kopi o panas sedap

324 1 0
                                    

Petang itu badan aku tak berapa sedap.ada tiga abdomen rasa bukan-bukan. Pertama,kepala. Kedua perut dan ketiga tengkok. Menyesal pulak aku online malam tadi sampai jam tiga. Tapi,secara jujurnya aku tidak syak aku tidak sihat ini sebab online lama lama.

Aku target,ini sebab aku tertengok gambor azwan ali dekat insta dia. Entah kenapa aku pergi stalk instagram dia pun aku tidak tahu. Ini memang satu aktiviti yang tidak patut. Pernah satu saat tu,aku risau takut takut aku dirasok hantu hingga stalk instagram gambar aneh aneh.cepat-cepat aku mengucap dua kalimah syahadah. Lancar!aku terus mengusap ngusap dada tanda rileks dalam hensem.

Sepatutnya aku pergi bukak konsert metallica ke, the kooks ke,paling tidak pun kompolan wali band dalam yutiub. Walaupun diorang dalam satu genre yang berlainan, tetapi diorang mempunyai satu matlamat yang sama. Yaitu menghiburkan hati peminat muzik. Aku cuba membayangkan, seluruh dunia mempunyai satu minat genre muzik dan kumpulan yang sama. Semua minat abu bakar ela. Muziknya,perwatakannya. Bumi ini boleh menjadi satu planet tidak siuman.

Aku ketawa sendiri lalu aku pandang ke kanan tilam. Ada satu cakera padat abang aku beli waktu dia muda. Ceramah ustaz ismail kamus. "Siksaan orang yang tidak solat".

Aku tak jadi ketawa lagi. Bingkas aku bangun dan menuju bilik air untuk ambil air sembahyang. Elok aku turun nak ke tandas,aku terpandang abah aku sedang menonton tivi cerita hindustan.

"Ahhh,rileksss la kejap tengok hindustan."

Elok aku duduk,terus aku di ajukan soalan pedas.

" kau dah sembahyang belum?sembahyang malas,surau taknak pergi".

Aku akur,dan terus ke tandas mengambil air sembahyang. Kadang kadang tu aku tidak paham,kenapa televisyen malaysia suka tayang cerita best ketika waktu waktu yang salah.

Ingat aku sewaktu dahulu,darjah empat. Tv3 ada tayang cerita superhero tajuk chempiang. Aku sebagai kanak kanak yang comel,sangat suka cerita itu. Tapi,kejadah betul tayang cerita sedap pada waktu maghrib. Mak aku yang pada waktu itu,seorang pengetua hal ehwal hiburan dari jam 7 hingga 8, berkuasa penuh. Jadual maghrib memang sudah tersedia. Mandi,sembahyang,mengaji dan barulah tonton televisyen.

Lepastu,jangan pula lah disebut perihal kartun crayon sin chan . memang aku tidak dapat tonton secara dirgahayu,bersepadu dan kesaksamaan. Walaubagaimanapun,aku seorang anak yang taat. Aku patuh pada arahan kedua orang tua. Bilang saja,apa mak aku suruh buat,aku kerjakan dengan seikhlas hati.

"Duk!duk!duk!."

"Hairi!cepat sikit guna tandas,mak sakit perut ni!".

Diam tidak diam,sudah lima belas minit aku mengelamun di dalam bilik air. Gila betul! Aku kena pantas mengambil air sembahyang. Walaupun pantas,aku harus tertib dalam menjalani rukun ambil air sembahyang.

Sesudah aku selesai solat dengan tertib dan khusyuk,aku berbaring sekejap.

Aku memandang ke atas. Ada enam ekor labah-labah. Aku menyedari,antara salah seekor dari enam labah-labah ini,pasti ada seekor yang mempunyai kuasa superpower yang mampu menukarkan aku menjadi spiderman.

Kalau aku jadi spiderman, orang pertama aku nak tangkap ialah neolofa. Berani-berani betul dia mencuri hati aku yang suci nan murni ini lalu berlalu pergi. Akan ku tangkap dia dan hatinya lalu membawanya kepada tok kadi. Dengan sekali lafaz,kami disatukan menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Akan kubinakan satu negara sebagai tanda percintaan yang tulus. Negara itu aku namakan " abang sayang awak". Aku sebagai raja dan neolofa sebagai pemaisuri. Enam orang gundik akan dilantik untuk menjaga setiap daerah. Masing masing akan aku bekalkan set tudung ariani untuk menghilangkan sifat gila kuasa dan tamak jawatan.

"Meeerriiimiiii,meeriiimiiii,woaahhhhhh. Sudikaahh kauu menjadii isteriiii......"

Aku menyanyi dengan gembira.

"Macam celaka" sambil aku ketawa sinis.

Jam pun dah menunjukkan jam enam petang. Elok benar aku siap siap pakaian sukan bola sepak dan menuju padang depan rumah aku. Orang taman aku pernah gelarkan aku sebagai the next kun aguero.

Mana tidaknya,muka pun ada, skill bola sepak pun power. Apa lagi masyarakat hendak?apa lagi? Kira-kira ada juga enam ratus bijik gol aku sumbang dalam kejohanan piala taman.

Ah,sudahlah menggelamun. Aku nak pergi main bola sepak.

Apahal Bero,apahal?Where stories live. Discover now