One The Snow [Henry Lau . Sae Ra]

1K 82 5
                                    

-yoongitrash, here your request. Sebab kak kenal kamu, bayar 2.6 bilion hohoho 😏. Kak rembat sikit dari scene EXO Next Door. Hohoho. Tapi tak banyak! Jangan judge I plesss 😜



Sae Ra menanti seorang jejaka yang tidak sampai-sampai sejak tadi. Sesekali dia melihat jam di tangan kemudian sebuah keluhan dilepaskan. 

"Dah tiga jam, mana dia?" Sae Ra mengomel sendirian. Cuaca musim sejuk pula langsung tidak mengasihaninya yang hampir beku ini. Bibirnya juga hampir kaku gara-gara sejuk. Kulitnya yang putih mula kemerah-merahan akibat sejuk. Tetapi gerangan yang dipinta supaya datang, tidak juga datang. 

Samsung Galaxy Note 5 dibuka dan melihat semula chatnya bersama dengan gerangan tersebut. Manalah tahu dia tersilap baca dan ternyata tidak. Ayat terakhir yang dihantar oleh lelaki itu adalah...

Tunggu saya dekat taman. Kita tunggu salji turun sama-sama. 

Tetapi sekarang apa? Sae Ra mengeluh panjang. Dia menggosok-gosok telapak tangannya sehingga panas, lalu ditekupkannya ke bibir dan sekitar wajah. Kalau dia bangun dan berjalan, dia serupa patung hidup. Keras, tetapi mampu berjalan. 

Dia menanti 10 minit lagi. Jika tiada juga, dia mengambil keputusan untuk pulang.

7 minit berlalu. Ada lagi baki 3 minit. Sae Ra melihat sekeliling. Tiada. Memang tiada. Perlahan-lahan Sae Ra bangun dari duduknya. Seperti apa yang dia fikir, pakaiannya sudah beku disebabkan cuaca sejuk yang menggila pagi ini. Dia sebenarnya teringin hendak menikmati salji turun bersama lelaki yang akan datang nanti. Tetapi perjanjian nampaknya tidak dapat dimeterai. 

'Sibuk kut...' Sae Ra bersangka baik. Dia melihat sekeliling kawasan taman ini sekali lagi buat kali yang terakhir. 

'Tak ada. Tak apalah.. lain kali je.' Dengan hati yang berat, Sae Ra melangkah meninggalkan taman ini. Tetapi baru sahaja tiga langkah dia beredar, ada satu suara garau memanggil namanya. 

"Sae Ra! Oh Sae Ra!" Sae Ra menoleh saat namanya dipanggil dengan suara yang lantang dan garau. Dia mengecilkan matanya memandang seorang lelaki sedang berdiri di bawah rimbunan pokok. Kemudian, perlahan-lahan bibirnya tersenyum walaupun agak sukar untuk dia mengoyakkan senyuman.

'Henry...' Sae Ra mengatur langkah ke arah lelaki yang bernama Henry tersebut. Matanya tepat memandang ke arah Henry, tanpa berkelip. Dia memberhentikan langkah apabila tiba di hadapan Henry.

"Sorry..." ucap Henry apabila melihat Sae Ra langsung tidak bereaksi melihatnya sampai di sini. 

"Hmm..." Sae Ra betul-betul tidak boleh hendak bercakap kerana bibirnya yang hampir beku dek cuaca tadi. 

"Hmm je? Sorry..." Henry segera memeluk tubuh kaku Sae Ra. Sae Ra memejamkan mata. Cuba untuk menikmati rasa hangat tubuh lelaki itu di tubuhnya. Lega sedikit.

"Awak okay?" Soal Henry lantas meleraikan pelukan. Dia mengerutkan dahi apabila Sae Ra menghalakan jari telunjuk ke arah bibir.

"Kenapa?" Berkedut kening dibuatnya kerana cuba untuk memproses isyarat tubuh Sae Ra.

"Ohh... beku?" Teka Henry sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih itu. Sae Ra mengangguk. Henry ketawa kecil. Dia menarik tubuh Sae Ra supaya mendekatinya. Perlahan tangannya menyentuh pipi Sae Ra dan mengurut bahagian itu perlahan. Sae Ra memejamkan mata apabila Henry memberikan sedikit rawatan untuknya. Tetapi, dia merasakan ada sesuatu yang pelik. Segera dia membuka mata. Tidak sempat dia hendak berkata apa-apa, bibir Henry sudah selamat mendarat di bibirnya. Mata Sae Ra kembali terpejam. Kehangat bibir itu menyentuh bibir dinginnya menyebabkan Sae Ra sedikit selesa menerima hangat tubuh Henry.

[COMPLETED] Kpop Imagine -REQUEST CLOSE-Where stories live. Discover now