Malu-malu Kucing Parsi.

9 1 0
                                    

Mikael senyum senget.Langsung dia tidak terasa hati dengan dua gadis itu.Jenaka-jenaka kasar begitu sememangnya sudah sebati dengan jiwanya.Mikael segera mengambil tempat duduk di hadapan Hannah,"Saya tahu awak sedih dengan keputusan awak.Tetapi awak janganlah risau.Saya akan pastikan hidup awak tidak dipersiakan.Saya akan menjaga awak dengan baik.Saya janji."Mikael senyum dengan wajah malu-malu kucing parsi.

Hannah tidak memberi respons.

Kening Nina terjungkit sebelah. "Duit poket pun masih minta kat ayah,ada hati nak kahwin."Nina menggelengkan kepala.

"Betul cakap Nina.Macam mana result kau?Layak ke apply mana-mana U?"soal Mona sinis.

"Walaupun aku mungkin tak layak masuk mana-mana U,tapi percayalah,aku akan kerja kuat.Aku akan kumpul duit dan masuk meminang Hannah,awak tunggu saya tau?ucap Mikael penuh yakin.

"Hannah,awak dengar tak apa yang saya cakap ni?"soal Mikael penuh semangat.

Hannah mengangguk lemah.Malas dia nak layan soal jiwa buat masa sekarang.Apa yang penting,macam mana dia kena berdepan dengan kedua orang tuanya yang sememangnya mengharapkan dia dapat melanjutkan pelajaran di U.

"Esok,lepas hantar adik saya ke sekolah,saya singgah ke restoran awak yer?Saya pergi dulu.Bye."Sempat Mikael tinggalkan pesan sebelum meninggalkan Hannah dan rakan-rakannya terpinga-pinga.

"Aku tengok,Mikael tu senang hati.Macam tak ada masalah.Apa result  dia?" 9A? Tak mungkin,"Mona melirik ke arah Mikael yang makin menjauh.

"B pun belum tentu ada,apatah lagi A,jauh sekali,"ucap Hannah spontan.

Mereka akhiri hari terakhir di sekolah itu dengan selfie sepuasnya untuk di upload  ke dalam Fesnotebook.Sebelum melangkah keluar pagar dan balik ke restoran ibu bapanya yang terletak tak jauh dari sekolah,sempat Hannah melambai dengan perasaan yang penuh syahdu tidak ubah macam pelajar AF  yang ditendang keluar.

ASHRAF melihat jam tangan.Hampir setengah jam dia menunggu bas yang masih tak nampak bayang.Peluh di dahi sudah tiga kali dikesat.Dahi Ashraf mula berkerut.Mengenangkan kembali tawaran ayahnya membeli sebuah kereta,Ashraf merasa dirinya dah cukup dewasa dan dia dah bersedia nak menempuh hidup macam orang dewasa yang lain.

Ini bermakna Ashraf kena uruskan sendiri hal-hal berkaitan kolej.Cari elaun bulanan sendiri dan hanya akan diberi separuh pembelanjaan biasa oleh ayahnya.Dia juga perlu menggunakan kenderaan awam sehingga mampu membeli kereta sendiri.

Ashraf tahu,dia harus cekal dan tegas dengan keputusannya.Jika dia setuju pilih jurusan perubatan di U,Ashraf mesti akan menyesalinya.Demi cintanya pada Art,dia sanggup naik bas,asalkan dia dapat sambung pengajian dalam bidang yang diminatinya,iaitu Find Art(seni halus).

Airel yang dapat result  cemerlang,juga minat yang sama dan mereka berjanji akan pilih bidang yang sama di U.Hari itu pula adalah hari pendaftaran di Kolej Seni Tengku Abdul Rahman.Mereka sudah berjanji nak berjumpa di cafe Coffee Shop dan mendaftar bersama.

Bas yang dinanti akhirnya kunjung tiba.Tak ramai yang naik bas pada waktu ini.Ashraf mengambil tempat duduk di kerusi belakang Earphone Ipod dipasang.Lagu rock daripada band kesukaannya berdentum-dentum di corong telinga.Ashraf melontarkan pandangan ke luar tingkap.Permandangan di luar dinikmati dengan penuh rasa syukur kerana masih diberi peluang hidup dan merasai kehidupan bergelar remaja.

Bas menuruni jalan yang berbukit dengan kelajuan yang luar biasa.Tanpa disangka-sangka,pemandu bas menekan brek kecemasan dan membuatkan seorang gadis yang asyik memejam mata sejak Ashraf naik tadi,tersungkur ke hadapan.Beberapa orang gadis yang duduk dibangku bersebelahan ketawa kecil.Melihat gadis itu bangun sambil menggosok kepala,Ashraf hanya menggelengkan kepala."Macam mana dia bole terlelap sedangkan dia tengah berdiri?Hebat,"bisik hati Ashraf.

Ashraf menekan loceng sebaik saja bas masuk ke simpang Kolej Seni Tengku Abdul Rahman.Gadis yang tersungkur di dalam bas tadi turut sama tergesa-gesa turun daripada bas dengan rambut yang kembang tak berikat.Melihat Airel dah sedia menanti di kereta,Ashraf melajukan langkah.

"Sorry,dah lama ke kau tunggu aku?"sapa Ashraf.

Airel yang kacak dengan sunglasses balas dengan senyuman.Dia menunjukkan jam di tangannya,isyarat Ashraf lewat dari waktu yang dijanjikan."Kau lupa bawa hand phone lagi?"teka Airel.

Ashraf menggaru leher yang tak gatal.Di bibirnya yang halus kemerahan itu,terukir senyuman.

p.s:pesanan ringkas,jika saya tersalah grammar harap maaf,saya masih baru.Terima Kasih Allah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 23, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hannah DanikaWhere stories live. Discover now