Air Mata

13 0 0
                                    

                                                                                          


Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2014 .Semuanya kelihatan sempurna kerana dihiasi dengan segala kelengkapan yang baru .Dan hari ini juga lah Fariqah mula menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru .Setibanya dia di hadapan sekolah ,dia melihat seseorang yang cukup dikenalinya .Seseorang yang mampu mengingatkannya  mengenai memori yang masih segar diingatannya setahun yang lalu .Ikmal .Seorang budak yang pernah diberikan sepenuh hatinya tetapi disebabkan suatu insiden,Fariqah nekad untuk melupakannya buat seketika .Hatinya terusik tatkala Ikmal berlalu pergi tanpa berkata walau sepatah .Tiba-tiba seseorang telah menyapanya dan menghentikan  lamunannya .Fariqah kenal si pemilik suara itu .Ya.Itu rakan baiknya Fina . 

"Wei ,kau mengelamun apa pagi-pagi ni ?sampai aku panggil dari belakang tadi pun kau tak perasan ." usik Fina sambil tercungap-cungap. "Kau ada panggil aku eh ?bila ?sorry lah aku tak perasan .Kau pun tahu kan aku kalau tengah berjalan mana pandang orang kanan kiri ." balas  Fariqah sambil membuat muka selambanya . "Haa ,itu aku tahu .Sebab tu kau pijak tahi kucing pun kau tak perasan kan ? hahahahaha." Dengan pantasnya Fariqah menjengah kakinya yang dikatakan telah terpijak sesuatu yang amat sensitif jika terbau dek hidung .Rupanya Fina telah mengenakannnya dan lari meninggakan Fariqah yang terkebil-kebil seorang diri .Dia menggeleng sendiri melihat telatah rakannya yang sentiasa menjadi penceria harinya itu.Fina merupakan rakan baiknya sejak dibangku sekolah rendah lagi .Mereka juga merupakan jiran dan disebabkan itu lah mereka sangat akrab.



Jam sudah menunjukkan pukul 9:50 pagi .Dan itu bermakna murid -murid tingkatan empat dibenarkan untuk mengisi perut di kantin .Fariqah dan Fina jalan beriringan keluar daripada kelas untuk ke kantin.Tiba-tiba Fariqah terlanggar seseorang sewaktu hendak sampai di kantin .Botol airnya terjatuh dan diangkat oleh orang yang melanggarnya tadi .Sewaktu dia menoleh ,jantungnya terus berdetak dengan laju .Rupanya Ikmal yang tidak sengaja telah melanggarnya. "Nah botol awak .sorry ye saya terlanggar awak .saya tak perasan tadi." kata Ikmal dengan suara yang sedikit serak .Fariqah memandangnya lama .Ya .Dia perasan akan perubahan Ikmal .Dia bukan seperti ini .Mukanya terpapar kesedihan sedangkan dia tahu Ikmal merupakan seorang yang ceria dalam kalangan rakan-rakannya.Timbul rasa kasihan dalan diri Fariqah tatkala melihat orang yang pernah disayangi dahulu berubah secara drastik seperti itu . Tanpa Fariqah membalas apa-apa ,Ikmal pun berlalu pergi .Mungkin untuk mengisi perut yang berkeroncong atau hanya ingin lari dari bertentang mata dengan Fariqah .Selesai membeli makanan ,Fina mengajak Fariqah duduk di meja yang kosong untuk menjamu selera .Fina yang kuat makan terus membuka  Nasi Ayam yang telah dibelinya dan makan dengan penuh kelaparan .Fariqah hanya menjamah sedikit kuih yang dibelinya sambil di fikirannya memikirkan perubahan yang berlaku kepada Ikmal .Adakah salah Ikmal sepenuhnya atau ego yang menguasai dirinya yang membuatkannya semakin berjauhan dengan Ikmal .


Jika difikirkan semula apa yang telah Ikmal lakukan dan apa yang sedang dirinya lakukan untuk menghukum Ikmal,Fariqah rasakan dirinya tidak adil .Dia seharusnya memberikan Ikmal peluang untuk menebus kesalahannya .Sewaktu dia hendak tiba di muka pintu kelasnya ,rakan baik Ikmal,Ammar menegurnya ."Hai Fariqah .Lama kau tenung Ikmal tadi .kenapa? kau rasa bersalah ?haha." kata Ammar sambil tersenyum sinis ."Apa maksud kau ?Aku tak faham ." tanya Fariqah dengan perasaan yang tidak senang."Kalau kau nak tahu ,Ikmal berubah drastikk macam tu  sekali semuanya sebab kau ." balas Ammar tanpa sebarang noktah dan berlalu pergi meninggalkan Fariqah . Fariqah seakan tersentak setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Ammar .Ikmal berubah seperti itu disebabkan dia ? Rasa serba salah yang menebal  telah menusuk didalam hatinya ketika itu .Dia nekad untuk berjumpa dengan Ikmal pada hari esok untuk meminta maaf atas apa yang telah dilakukan kepada Ikmal .

Keesokkan harinya ,Fariqah sampai ke sekolah lebih awal kerana dia bercadang untuk berjumpa dengan Ikmal .Dia menunggu Ikmal di meja berdekatan dengan kantin kerana dia sering melihat Ikmal duduk berseorangan di kantin pada waktu pagi .Ketika dia sedang duduk ,dia terlihat seseorang yang sedang dia tunggu .Tanpa berlengah, Fariqah memanggil Ikmal untuk duduk di meja yang sama dengannya .Setelah duduk ,Ikmal dia seribu bahasa .Hanya Fariqah yang berani untuk bersuara . "Awak ,saya nak minta maaf .saya tak tahu pun awak berubah macamni sekali disebabkan saya .saya teruk .saya minta maaf sangat-sangat .saya tak patut buat awak sampai macamni sekali ." kata Fariqah menghela segala rasa bersalahnya dihadapan Ikmal .Ikmal yang mulanya hanya tunduk mengangkat mukanya setelah mendengar Fariqah meminta maaf ."Takpe lah awak .bukan salah awak pun .saya yang buat awak macamtu .memang patut pun awak benci saya .saya okay lah .awak tak salah pun .tak perlu rasanya awak minta maaf pada saya ." balas Ikmal dengan nada yang perlahan .Sememangnya perbualan mereka itu hanya dapat didengari oleh mereka berdua sahaja .Pelajar lain yang lalu lalang di situ tidak diendahkan oleh mereka berdua ."Saya tahu semua ni memang salah saya .saya menyesal Ikmal ." kata Fariqah lagi .Tanpa diminta ,air matanya yang ditahan sejak malam tadi menitis jua .Kain sekolah birunya itu terlihat tompokkan air matanya ,"Awak jangan lah nangis  .saya tak salahkan awak pun atas apa yang jadi ni .saya yang buat awak macamtu ,memang patut pun awak tinggalkan saya.Dah ,jangan nangis lagi eh .saya ada kerja sikit ni .kawan saya dah tunggu tu .awak lap air mata awak tu .pergi beratur dulu eh .maaf ,saya kena pergi ." Fariqah menangkat mukanya dan bersuara ,"Ikmal ! Kita boleh jadi kawan balik kan ? " tanya Fariqah dengan penuh pengharapan ."Mestilah boleh .saya masih sayang awak ."kata Ikmal sambil melemparkan senyumannya dan berlalu pergi .Fariqah tersenyum lega mendengar kemaafannya diterima oleh Ikmal dan ayat terakhir Ikmal menjadikanya berhenti daripada meneruskan tangisannya itu .



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SetiaWhere stories live. Discover now