Part 14

21.8K 607 12
                                    

Part 14

Adellya yang termenung jauh itu dipandang Hareez. Buntu. Dia buntu ingin memujuk Adellya. Langsung tiada perubahan ke atas diri itu sejak Zafran pergi. Malah, semakin teruk selepas kehadiran orang tua Eleena. Kata ibu, Adellya hanya mendiamkan diri saja saat mereka datang. Dia tidak tahu apa yang bermain di fikiran si isteri.

Kaki melangkah ke arah di mana Adellya melabuhkan duduk. Adellya tidak perasan akan dirinya kerana isterinya membelakangkan dirinya.

"Jauh termenung." Sambil punggung melabuh disisi Adellya. Saja duduk dekat-dekat.

"You menungkan apa, Adel?" Soal Hareez sambil tangan meraih jari jemari si isteri.
Adellya hanya mampu biarkan. Entah kenapa dia tidak pula mahu membantah kelakuan Hareez.
Hareez hanya tersenyum saat kelakuannya dibiarkan Adellya.

"You rindukan arwah?" Soal Hareez perlahan.
Adellya terkaku dengan soalan diberikan Hareez. Kenapa tiba-tiba tanya soalan itu? Rindu Zafran? Memang dia rindukan Zafran sangat rindu. Sebak mula menguasai diri. Cuba ditahan. Tidak mahu Hareez melihatnya.

"Kalau you rindu, you sedekahkan Al-Fatihah dekat dia. Kalau, kalau you nak menangis, you menangis. I temankan. Tapi, I mintak selepas you menangis ni, I tak nak you menangis sebab arwah lagi. Hati I sakit bila you rindukan dia. Hati I sakit bila you jadi macam ni sebab arwah. Lelaki yang langsung tiada kaitan dengan hidup you. Sedangkan I, I suami you, you sisihkan I. Hati I sakit sangat Adel." Sayu saja Hareez meluahkan rasa sakitnya. Sedikit terkesan di hati Adellya saat mendengar luahan si suami. Namun, bagaimana dengan Eleena?

"Tapi, Eleena?" Soal Adellya perlahan.

"Leena, I akan tinggalkan dia. I dah tak sanggup lagi dah sakitkan hati you. Masa you dengan Zafran, hati I macam dilumat-lumat. Sakit sangat kat sini." Tangan Adellya di bawa ke dada.

"I sayang dan cintakan you, sayang." Luah Hareez lagi.

"Tapi, kenapa masa you balik dulu, you cakap you dah tak cintakan I?" Adellya masih tidak percaya dengan luahan Hareez. Susah untuk dia percaya. Sebab dulu lain, sekarang lain. Tidak tahu mana satu yang harus dia percayakan.

"Dulu, I keliru dengan kedatangan Eleena. Masa I kat sana, I tergoda dengan kecantikkan Eleena. You jauh. I kat sana sorang-sorang. I perlukan seorang peneman di sisi I. Tapi, I tak sangka akhirnya, I jatuh cinta dengan Eleena. I sangka semakin hari cinta I terhadap you hilang. Tu sebab I balik bawak Eleena perkenalkan dekat ibu dan ayah. Dan buat keputusan untuk ceraikan you." Wajah dipaling sedikit ingin melihat reaksi Adellya, namun Adellya hanya mendiamkan diri sambil memandang ke lurus hadapan.

"Tapi, I tak tahu kenapa I tak dapat nak lepaskan you. Nak nak dengan kehadiran Zafran waktu tu. Lagi buat ego I tercabar. Tapi rupanya, cinta dan sayang I terhadap you tak pernah hilang. Cuma, dibutakan oleh kehadiran Eleena. I'm really sorry, sayang." Luahan di habiskan dengan kata maaf. Tapi, Adellya masih tetap begitu. Masih mendiamkan diri.

"Please say something, Adellya." Pujuk Hareez.

"Bila you nak tinggalkan Eleena?" Soal Adellya sekali lagi. Luahan Hareez dibiarkan sepi. Entah kenapa, dia mendengar tapi, dia tak tahu apa yang dia rasakan.

"Kalau you nak, sekarang I boleh jumpa dengan dia dan settlekan hal I dengan dia." Ucap Hareez bersungguh-sungguh. Dia sanggup, asalkan Adellya dapat menerima dirinya semula. Dan Adellya masih juga mendiamkan diri.

"Adel." Panggil Hareez perlahan. Tangan mengelus pipi gebu isterinya itu.

"Buatlah apa yang you rasa patut you buat, Reez." Hanya itu yang dikeluarkan oleh Adellya lalu bangun dan berlalu pergi meninggalkan Hareez terkaku dibangku.

Setia Itu MenyakitkanWhere stories live. Discover now