Sebelum tibanya matahari, aku sering duduk ditepi tingkap.
Termenung?
Ya, aku sering termenung.
Tapi, mood termenung aku hilanglah pula! Bukan hilang mood sebab kucing aku berak awal pagi atau ibu menjerit suruh solat subuh.
Tapi,
Jiran aku yang serupa cakap macam makcik-makcik, sering berkata-kata. Kekadang berbicara benda yang tidak berfaedah.
Ada ke cakap aku termenung setiap subuh pagi sebab memikirkan aku yang masih tidak berkahwin dengan kerjaya yang tidak stabil?
Kahwin? Kerja?
Aku baru lepasan SPM kot!
Mentang-mentanglah makcik-makcik ini baru balik dari solat subuh disurau. Maka, bebaslah untuk mereka berkata-kata?
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang bermain difikiran aku.
"Kekadang saya terfikir! Apakah hidup sentiasa secerah matahari atau kabur seperti kabus!"
Menjerit dengan senyuman aku berikan pada makcik-makcik tersebut.
Mereka terpinga-pinga.
Hahahahaha.
Aku sebenarnya tak ada motif pun nak bagi makcik-makcik dengar.
Saja menjerit. Aku bosan.
Perut aku sakit kerana terlalu banyak ketawa. Hehe
Macamanalah keluarnya fakta yang mengatakan orang yang kuat ketawa dengan perkara kecil adalah seorang yang stress?
mungkin betul dan juga mungkin tidak betul. sebab manusia masih tidak mampu untuk berbicara tentang dalaman makhluk yang bergelar manusia.
Saat aku berbicara sendiri.
Ibu datang membawa pesanan.
"Mira, cepatlah bersiap. Ayah ibu dah lama siap ni. Takkan nak datang busuk-busuk macam tu."
Sering ibu aku memerli.
Haihh
Ya ibu, aku faham.
Aku memang busuk.
Aku tak suka mandi.
Mata aku terkebil-kebil memandang siling. Aku masih lagi mengantuk. Entah kali ke berapa aku menguap pun aku tak tahu. Tak pernah pula terfikir nak kira berapa kali aku menguap.
Langit yang kekal biru tua sebentar tadi telah mula bersinar. Disinari dengan cahaya matahari.
Berfikir tentang matahari buat aku tersenyum dan ketawa sendiri secara tiba-tiba.
Bagaimana aku boleh berfikir untuk menjadi matahari?
Entah bagaimana aku ingin menjadi matahari?
Bagaimana aku mampu bersinar seperti matahari?
Well, berangan itu indah.
Okay lah, aku nak bersiap bertolak ke batu pahat, johor ni!
Bertolak menuju ke sebuah kolej yang jauh dari bandar Kuala Lumpur dan family yang sentiasa disisi."Bye-bye kucing aku semua." Terasa air mengalir disudut mata.
Aku melambaikan tangan kepada kucing-kucing yang masih sedang sibuk menikmati makanan. Mereka tidak memikirkan aku atau berasa sedih dengan kepergian aku ini.
Perlahan-perlahan aku menutup pintu rumah. Dengan air mata yang masih lagi mengalir di pipi.
* * *