Bab 1

162 6 0
                                    

Pertemuan singkat bersama Khaleesya sebentar tadi benar-benar merobek hati dan perasaan Aidil.Setiap bait kata-kata Khaleesya masih terngiang-ngiang di telinganya.Kelu lidah jejaka itu untuk berkata walaupun sepatah kerana semangat di dalam dirinya kini bagaikan sudah tiada dek diragut oleh si gadis yang begitu anggun dalam mini dress merah jambunya.Kata-kata Khaleesya sepanjang pertemuan pendek mereka tadi masih segar bermain-main di minda Aidil.
"I tak boleh nak lama-lama ni.Lepas ni I ada janji dengan Mel.Well,sebenarnya I ada perkara penting nak beritahu U malam ni,Aidil."
Khaleesya berpeluk tubuh sambil berpaling membelakangi Aidil.Membiarkan jejaka itu berteka-teki menanti apa yang ingin disampaikan oleh gadis cantik di hadapannya.
"So,straight to the point.I nak kita clash,Aidil.I rasa I tak dapat nak teruskan hubungan kita ni lagi.It's useless for me.Lagi pun,setahun I spend time dengan you rasanya dah cukup berbaloi kut untuk kita berdua.I tahu semua ni memang mendadak,tapi I memang dah tak ada perasaan pada you.I harap you jangan cari I lagi lepas ni."Tanpa rasa bersalah Khaleesya nenuturkan keinginan dan apa yang dirasakan terhadap Aidil.
Khaleesya yang hanya memandang Aidil sekilas tanpa menunggu pertanyaan lanjut daripada jejaka itu terus melangkah pantas ke arah keretenya semula setelah apa yang dipendamnya sudah diutarakan.
Gadis itu langsung tidak memberi peluang kepada Aidil untuk mendapatkan alasan munasabah mengapa dia membuat keputusan yang pasti merobek hati jejaka yang kini sah bergelar bekas kekasihnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jurnal AISHITERUWhere stories live. Discover now