Bab 4

28 1 0
                                    

Puteri mengambil tempat dihadapan Khai di sebelah Shasha.Dia mengambil pesanan Nasi Goreng Kampung manakala minuman Milo Ais.Puteri Bukannya berasal daripada keluarga berada.Kehidupan Puteri sangatlah sederhana.Arwah papanya dulu seorang staf di sebuah syarikat.Mamanya pula hanyalah seorang surirumah.Namun,Puteri bersyukur dengan Apa yang Allah telah berikan Kepada keluarganya.Dia bangga dengan papanya kerana telah berjaya membesarkan anak-anaknya hingga berjaya. Mana tidaknya,Abang sulungnya,Putera Aiman Iskandar,29 telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Putera Puteri Holdings.Abang keduanya pula,Putera Alif Iskandar,25 merupakan seorang doktor.Kakaknya,Puteri Zara Alisha,21 sedang mengambil diploma dalam bidang pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia.Puteri sendiri sedang menuntut di Kolej Universti Islam Antarabangsa dalam bidang perniagaan.Umur?haha.19.

"Puteri,kau ok?" Tegur Khai setelah melihat rakannya menggelamun.

"Aku ok..Tiba-tiba terpikir Pasal Family aku"

"Asal?Family Kau ade masalah ke?" Shasha yang sedang menikmati chicken chop nya,menyampuk.

"Takde la,haha.just Aku terfikir la semua adik-beradik Aku Dah besar.Masa tu cepat je berlalu." Puteri meneguk sedikit Milo Ais Yang dipesan untuk membasahkan tekak.

"Memang la..Masa sekarang kan?Cepat sangat.Aku rasa dulu kita baru Fom 1...Sedar-sedar Dah 19." Khai menambah.

"Puteri, Kau still tak dapat lupakan Nazmi?" Tanya Shasha.

"Em,ape Kau ni Sha.Aku dah lama lupakan Nazmi la.Dah tak ingat dah pun.Aku dengan dia pun dulu Couple main-main je.Cinta monyet kan?"

Ya,Puteri dengan Nazmi Arif bercinta sejak umur 15 lagi.Orang sibuk Belajar,dia pula sibuk Dengan Cinta monyetnya.Hubungannya Dengan Nazmi berjaya Bertahan selama 3 Tahun.Ya,baru Tahun lepas mereka break.Sebab?Nazmi dah ada Syakila.Baginya,walaupun cinta monyet, tapi,sakitnya tetap terasa.Puteri sayangkan Nazmi.2 tahun di sekolah bersama Nazmi, tipulah Kalau tak rasa apa-apa.Namun,selepas tamat persekolahan,Nazmi kerap enjoy,keluar bersama-sama rakannya ke Times Square,Pavilion, The Mines,Mid Valley.Nazmi malas untuk sambung belajar.Maklum la,Nazmi merupakan anak orang berada.Anak kepada Dato'Razman.Seorang ahli perniagaan berjaya.Tiap-tiap bulan Dato'Razman akan memasukkan duit ke Dalam account Nazmi.Sayangnya,Nazmi menyalahguna duit yang diberi hasil titik peluh ayahnya.Nazmi mengajaknya keluar ke sana kesini tapi,faham-faham la,Puteri mana boleh lepas Dengan senang.Nak keluar je,kena menghadap dua orang abagnya.Sifat Abang Aiman Yang sedikit tegas berbanding Abang Alif kadang-kadang menakutkan Puteri.

" Puteri,Aku tahu.Kau still tak boleh lupakan Nazmi kan?Tengok muka Kau pon aku tahu la" Shasha menebak perasaanku.

"Puteri,look...Nazmi tu dia lain sikit.liar.Tengok la,awek baru dia sekarang,pakaian dia camne?Aku rasa okay ape kau clash dengan dia.Aku Kalau boleh,taknak la kau terus couple dengan dia.Aku taknak jadi apa-apa kat kau.Aku taknak Kau rosak Ikut perangai dia" Kata Khai panjang lebar.

"Haritu,Aku otw balik dari butik mama Aku,Aku Nampak Nazmi dalam keadaan mabuk.Jalan pun tak betul.Tengah berpelukan pulak tu dengan si Syakilla.Kau rasa?" Shasha menambah.

"Entah la,Aku tak tahu.Aku still ada rasa sayang kat dia.Aku dah try buang,tapi susah.Korang tahu kan Aku Kalau sayangkan Orang,camne?" Jujur dia masih sayangkan Nazmi sama seperti dahulu.Dia tidak pernah melupakan Nazmi.

"Puteri,Kau kena lupakan dia.Kau Kena.Please la,demi kitorang.Move On." Kata Khai.Tegas.

"InshaaAllah,Khai,Shasha..Aku try." Mahu sahaja dia menitiskan air mata bila kisah antara dia dengan Nazmi diungkit.

Setelah satu jam setengah Melepak,Puteri memandu pulang Myvi nya.Dia teringat memori Indah yang tercipta diantara dia dengan Nazmi ketika di sekolah menengah.Air matanya menitis entah kali yang keberapa apabila teringatkan Nazmi.

.PUTERI.Where stories live. Discover now