Sepuluh tahun yang lalu, tercatat kisah remaja Sri Bangsar. The Wannababes dinobat sebagai kumpulan yang paling popular. Turut berlagak sombong, atlet kacak si Fahrin. Hidup pelajar-pelajar popular ini serba sempurna. Mereka bertindak sesuka hati, berlesen membuli pelajar biasa. Dalam ramai-ramai seorang pelajar gemuk sudah terkena. Mimi Monira digelar badak air. Dia dibuli dengan kejam.
Kini... Sepuluh tahun menginjak pergi. Warga Sri Bangsar bertemu kembali dalam majlis alumni. Fahrin sudah hilang sombongnya. The Wannababes memudar kesempurnaanya. Mimi Monira pula? Lemak degil sudah hilang. Kini kurus bergaya! Transformasi itu buat semua tertanya tanya.
Mimi Monira dengan senang hati menghulur kad Impiana Sdn.Bhd. Syarikat yang mampu merealisasikan semua impian dalam masa tiga bulan. The Wannababes teruja mencuba. Fahrin juga mahu melihat sendiri keberkesanannya. Tanpa sedar, mereka terjerumus dalam perangkap impian yang tinggi harganya...
YOU ARE READING
Impiana - Karya Ain Maisarah
Teen Fiction((Semua idea di dalam cerita ini ialah idea kak Ain Maisarah dan ini adalah sambungan novel AKU MAHU BULI))