My Childish Husband [Jungkook . Bomi]

2.3K 116 9
                                    

jungkookookiee, here your request...

"Sayang! Ohh... sayang..." Jungkook memasuki rumah banglo miliknya bersama dengan jeritan memanggil si isteri tercinta. Matanya melilau mencari susuk tubuh Bomi, tetapi tidak juga dia ketemu. 

"Baby... mana mom? Puas dad jerit tapi sehelai rambut dia pun dad tak nampak." Omelnya lalu berjalan ke arah si anak. Didukung si kecil yang baru pandai duduk itu. Sesekali dikucup pipi gebu itu. Geram dengan anaknya yang satu ini.

"Dad... dad..." bersungguh-sungguh anak itu menyebut meskipun pelat tidak boleh dielakkan. Jungkook yang mendengar anaknya menyebut perkataan itu tersebut lebar.

"Amboi, baby. Habis muka dad terpercik dengan air liur kamu." Jungkook tergelak kecil. 

"Mana mom ni, baby?" Sambung Jungkook lagi lalu mengambil langkah ke arah dapur sementara anaknya di dukungan sedang melayan perasaan.

"Bomi! Sayang..." puas dia pusing satu rumah ini, tetapi tidak juga dia menemui Bomi. Hati mula risau. Diletakkan anaknya di dalam baby court sebelum mencapai iPhone6+. Nombor Bomi didail. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Mata bulat si anak tidak lepas dari terus merenung si ayah yang ke hulu ke hilir sambil menekupkan telefon ke telinga.

"Aik, mana perginya ni?" Percubaan buat kali yang kedua. Seperti tadi, tidak dapat juga. Keluhan berat di lepaskan. 

Ting tong... ting tong...

Jungkook menolehkan kepalanya ke belakang, ke pintu utama rumah. Beberapa saat kemudian, sekujur tubuh seorang wanita masuk ke dalam rumah bersama beberapa beg kertas ditangan. Serta-merta jungkook berdiri.

"Mana hilang?" Dingin Jungkook menyoal. Bomi yang melihat keadaan Jungkook seperti itu serta-merta meletakkan segela beg kertas itu di atas lantai dan berjalan laju ke arah Jungkook.

"Tadi pergi siram pokok kat luar, lepas tu jiran sebelah suruh datang rumah... lepas tu..."

"Lepas tu tinggalkan baby kat rumah sorang-sorang?" Pintas Jungkook sambil bercekak pinggang. Marah betul wajahnya terhadap isterinya itu. 

"Tak... tadi..."

"Tadi apa? Sayang tahu tak, oppa balik je, rumah kosong. Pintu tak kunci. Baby sorang-sorang kat sini. Kalau jadi apa-apa kat dia macam mana? Awak tu pun.. bawalah sekali baby tadi. Haihh.." tergeleng-geleng kepala Jungkook. Bomi menarik nafasnya panjang. Dicapai tangan suaminya itu seraya berkata, "Oppa! Dengarlah dulu sayang nak cakap apa ni. Tadi sayang dah bawa baby sekali ke sebelah. Tapi sebab dia merengek nak balik, sayang hantar dia balik rumah, then ambil barang-barang tadi tu semua, balik sini balik. Gila ke nak tinggalkan baby sorang-sorang?" Terang Bomi panjang lebar menyebabkan Jungkook yang tadi berapi tak tentu pasal, kembali reda dan sejuk. 

"Kenapa tak cakap awal-awal?"

"Macam mana nak cakap awal-awal kalau oppa dah naik angin?" Kata Bomi sambil tersenyum nipis membuatkan Jungkook rasa betul-betul bersalah.

"Sorry, sayang..." ucap Jungkook lantas memanjangkan tangannya melilit tubuh kecil Bomi.

"It's so okay. Perangai mana pernah berubah? Kadang datang ngada-ngadanya." Kata Bomi perlahan. Jungkook ketawa kecil. Dia melepaskan pelukannya di tubuh Bomi.

"Oppa risaukan sayang, kat baby. Kalaulah tadi sayang terlupa kat baby. Mahu tak gila oppa dibuatnya. Nasib hari ni balik awal sikit."

"Kenapa balik awal?" 

"Penatlah. Badan sakit-sakit. Nanti urutkan eh?"

"Arasseo..." Bomi menjarakkan tubuhnya dari Jungkook dan mendapatkan si anak yang ada di dalam baby court. Didukung anaknya untuk dibawa naik ke atas.

"By the way, beg tadi tu isi apa? Macam penting sangat je.." tanya Jungkook lalu melangkah ke arah beg-beg kertas yang dibawa oleh Bomi tadi.

"Minggu lepas sayang ada pesan suruh belikan baju. Nak ajak oppa keluar bukan senang. Sibuk memanjang!" Ujar Bomi. Nada rajuk pun ada juga. Bukannya apa, kadang-kala Jungkook terlalu sibuk uruskan kerja. Apabila dia mengajak ke sana ke mari, pasti Jungkook akan menjawab, 'lain kali ya, sayang?'. Bukan marah, merajuk sikit je.

"Eh, merajuk pula? Okey esok kita shopping. Sayang nak beli satu mall tu pun oppa tak kisah." Seloroh Jungkook sambil tersenyum manis. Bomi ketawa kecil melihat suaminya. 

"Dah makan belum?" Soalnya. Perlahan kaki diatur lembut ke hujung anak tangga. Jungkook menggeleng kecil sahaja. 

"Sayang nak mandikan baby kejap, nanti oppa siap mandi apa semua, turun makan eh?"

"Okey, sayang." Jawab Jungkook. Bomi terus sahaja naik ke atas untuk menguruskan anak mereka. Sesekali dia mengukirkan senyuman. Jungkook... dialah racun, dialah penawar. Tiga tahun sudah cukup untuk dia mengenali hati budi jejaka kacak itu.

-Tamat-

[COMPLETED] Kpop Imagine -REQUEST CLOSE-Where stories live. Discover now