Arnab Merah Jambu.

33 4 0
                                    

Hannah memintal-mintal hujung rambutnya yang kasar seperti sabut kelapa itu.Dia,Nina,dan Mona duduk mengelilingi meja bulat di bawah pondok pengakap..

"Sudahlah keputusan tidak cemerlang,bagaimana mahu mendaftar masuk ke universiti?"Hannah menghela nafas..

"Nampaknya,awak tunggulah orang masuk meminang,selepas itu kahwin,dan kemudian beranak pinak.Tetapi,itupun jika ada yang mahu."Mona ketawa kecil.

Hannah menjungkit sebelah bibir dengan jelingan tajam.

Nina memetik jari,"Saya ada satu idea,Mungkin kita boleh cuba bidang peragaan.Dengan raut wajah yang cantik,senyuman yang memikat,tubuh yang langsing dan tinggi lampai,memang sudah cukup menjadikan kita seorang model berjaya."

Mona meraba pipinya yang montel.

"Awak lihat sahaja model terkenal Kimora Lee Simon.Wajahnya kacukan Cina dan Negro.Dia bukannya cantik sangat.Tetapi dia sangat berkeyakinan.Awak juga mampu jadi begitu.Mungkin awak perlu menukar fesyen rambut keringting kembang ala sarang tebuan awak itu kepada fesyen rambut terkini.Apa kata awak cuba fesyen rambut lurus?"kata Nina penuh semangat dengan cubaan memujuk Hannah menukar gaya rambutnya.

"Saya tidak cantikkah?"Hannah memegang rambutnya yang kembang berserabai.

"Bukan tidak cantik,tetapi menakutkan.Bayangkanlah sekiranya ada orang yang terserempak dengan awak pada tengah malam."

"Mengapa pula saya harus berjalan pada tengah malam?"

Nina mengetap bibirnya,geram.

"Maksud Nina,rambut awak itu kembang seperti hantu.Tak perlu tunggu tengah malam.

Hannah menjuih bibir.Dia memintal-mintal hujung rambutnya yang halus,panjang,dan keringting."Patutlah saya tidak pernah terpilih menyertai pertandingan dewi remaja."

"Selepas awak betulkan rambut awak,bolehlah awak mendaftar dimana-mana akedemi.Cikgu Hasimah pernah berkata,sekiranya kita tidak pandai dalam pelajaran,kita perlu pandai dalam bidang lain.Inilah masanya awak tunjukkan kebolehan."Mona menambah keyakinan.

"Fighting!" ucap Nina bersungguh.

"Apa rancangan kita seterusnya?"soal Mona dengan wajah serius.Mulutnya juga tidak henti mengunyah.

Nina mengerling."Mungkin awak boleh berusaha kuruskan badan.Manakala,saya pula meneruskan rancangan saya menjadi pelajar jurusan Permorming Arts.Dan mengecap kejayaan sebagai pelakon terkenal selepas tamat belajar,"ucap Nina penuh bangga sambil tangannya melentik memegang bahu Mona yang mengerling dengan ekor mata.

Mona menjuih bibir.Dia se


Hannah DanikaWhere stories live. Discover now