Mahu cerita tentang apa ya?!
Mungkin tentang ego yang melambung
Atau mahu jaga hati orang sekampung ?
Mahu cerita tentang apa ya ?!
Mungkin seorang perempuan yang berperang jiwanya ?
Atau seorang lelaki mempertahankan cintanya ?!
Wahai arjuna sungguh jauh disudut hati aku sebagai seorang perempuan mahu mempermainkan kamu,
Apalagi mahu lihat kamu perlahan lahan mati ditikam cinta yang kamu bina buad aku.
Wahai lelaki yang gagah perkasa yang sentiasa melindungi dan menyayangi aku,
Maaf sungguh tidak pernah aku izin wujud sebesar zarah pun untuk aku biar kau menderita menanti cinta yang belum wujud dalam diri aku.
Wahai kekanda yang mengesat setiap debu yang bertakungan dikelopak mata; yang menadah bahu mahupun telinga untuk diperdengarkan; untuk dilepaskan segala kekusutan dalam diri aku,
Dengar aku mahu bilang jujur ikhlas dari segenap pelusuk hati dan jiwa aku buad kamu; kehilangan , meletakkan jarak antara aku dan kamu langsung tidak boleh diterima dek akal buad diri aku.
Sayang percayalah ego telah menyelubungi diri aku sejak azali; seolah olah sudah bersemadi dalam diri aku,
Sayang buka mata luas luas buka hati besar besar; hati aku belum bertuan, tuhan belum izin hati ini dibuka kerna luka dan dendam lama belum bisa aku bakar dan berterbangan dan hilang menjadi debu.Jangan kamu silap tafsirkan aku,
Aku disini bukan menidakkan tuhan,
Aku sendiri masih mencari dimana aku,
Dan dimana mahu dipaut untuk meneruskan kehidupan.Terakhir buad kamu, aku terima aku redha jika aku pelengkap tulang rusuk kiri kamu.
YOU ARE READING
Diari perempuan gila
RandomPabila mulut tak mampu meluah walhal hati sibuk menjerit--