"Oi. Kau menangis beria ni asal?" Hafidz segera melabuhkan pungung disebelah Nad. Muka Nad yang mula memerah sebab nangis beria dia pandang pelik.
"Hindustan" kata Nad dengan suara serak-seraknya. Hafidz ketawa.
"Sebab cerita banyak lagu ni kau sedih?! Hahahahahahahah serious lah kau?" Katanya sambil gelak. Nad menjeling. Langsung tak menjawab. Baik dia tengok lakonan Shah Rukh Khan dengan Kajol kat depan ni ha.
Dah berpuluh kali dia tengok tapi dia tetap menangis tengok reaksi Kajol bila ayah mertua dia tak bagi restu. Nad seakan boleh rasa apa yang Kajol rasa.
Hafidz merengus. Ceh tak layan eh. Matanya terus memandang televisyen hm nak tengok juga apa yang best sangat cerita ni.
Nad mengesat airmatanya. Akhirnya Shah Rukh Khan tahu juga Khritik Roshan tu adik dia. Dia terharu dengan apa yang Khritik Roshan buat untuk satukan balik keluarga dia.
Dia menggeliat sedikit. Lenguh berejam duduk hadap tv. Tiba-tiba dia terdengar suara esakan dari tepi.
"Awak nangis?! Hahahahahahahahahahahahahahahahahaha" Nad dah ketawa terbahak-bahak. Hafidz merengus. Ah. Jatuh lagi ego aku harini.
Hafidz baling bantal ditangannya ke muka Nad sebelum terus berlalu masuk ke biliknya.
"Huh. Mana aku tahu cerita tu boleh jadi sedih macam tu. Menyesal aku tengok. Bikin malu je" bebel Hafidz lepas menutup pintu biliknya. Mukanya diraup. Ah malunya.
YOU ARE READING
Cerita
RandomAku tulis ikut rasa. Tak ada tema yang menghalang. Kerana aku bukan gadis yang beridea satu tapi bercabang. Aku, Tulis ikut rasa.