BAB 1

26 1 0
                                    


Aku terjaga dari mimpi nan indah. Kepalaku terasa berdenyut kencang bagai jantung yang mengepam selepas tuannya berlari 500 dengan pantas.

Tanganku memicit sedikit kepala yang sakit. Jam aku toleh. 3 pagi? Aduh..tiba-tiba terasa seram.

"Ziha, tolong aku capai minyak angin dalam looker." Suruhku. Tanganku laju mengejut Ziha atau nama panjangnya Nazihah Syauqina.

Dia menggeliat sedikit menandakan dia hampir terjaga dari lena.

" Ziha cepatlah." Suruhku lagi.

" Hah? Eh, kau kenapa ni Fa?" Tanya dia yang sedar akan suara sengekanku.

" Kepala aku sakitlah. Tolong weh ambikkan minyak dalam looker tu."

"Allah. Ha, nah..nah." Hulurnya.

Kepala aku masih berkerut. Terketar-ketar tangan aku ambil botol ubat dari tangannya. Aih.. mencengkam betul kepala aku ni kenapa?

" Kau okey tak ni?" Tanyanya. Walau dalam keadaan gelao, aku masih nampak dia sedang memerhati pergerakanku.

" Aku okey. Kau tidurlah. Nanti aku tidur balik." Suruhku. Namun dia membalas tak mahu. Aish..sayangnya dia dekat aku. Bestfriendlah katakan.

" Eh, tidurlah Ziha. Aku okey." Ujarku dengan dahi yang masih berlapis.

" Takkan!" Dia datang dekat katil aku. Dah kenapa pulak kawan aku ni?

" Meh kepala kau aku tolong picitkan. Kot-kotlah tangan aku mujarab. Hehehe." Katanya sambil membaringkan kepalaku dipahanya. Terasa tangannya sedang mengurut lembut kepalaku.

"Ziha, tidurlah. Aku okey je pun." Kesian aku tengok dia. Takkan sebab aku dia kena berjagakan?

"Baik kau diam sebelum aku tuang minyak ni dalam mulut kau." Main ugut-ugut pulak tengah pagi ni.

" Aishhhhhhh" Aku diam mengeluh. Nazihah ni berbaik tak berpadalah.

#

Huargh...sumpah mengantuk. Memandangkan aku duduk diasrama, nak tak nak aku kena datang jugak kesekolah. Ingat bagi alasan tak cukup tidur boleh cuti ke?

" Nurul Asyifa Farhanna!" Aku terdengar namaku dipanggil. Mataku yang tadi tinggal putih kini ada kembali bulat hitam ditengah.

" Bangun! "Diarah ustazah Muhaya untuk berdiri. Aduh..silap time nak tidurlah. Dengan ustazah ni jangan main-main. Tafsir hadis punya ustazah ni. Jangan berani pejam mata dalam kelas dia. Kalau tak, nahas! Tapi, aku dah buat kesilapan besar sebab mata aku pejamkan sebentar tadi.

"Kamu tidur pukul berapa ni? Mata siap ada eyebag lagi. Merah pulak tu." Tanya ustazah Muhaya. Errr..nak tipu ke nak jujur?

" Saya tidur pukul empat lebih ustazah." Aku jawab jujur. Habislah. Ziha disebelah aku kerling. Sekadang mengangkat bahu.

" Astaghfirullahal'azim. Kamu buat apa tidur lambat? Kamu ada bawak phone ya?" Hurm..mesti kena tuduh macamtu kalau tidur lambat.

" Saya tak sihat malam tadi ustazah. Tak dapat nak tidur." Aku jujur lagi. Muka kutunduk kebawah.

"Habis, kenapa datang sekolah?" Tanyanya seakan simpati.

" Taknaklah ustazah tinggal silives. Tahun ni dahlah nak ambik SMA." Aku bagi jawapan yang agak terbaik.

"Sukahati kamulah. Pergi basuh muka. "Arah ustazah tersebut.

Aku hanya mengikut arahan. Macam orang bodoh je aku berjalan. Otak tak boleh nak fikir. Dan tiba-tiba, sakit kepala datang semula. Arghhh..

Aku paksa diri untuk berjalan menuju ke kelas. Nasib baiklah tak jauh sangat.

Pang!!!

Terdengar bunyi besi berlanggaran dinding. Aku sempat menolak kuat pintu pagar tangga yang bersebelahan dengan kelasku.

Aku sebenarnya pegang untuk elakkan diri tumbang namun otak dah seakan tak berfungsi. Lama-kelamaan dunia yang tadinya indah kelam menghilang. Segalanya gelap.

#

"Ustazah, bunyi apa tu?" Tegur seorang murid lelaki bernama Saiful.

" Entah. Kamu pergi tengok Saiful. Kotlah ada yang gatal tangan dok pecahkan pasu bunga." Arah Ustazah Muhaya.

Dia keluar untuk melihat dari mana datangnya bunyi yang kuat itu. Alangkah terkejutnya apabila melihat rakan sekelasnya yang tidak sedarkan diri. Lantas masuk semula ke kelas dan memberitahu kepada ustazah.

" Ustazah, Syifa pengsan dekat luar tu." Bagai tiada nafas dia memberitahu.

Orang yang pertama keluar untuk mencari kebenaran ialah Nazihah. Risau akan kondisi sahabatnya itu. Amina, El dan Husna yang bersahabat karib dengan Syifa turut berlari keluar kelas.

" Weh Syifa!!" Nazihah memangku kepala rakannya itu.

" Bawak dia pergi hospital cepat ustazah. Saya risaulah." Kata El pula.

"Pergi panggil ustaz hafiz. Suruh angkat Syifa masuk kereta.

"Baik ustazah.

#

Aku cuba untuk membuka mata. Payahnya! Namun aku akan cuba. Sikit demi sedikit mataku terbuka. Siling putih memenuhi retina mataku. Dekat mana ni? Asrama ke?

Aku pandang kananku. Abang? Kenapa abang tidur duduk ni? Jap, jap. Aku bukan dekat asrama. Tapi dekat...hospital. Aikk, dah kenapa pulak aku tidur dekat hospital ni?

" Abang." Aku kejutkannya. Nak minta makanan. Haha.

" Eh, Syifa. Dah sedar. Alhamdulillah. Syifa buat abang risau tahu tak?" Ujarnya. Alah, mana aku tahu sakit ni nak datang.

" Sorrylah. Semenjak dua menjak ni Syifa asyik sakit kepala je. Maybe cuaca panas kot. Yelah, awal-awal tahunkan KKB panas. Tu yang sampai pengsan kot." Aku cuba menyedapkan hati dia.

" Tulah. Air kosong taknak minum. Degil." Membebel.

" Abang ni. Bebel je. Abang, ada roti tak? Laparlah." Rengekku manja.

"Tu atas meja. Makanlah. Ajak Ziha sekali. Kesian dia abang tengok. Abang nak pergi surau dululah." Dia bangkit dari duduknya dan bergerak kesurau hospital.

Ziha ada sekali rupanya. Aku pandang kerusi di sebelah kiri. Hurm..kesian dia. Mesti lapar. Jaga aku punya pasal.

" Ziha"

" Ziha. Bangunlah. Teman aku." Kejutku lagi sekali.

Dia yang sedang memisat matanya aku pandang. Pasal aku dia kena sekali.

"Eh, Syifa." Sebutnya.

" Jom makam sama. Abang aku ada belikan roti." Aku keluarkan sebuku roti dan nutella. Aku buat untuk dia dan kuhulurkan kepadanya.

"Thanks."

" My plesure.

Nyawa Cinta Dari DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang