Seringkali bertanya sendiri
Apakah kisah kita kan ada penghujungnya
Dan jika benar ada, bila?
Telah lelah kaki melangkah
Bertubi serangan emosi singgah di jiwa
Lelah terperosok seakan hampir tak bermaya
Lelah hati berperang melawan sendiri
Pekakkan telinga untuk yang entah ke berapa kali
Paksa ku bibir ini untuk tetap tersenyum manis
Bila ada sahaja mulut mulut laju bertanya
"Sudah la tu kahwin je la cepat"
"Lama dah kan korang ni berkawan,cepat cepatlah langsung"
Bilang pada aku siapa sahaja yang tak mahu untuk ke fasa itu
Pasti tidak ada yang bakal mengangkat tangan
Kalau ada beranilah untuk maju tampil di depan aku
Tunjukkan betapa gahnya kamu agar dapat aku berjabat tangan,meminta tips darimu
Kisah kita masih di situ
Tergantung, masih di tahap yang itu
Mungkin harus aku bilang masih menunggu
Dari pihak kamu mahupun aku
Kerana kita sama sama tahu kata putus yang satu itu
Mungkin bakalan takkan ada kita
Takkan ada kau,aku dan kelambu
Kalau ditanya mana penghujung
Takkan ada jawabku.
YOU ARE READING
Mana Penghujung
RomanceSeringkali bertanya sendiri Apakah kisah kita kan ada penghujungnya Dan jika benar ada, bila? Telah lelah kaki melangkah Bertubi serangan emosi singgah di jiwa Lelah terperosok seakan hampir tak bermaya Lelah hati berperang melawan sendiri Pekakkan...