Chapter 7

85 1 0
                                    

Kereta SUV hitam megah membelah jalan raya. Sophea hanya diam sambil melemparkan pemandangan ke luar tingkap.

Jam di dash board menunjukkan angka 7.45 p.m. Ada lebih kurang 35 minit lagi sebelum mereka tiba ke villa McClaire.

Sophea melirik ke kanan dan Sebastian yang fokus memandu diperhati. Hmm.. segak. Rambutnya yang tebal digayakan ala-ala *deal maker. *Stubble yang tumbuh di wajah menaikan lagi karismanya sebagai seorang butler.

(A/N: *sila rujuk gambar hiasan)

Tiba-tiba dadanya bedegup kencang. Teringat pada wanita misteri dalam mimpinya. Memikirkan suasana taman yang indah itu membuatkannya deja vu. Seolah-olah dia pernah menjejak kaki ke situ. Ahh.. biarlah. Suhu dalam kereta bagaikan membiusnya. Sekejap sahaja matanya terus terkatup.

Sebastian tahu Sophea memerhatinya sebelum satu dengkuran halus menyapa telinga.

Anak majikannya dipandang sekilas sebelum sebuah senyuman simpul meniti di bibir. This girl..

Satu nafas yang panjang ditarik dan matanya dipejam selama dua saat. Kelajuan kereta dikurangkan. Hatinya mula berbicara..

"Mother, she told me that you came into her dream. Can you tell me what is going on?"

Sesaat..

Dua saat...

Bisikan halus mula kedengaran...

"Son, you already know the answer. Now drive carefully. Lets have a proper talk once you reached home." Suara ghaib berbisik di telinganya. Suara Sang Ratu.

"But, mom.. " Telinganya berdesing. SUV hitam itu melencong sedikit ke kiri. Mujur dia cekap dan mudah sahaja kereta itu dikawal semula.

Ahh.. bondanya memang suka menutup deria keenam miliknya secara paksa.

Wajah lembut Sophea dipandang sekali lagi. "Im sorry."

-----------------------------------------------------------

Bulan mengambang penuh malam itu. Kawasan villa dironda sambil matanya melilau memerhati. Takut ada kaki-kaki botol tertidur di halaman villa mereka.

"Aaaaaarghhhhhh!!" Jeritan yang maha kuat memecah keheningan. "Sophea!" Kakinya pantas berlari ke dalam villa sambil mencari-cari empunya suara. Esak tangis gadis itu membawa langkahnya ke dapur.

"Sophea! Its okay..its okay.. Im here now." Sebelah tangannya melilit pinggang itu manakala sebelah lagi menolak kepala Sophea agar tersembam ke dadanya.

"He killed my mother. HE KILLED MY MOTHER! Sebastian.. i can see her pain. Her.. her eyes were filled with fears.. Sebastian.. she.. she.. the blood.. " Suaranya tenggelam timbul dalam esak. Hanya bunyi das tembakan yang meragut kejam nyawa ibunya sahaja yang terngiang-ngiang di kepala.

Matanya dipejam rapat. Air mata mengalir deras.

Kata-kata yang terpacul dari bibir Sophea membuatkan hatinya remuk. Ingin sahaja dia mencari pembunuh durjana itu dan menyembelihnya! Mukanya membahang secara mendadak.

Spontan dia meleraikan pelukan apabila esak tangis Sophea mula berkurangan. Air mata gadis itu disapu dengan ibu jari... dan Sebastian meremang.

Matanya tiba-tiba tertancap pada bibir basah Sophea. Tubir matanya merah. Begitu juga dengan hidungnya. C.. comel.

Bagaikan terpukau, rambut yang menutupi dahi gadis itu diselak ke belakang dan tanpa diduga, satu kucupan hangat hinggap di bibir lembut Sophea. Lama. Mata Sebastian terpejam.

Sophea kaku. Ada arus elektrik yang menjalar dalam tubuhnya apabila bibir Sebastian liar bermain di bibir bawahnya. Tangan kasarnya mula merayap dari rambut, bermain-main di leher dan perlahan-lahan turun ke tubuh kurus Sophea.

-------------------------------------------------------------

There you go, atta boy. Pemerintah agung Kota Adorabelle tersenyum nakal. Sihirnya nyata menjadi. Ingin sahaja dia tertawa melihat kegelohohan putera kesayangannya itu.

Isyarat diberi. Sang Ratu serta tiga orang pengawalnya ghaib sekelip mata.

Sebastian langsung tidak menyedari kehadiran bondanya di situ. Deria keenamnya dikunci! Dia semakin galak mengucup bibir gadis itu. Tangan Sebastian di punggung Sophea menaikkan berahi.

Desahan demi semakin memberangsangkan sebelum sesuatu berlaku.....

Shiuuu~ angin bertiup dan bulu romanya meremang lagi.

Bagaikan dikejutkan dari lena, Sebastian tersentak. Tubuh kaku Sophea spontan dileraikan. Bondanya ada di situ! Arghhh.. Gemini spell!

Sedang dia bergumam seorang diri, Sophea cepat-cepat berlalu keluar dan meninggalkan Sebastian di dapur. Malu dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Sophea.. what have you done... Dia memarahi diri sendiri.

"S.. Sophea.. I.."

Sebastian meneguk air liurnya berkali-kali melihat gadis itu berlalu tanpa kata. God.. what if she assume me as a pervert? Arghh mommm!!!

Tangannya mengepal penumbuk sebelum tertunduk di kaunter wain. 10 tahun meninggalkan Kota Adorabelle menyebabkan dia cuai. Star Fame Spell yang sepatutnya diperbaharui setiap minggu langsung dilupakan. Lebih teruk lagi, deria keenamnya telah dikunci!

Star Fame. Sihir pelindung daripada sihir-sihir yang lain. Sihir turun-temurun oleh nenek moyangnya. Hanya kerabat Adarwin sahaja yang memiliki perisai sedemikian.

Kerana sihir itulah tiada kerajaan lain yang mampu mengalahkan kerajaan Adorabelle. Setiap sejarah peperangan masa lampau kota itu, semuanya berakhir dengan kemenangan besar kerabat Adarwin.

Dan hari ini, satu-satunya putera yang bakal meneruskan tampuk pemerintahan kerabat Adarwin, dipukau dengan mudah oleh spell kelas bawahan yang digunakan oleh bondanya.

Urghhhh.. mom...

-----------------------------------------------------------

Gebar ditarik paras perut. Bibirnya diusap perlahan. Dia cuba mengimbas sekali lagi apa yang berlaku.

-Flashback-

Tangannya perlahan-lahan mengacau coklat panas itu.

Tubuhnya disandarkan di kaunter sambil menyisip minuman ringan tersebut. Jam kristal yang tergantung di dinding menunjukkan pukul 2.30 pagi. Dia gagal melelapkan mata. Bukan insomnia, tetapi peristiwa yang berlaku hari ini yang menyebabkan dia terjaga.

Tindakan drastik Sebastian di bilik tidurnya tadi benar-benar menyebalkan. Mukanya mula membahang. Ahh.. After all, he is just a man full of lust. Hatinya menyumpah sambil meletakkan mug di atas kaunter.

"Bang!" Mrs Catherine rebah di luar tingkap dapur berlumuran darah. Matanya terbeliak memandang Sophea dan dahinya berlubang! Seorang lelaki bertopeng berdiri sambil mengacu muncung pistol ke arahnya. Betul-betul di belakang ibunya setelah wanita itu jatuh menyembah bumi.

I.. I..Ibu?
"Aaaaaargghhhhhhhhhhhhh!!" Lututnya gagal menampung tubuh. Dunianya hampir gelap sebelum dia mendengar derapan tapak kaki seseorang yang berlari cemas ke arahnya...

-End of flashback-

Dan... ketika itulah dia hanyut dalam kucupan hangat Sebastian. Hanyut? Tak.. lebih kepada terpukau. Sungguh dia agak terkejut dengan tindakan berani Sebastian tetapi.. entahlaa..

Sepanjang malam itu dia gagal melelapkan mata.

Tanpa disedari, di luar biliknya, seseorang masih berkira-kira untuk mengetuk pintu dengan dada yang berdebar...

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now