Kampung Berasap

32 1 0
                                    

"Armin, armin! Aku ada berita tergempar!" Jeritan daripada Hafiz yang memecah gelendang telinga Armin. Kelihatan Hafiz begitu bersemangat untuk bagitahu Armin sesuatu perkara yang menarik (?). "Kau nak apa ni Hafiz?" Hafiz menarik nafas yang panjang mungkin kerana lelah sebab berlari dari koridor pejabat hingga ke bilik Armin ialah badannya juga gempal. "Macam ni Armin, aku dengar di Kampung Berasap ada sebuah rumah usang, orang kampung berkata ramai remaja perempuan pergi ke rumah itu setiap malam jumaat. Aku syak mesti ada sesuatu yang pelik disitu. Tak akan lah tanpa sebab remaja-remaja tersebut mahu melawat rumah usang itu, bukan?" Kata Hafiz yang agak panjang dengan mukanya yang amat bersungguh itu. "Benarkah? Uish! Karut lah itu semua. Kau pun tahu kan aku ni jenis tak percaya semua benda ini. Asal rumah usang saja berhantu, rumah usang saja berhantu. Apa ingat istana apa semua itu tiada pula hantu?" Kata Armin yang sememangnya tidak pernah percaya pada hantu itu. Baginya hantu adalah untuk menakutkan budak budak yang mandi di sungai, tidur lewat dan sebagainya. "Yelah Armin oi, tapi kalau kita tidak cuba mana kita hendak tahu, bukan? Marilah Armin kita pergi malam jumaat ini." Kata Hafiz yang separuh merayu kepada Armin. Armin berasa serba salah kerana bila dia tidak sempat membuat kerjanya dia akan meminta tolong Hafiz. "Aish...Baiklah kita pergi okay? Tapi kita mesti tanya kepada penduduk kampung tersebut tentang rumah itu." Kata-kata Armin membuatkan Hafiz gembira. "Okay apa kata lepas abis sahaja Engkau kerja kita pergi ke kampung tersebut!" Hafiz begitu teruja sehingga suaranya begitu kuat membuatkan semua memandangnya. Armin hanya mampu menggelengkan kepalanya dan senyum melihat sahabatnya yang begitu teruja.

Sehabis sahaja kerja Armin, Hafiz telah sergah Armin dari belakang dan itu telah membuatkan Armin melatah. Apa lagi habis semua kata kata makian Hafiz dapat dari Armin.

"Ah kita mahu kemana ini? Kita sudah sampai di kampung benrasap ini hafiz." Kata Armin smbil memandu, tetapi tidak mendapat respond daripada sahabatnya. Dia menoleh kepada Hafiz rupanya sahabatnya terlelap mungkin dek kerana letih bekerja. "HAFIZ!" Jerit Armin telah membuatkan hafiz menggelabah "aish kau ini Armin! Kenapa kau jerit jerit ini?!" Marah hafiz terhadap Armin kerana mengjerit dengan begitu kuat sehingga bergegar perutnya. "Kita sudah sampai di Kampung Berasap ini. Mana mahu kita pergi?" Armin menanyakan kepada Hafiz. "Hm baik kita bertanya kepada pemilik kedai itu." Hafiz memberi cadangan yang agak bernas. Mereka turun daripada kereta dan bertanya. "Assalammualaikum makcik, kami mahu tanya sesuatu ini makcik." Armin menyapa makcik itu dengan sopan. "Waalaikummusalam nak, tanya lah nak apa kamu mahu bertanyakan?" Rupa makcik itu cantik dan putih mesti masa muda dahulu dia wanita paling lawa di kampung ini. "Tentang rumah usang dihujung kampung ini, makcik" kata Hafiz pula kepada makcik itu. "Oh begitu tunggu sebentar makcik panggil anak dara makcik untuk membuat teh untuk kamu berdua" kata Makcik itu sambil tersenyum dan menoleh kebelakang. "Eh tidak mengapa lah makcik buat susahkan makcik sahaja. Lagipun kami mahu cepat sudah mahu lewat malam ini." Kata Armin lagi sekali penuh sopan. "Riana oh riana! Bawakan teh dan hidangkan cepat" makcik itu menyuruh anaknya. "Baiklah mak!" Kata anaknya yang bernama Riana, anaknya keluar Armin dan Hafiz terpana dek kerana kecantikkan Riana yang berkulit putih bersih halus dan baunya yang harum matanya bulat dan senyumannya menawan setiap lelaki. "Minum lah abang abang" kata Riana dengan begitu menggoda dan sopan kepada Armin dan juga Hafiz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BlindWhere stories live. Discover now