K 361 14
                                    

"Weh perempuan . kau bangun sekarang siapkan sarapan untuk aku. Aku nak pergi kerja." Tinggi suara Fiq kepada Raisya. Raisya tidak sedar akan suara Fiq kerana sedang dibuai mimpi. Fiq pergi dekat ke arah Raisya dan menarik rambutnya dengan kuat sehingga Raisya bangun.

"Abang sa...saya minta maaf. Saya tak dengar suara abang," rayu Raisya. Raisya tidak mengeluarkan airmatanya kerana hampir setiap hari
Fiq melakukan begitu kepadanya. Apabila Fiq melepaskan rambut Raisya, Raisya terus bangun dari katil. Raisya pergi ke meja soleknya dan mengikat rambut ala messy bun dan memakai spek matanya akibat tidak nampak pada waktu pagi.

Jam menunjukkan pukul 7;00 pagi dan Raisya terus menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk melihat apa yang ada untuk di buat sarapan untuk Fiq. Walaupun sikap Fiq begitu kurang ajat terhadap Raisya. Raisya tetap sayang akan Fiq.

Dia mengeluarkan nasi lebih malam tadi dari periuk nasi untuk masak nasi goreng cili padi dan Raisya mengeluarkan daging dari peti ais bahagian atas untuk masak daging goreng kunyit.

Raisya mulakan memasak apabila semua bahan-bahan sudah ada. Raisyaenambil masa selama 30 minit untuk menyiapkan nasi goreng cili padi dan daging doreng kunyit. Air pula, Raisya mengeluarkan peel fresh orange dari peti sejuk. Raisya hidangkan semua makanan di atas meja yang terletak berhampiran ruang tamu.

Tapak kaki Fiq yang turun dari tangga sudah di dengari oleh Raisya. Dia menyenduk nasi goreng dan meletakkan di dalam pinggan Fiq. Air sudah dituang di dalam cawan.

Fiq menarik kerusi dan mula duduk.

"Hm, makanla. Saya sempat masak ni je. Ingatkan nak buat lebih sikit. Tapi dah terlambat. Maaf," Raisya meminta maaf kepada Fiq.

Fiq makan sebanyak 5 sudu dan 1 gelas air peel fresh orange. Nasi yang diletakkan oleh Raisya dia tidak habiskan. Akhirnya, Fiq mengambil keputusan untuk pergi ke office. Dia bangun dari kerusi dan melangkah ke arah pintu. Raisya mengejar dari belakang dan mengambil tangan Fiq untuk disalam. Fiq menarik tangannya kembali dengan kuat dan menampar muka Raisya. Fiq benar-benar tidak suka akan Raisya.

Airmata Raisya mula menuruni membasahi pipinya dan berdoa dalam hati supaya tuhan menurunkan ego dan baran suaminya itu. Sebelum ini, Raisya selalu juga kene begitu. Tetapi kali ini, dia tidak tahu mengapa terasa sebak dalam dirinya.

- - - - - - -

"Selamat pagi Boss,"

"Selamat pagi Boss,"

"Selamat pagi Boss,"

Setiap pagi, Fiq akan mendapat ucapan apabila dia sampai ke officenya. Dia adalah pemegang syarikat Shafiq Nuffail Holdings. Mamanya ialah Puan Sri dan papanya pula Tan Sri. Keluarga mereka memang terkenal dengan projek besar-besaran. Fiq terus berjalan dan...

"Julia masuk ke bilik saya," Fiq menyuruh pembantunya memasuki biliknya setiap pagi untuk memberitahu jadualnya di office. Fiq terus memasuki biliknya. Dia membuka kot yang dipakai di badannya dan menggantungnya di tempat gantung yang disediakan untuk menggantung kot nya.

Pintu bilik Fiq terbuka dan Julia memasuki biliknya. Julia seorang perempuan yang sungguh perfect dengan kecantikannya. Dia memiliki muka berbentuk bujur sirih, mata yang bulat, bentuk bibir yang seksi serta merah merekah, kulitnya yang cukup putih dan ketinggian yang sederhana. Dia juga tidak bertudung.

"So, harini Bos ada 3 meeting. Iaitu dengan Fairuz Razman holdings pada pukul 10;30 pagi, Hairil Iskandar holdings pada 2;30 petang dan lagi satu TR holdings pada pukul 4;30 petang. Itu sahaja pada hari ini," ujar Julia dengan laju.

"Alright itu sahaja? Tolong siapkan barang-barang untuk meeting eh? Macam biasa. Okay thanks. Awak boleh buat kerja awak semula," ujar Fiq secara lemah lembut.

Masih Ada Bahagia Where stories live. Discover now