{Jaeguk High School}
Hari ini adalah hari pertama persekolahan bermula selepas cuti sempena tahun baru.Jadi bermulalah azam masing-masing.Ada yang nak belajar bersungguh-sungguh.Ada juga yang nak cari kekasih baru.Hehehe...Pelajar-pelajar yang berada di tingkatan 5 sekarang berkumpul di dewan.Mereka ada orientasi untuk peperiksaan penting.Yang akan menentukan sama ada mereka masuk universiti,kolej atau tidak.
Semua pelajar-pelajar mengambil tempat masing-masing.Kelihatan ada dua orang pelajar perempuan duduk di bahagian belakang sekali di sebelah tingkap.Seorang berambut perang dan seorang berambut merah.Mereka asyik bersembang sahaja.Para pelajar langsung tidak menegur mereka.Kata mereka takut.Ialah...Siapa yang tidak kenal mereka?Gengster yang paling popular di sekolah.Ianya adalah Song Jihyo dan Park Jihyo.Mereka menggelar mereka berdua sebagai 'Gangster Twin'.Mungkin sebab nama mereka yang sama.Jihyo.
Cara nak panggil Song Jihyo ialah dengan memanggil Hyo manakala Park Jihyo,JiJi.Senang sikit.Mereka ini memang lasak dan tidak suka bercinta seperti pelajar perempuan yang lain.Yang ada dalam kepala otak diaorang,bergaduh.Itu sahaja.Sebab tulah tiada siapa yang berani nak tegur diaorang.JiJi melihat sekeliling.Ramai pelajar merenung Hyo dan dia.Dia amat benci apabila orang merenung mereka.
"Apa tengok-tengok?!"tegur JiJi membuatkan semua terus berpaling ke arah depan.
Hyo memandang mereka dan tergelak sebelum memandang ke arah JiJi.Mereka terus sambung sembang tentang pergaduhan mereka dengan kumpulan 'Davichi'.Habis diaorang kena dengan Gangster Twin.Davichi yang cari gaduh dulu.Diaorang cari pasal dengan diaorang pun sebab teman lelaki Lee Haeri terpikat kat JiJi.JiJi nak kisah apa?Langsung takde masa nak layan cinta.
Tiba-tiba ada lelaki dalam baya 40-an berdiri di atas pentas bersama mikrofon di tangan.Ada 5 orang pelajar berdiri sebelah lelaki itu.Lelaki itu adalah pengetua sekolah itu.Yang bernama Yoo Jaesuk.Tuan Yoo berdehem sebelum memulakan percakapan beliau.
"Baiklah...Selamat pagi semua pelajar tingkatan 5...Tahniah sebab hadir ke sekolah walaupun ada di kalangan kamu terpaksa...Seperti kamu tahu,ini adalah tahun terakhir bagi kamu di sekolah ini...Sebagai ganjaran,saya sudah memilih 5 orang pelajar dari Blank High School dan Grand School.Mereka bukan calang-calang orang tahu tak?Diaorang ni pandai-pandai belaka...Baiklah...Sila perkenalkan diri awak..."arah Tuan Yoo sebelum menghulurkan mikrofon ke arah lelaki yang berambut perang.
Lelaki itu menggaru tengkuknya sebelum memandang ke hadapan.Dia menunduk hormat sebelum memperkenalkan dirinya,"Annyeonghaseyo...Jeoneun Xi Luhan imnida...I'm Chinese...Btw,I'm from Grand High School...".Semua pelajar menepuk tangan kecuali Gangster Twin.Mereka merenung muka kelima-lima pelajar yang berada di atas pentas.
"Annyeonghaseyo...Jeoneun Kwon BoA imnida...I'm from Blank High School..."perempuan ataupun dipanggil BoA menunduk hormat.Semua pelajar lelaki mula terpikat dengan kecantikkan BoA.
"Annyeonghaseyo...Jeoneun Kwon Soonyoung...Just call me Hoshi...Btw,I'm Kwon BoA's twin..."Hoshi menunduk hormat sebelum menunjukkan senyuman manisnya.Kemudian,dia menghulurkan ke arah pelajar perempuan yang berambut hitam dan bercermin mata.
"Annyeonghaseyo...Park Shinhye imnida...I'm from Grand High School..."Shinhye menunduk hormat.Mata dia tertancap pada Gangster Twin.Terus badan dia terkaku apabila Gangster Twin menjeling ke arahnya.
"Ehermm...Miss Shinhye..."Tuan Yoo cuba mengalih perhatian Shinhye.Shinhye memandang ke arah Tuan Yoo dan meminta maaf sebelum menghulurkan mikrofon ke arah seorang lelaki yang berbadan sasa.
"Annyeonghaseyo...I'm Shownu...I'm from Blank High School..."Shownu menunduk dengan malas.
"Baiklah...Kamu berlima boleh ambil tempat sepanjang orientasi ini..."arah Tuan Yoo dan menepuk belakang Luhan.
Mereka berlima turun dari pentas.BoA dan Shinhye terus duduk di sebelah Seulgi dan Junghwa.Mereka takut untuk duduk dekat dengan Gangster Twin.Mereka mungkin terlampau takut dengan renungan Gangster Twin.Shownu pula duduk di sebuah kumpulan iaitu kumpulan Monsta X.Salah satu kumpulan gengster juga.Hoshio dan Luhan masih tercari-cari tempat duduk.
Akhirnya mereka berhenti di hadapan Gangster Twin.Mereka meneguk air liur dengan mata terkebil-kebil.JiJi dan Hyo memandang ke arah mereka dan menggelengkan kepala.JiJi terus menggalas beg dan mengambil tempat di sebelah Hyo.Tapi Hoshi dan Luhan masih berdiri tegak seperti sedang nyanyi lagu negara mereka.
"Kenapa tercegat lagi kat situ?Aku dah bagi tempat duduk kan?Duduklah!"kata JiJi dan menyilangkan tangan.
"Entah...Tak reti nak duduk ke?"perli Hyo dan buiat high 5 dengan JiJi.
Luhan dan Hoshi hanya mengangguk sebelum duduk di tempat yang JiJi duduk sebentar tadi.Mereka mula rasa ketakutan sebab apabila diimbas kembali.Jaeguk High School dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang nakal tetapi bijak.Badan mereka menggeletar selepas teringat sejarah silam sekolah itu.
KRING~KRING~
Selepas beberapa jam mereka belajar di dewan,akhirnya mereka boleh masuk ke kelas masing-masing.Tapi ketika itu,waktu rehat.Pelajar tingkatan 5 diberi makan secara percuma oleh guru-guru.Mereka diberi kelonggaran untuk berehat di dalam dewan.Jadi semua pelajar tingkatan 5 memilih untuk berehat di dewan.Yelah...Kan ada pendingin hawa.
Gangster Twin berehat bersama-sama di penjuru dewan.Malas nak masuk campur dengan pelajar-pelajar lain.Sementara itu,Hoshi dan Luhan asyik melihat sekeliling.Mereka berasa takut sebab ada ramai pelajar-pelajar lelaki gengster.Bila ada orang ajak mereka makan bersama,mereka melarikan diri.
Hyo ternampak mereka berdua.Sambil-sambil itu dia mengunyah gimbap.Dia menolak bahu JiJi membuatkan JiJi memandang ke arah Hyo.Hyo menunding jari ke arah Hoshi dan Luhan yang seperti cacing kepanasan.
"Apasal diaorang larikan diri eh bila geng BTS ajak diaorang?"soal Hyo.Pelik dia rasa.JiJi menggelengkan kepala.
"Entahlah...Mesti dia takut sebab ramai geng2 budak gengster sekolah kita..."teka JiJi lalu minum sedikit air.
"Sian pulak aku tengok diaorang..."ujar Hyo.Eh!Gengster pun mesti ada perasaan kasihan lah!
"Tulah...Ajak diaorang makan dekat sinilah!"cadang JiJi dengan berani.
"Boleh jugak!Aku ajak diaorang!Kau jaga kawasan kita ni!"arah Hyo sebelum berlari ke arah Hoshi dan Luhan.
Ketika itu,Luhan dan Hoshi sedang melarikan diri dari kumpulan Boyfriend.Akhirnya,mereka terserempak dengan Hyo.Muka mereka terus pucat.Sebab takut sangat.
"Jom rehat dengan aku!Sian pula aku tengok korang..."ajak Hyo dan memandang ke arah dua jejaka tampan yang berada di hadapannya.
Hoshi menggeleng kepala sebelum memegang lengan Luhan.Mereka terus cuba melarikan diri tetapi Hyo sempat capai tangan Luhan dan Hoshi.Tanpa banyak cakap,Hyo terus membawa Luhan dan Hoshi pergi ke kawasan dia dan JiJi.
JiJi memandang ke arah Hyo dan melambai tangan.Perasaan takut lagi mula bertambah apabila ternampak JiJi's smirk.
***
Okay x?Btw,JiJi untuk Park Jihyo(Twice)...Hyo pula untuk Song Jihyo(Running Man)..Harap-harap semua suka..
YOU ARE READING
Gangster Twin In Love?!
FanfictionWATAK2 UTAMA: Park Jihyo Song Jihyo Kwon Soonyoung/Hoshi Xi Luhan