Qaisara mundar mandir di dalam Bilik nya. Hatinya buntu dan Kusut. Tunang nya daripada semalam tidak meyampaikan apa apa berita. Qaisara takut jika Nazim melarikan diri. oh tidak! dia tidak sanggup mendengarkan berita tersebut dikala Hari perkahwinannya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
"weh, kau nie pahal? dari tadi mundar mandir. pening kepala aku tengok kau nie. cuba bawa bertenang. kau duduk, tarik nafas. serabut aku tengok kau nie tau". marah Najwa kepada sahabat karibnya itu. Qaisara mengelengkan kepala nya beberapa kali.
"aku takut weh! dari semalam aku telefon Nazim tapi tak jawab jawab. aku takut dia ubah fikiran". kata Qaisara risau. Najwa memandang Wajah Qaisara yang penuh kerisauan.
"weh kau jangan main main. majlis kau nie dah nak dekat dah. lagi dua hari aje tau". kata najwa juga sudah mulai bimbang. Qaisara menahan air mata nya daripada jatuh ke pipi.
"ini lah yang aku risaukan! aku tak tahu nak buat macam mana! kau tolong lah aku. tanya dekat siapa siapa ada nampak Nazim ke tidak". pinta Qaisara bersungguh sungguh. Najwa menghembus nafasnya.
"kau gila ke apa? Nazim tu orang Kuala lumpur. siapa aje yang kenal dia kat sini? aku dah agak! aku memang tak setuju kau kahwin dengan dia. kau tengok lah sekarang nie? apa jadi?". marah Najwa. Qaisara menunduk.
"Nazim tak akan tinggalkan majlis nie. aku kenal dia! kau tak berhak nak tuduh dia macam macam". Marah Qaisara. Najwa mendengus geram.
"suka hati kau lah! sekarang kau call lah dia sampai dapat. aku cuba tanya dekat orang luar. kut kut si nazim ada singgah tadi". kata najwa yang mula mengalah. tiada gunanya dia meninggikan suara. Dalam keadaan sekarang, dia dan Qaisara harus dalam keadaan tenang.
"najwa! aku mintak maaf sebab marah kau tadi". kata Qaisara perlahan. Najwa tersenyum manis sambil mengangguk lalu mula melangkah keluar.
******
"kak najwa!". jerit seseorang. Najwa berpaling kepada suara tersebut. Haikal?
"ye kenapa haikal?". tanya najwa lembut. haikal memberikan sepucuk surat kepada Najwa.
"ada orang suruh bagi benda nie dekat akak Qaisara. akak tolong bagi eh? sebab haikal tak nampak akak qaisarah". kata Haikal dan terus sahaja berlalu. Najwa membelek surat tersebut sambil kaki nya melangkah masuk ke dalam Bilik Qaisara semula. Sesampai sahaja didalam bilik Qaisara, Najwa memberikan Surat tersebut kepada Qaisara.
"apa nie?". tanya Qaisara sambil memandang wajah najwa.
"haikal bagi aku tadi. dia cakap ada orang suruh bagi kat kau. kau baca lah, kut kut tu benda penting". kata Najwa lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Qaisara. tangan Qaisara berketar ketar membuka surat tersebut.
Kepada Qaisara,
maafkan Nazim kerana telah membuat qaisara risau. Nazim ingin mengundur diri daripada perkahwinan kita yang akan berlangsung tidak lama lagi. maafkan Nazim. Nazim tidak sanggup untuk Teruskan Pernikahan kita ini. anggap sahaja lah kita tiada jodoh dan terlalu muda untuk melayari bahtera perkahwinan sebagai seorang suami dan isteri. Jujur nazim kata kan, Nazim sangat sayangkan Qaisara, tetapi Qaisara bukan untuk Nazim Lagi. Sampai disini sahaja Hubungan kita. Nazim Harap qaisara faham dengan situasi Nazim.Air mata Qaisara menitis di pipi nya. sungguh dia tidak menyangka yang Nazim sanggup meninggalkan nya. Apa salahnya sehingga nazim meninggalkan nya???
"yaallah, Qaisara kenapa nie? kenapa menangis nie?". tanya najwa panik apabila melihat air mata Qaisara.
"na...nazim...dia dah tinggalkan aku.". kata Qaisara. Najwa memandang qaisara tidak percaya.
"astagafirullahalazim". kata seseorang menyebabkan Qaisara dan Najwa berpaling serentak. ibu??
"betul kah apa yang ibu dengar nie qaisara?". tanya Puan Mila yang berdiri di hadapan pintu biliknya.
"iya bu! Nazim dah tinggalkan Qaisara". kata qaisara sayu. Puan mila menyeka air mata anaknya yang jatuh ke pipi.
"sudah lah nak, anggap saja lah sara dengan nazim tiada jodoh". kata puan Mila sayu. Qaisara mengelengkan kepalanya. Baru Sahaja Qaisara ingin bersuara, Pintu rumah mereka diketuk.
"assalammualaikum". sapa orang tersebut dari luar. Najwa,Qaisara dan puan mila bergegas ke pintu utama rumah mereka. Qaisara terkejut melihat Datin Maimun serta Dato haidar bersama seorang jejaka yang tidak dikenali. Apa yang Mama Nazmi mahukan?
"datin,dato". sapa puan Mila lembut. Datin maimun terus sahaja memeluk Puan mila.
"maafkan saya untuk pihak lelaki, saya juga tak tahu mengapa Nazim Membatal kan majlis ini". kata datin maimun sayu. Qaisara hanya diam dan menundukkan kepalanya.
"tapi akak jangan risau, kerana majlis tersebut tetap akan diteruskan". tambah datin maimun menyebabkan Najwa dan Qaisara saling berpandangan.
"a...apa datin? saya tak salah dengarkah?". tanya puan Mila. Datin maimun pantas menggelengkan kepalanya.
"tidak, saya akan tetap meneruskan Majlis tersebut. tetapi qaisara tidak akan bersanding dengan Nazim, sebaliknya, Nazmi, iaitu abang Nazim. saya harap Qaisara dan akak setuju". kata Datin maimun. Puan mila tersenyum dan bersyukur lega kerana majlis tersebut akan terus dijalankan.
"macam mana sara? kamu setuju?". tanya Datin Maimun. Qaisara hanya sekadar mengangguk. dia terima semua ini kerana dia tidak mahu Puan Mila menanggung malu apabila mendengar berita pengantin lelaki lari.
"alhamdulillah. jadi sara, ini lah suami kamu. tengku Nazmi". kata Dato tengku Haidar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. qaisara memandang wajah tampan lelaki yang berada disebelah Dato tengk Haidar. lelaki tersebut sedari tadi hanya tunduk.
"Nazmi, tu qaisara". kata dato tengku Haidar. Nazmi menanggalkan kaca mata yang dipakainya lalu memandang tajam ke anak mata Qaisara. Qaisara menelan air liurnya. Kalut seketika. Tergamam kerana mata pemuda tersebut berwarna kelabu (grey).
Yeayyy hahaha wait for the next chapter guys. saya tahu so far sangat bosan kan? well nie adalah pertama kali saya buat novel tau. hahaha saya harap anda semua suka dan akan Tinggalkan Vote serta comment. jangan segan segan. kalau tidak suka dengan karya saya, boleh lah beritahu saya, jadi insyallah saya akan perbaiki. first update dan alhamdulillah. just wait for the next chapter, agak2 kenapa eh Si Nazmi tu terima aje untuk berkahwin dengan Qaisara? semua nya akan terbongkar. no worries ;) saya harap karya saya akan mendapat sambutan amin. okay bye guys :) saya nak sambung buat next chapter. hehe
YOU ARE READING
Kahwin Ganti
RomanceCERITA INI BERUNSURKAN SEX IAITU 18+. JIKA PEMBACA ADALAH BAWAH 18. SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB. MAAF JIKA SAYA MENGGUNAKAN BAHASA YANG KASAR DAN TIDAK SOPAN. Nur Nadia Qaisara seorang Gadis yang periang Dan Ayu. mempunyai wajah yang sangat man...