ayaq megi

37 2 0
                                    

"Woi , hg ada megi sebungkuih?" Tanya anom .

"Ada dalam locker , nak ambik . sebagai balasan buat kat aku sebungkuih." Balas pirah

"Beregh ." balasa anom pendek

Anom berjalan terkedek kedek menghala ke pintu kamar sambil mendakap botol air . tangannya penuh membawa alatan untuk membasuh pakaian . pintu kamar ditolak menggunakan kaki .

"Woi pemalaih , aku p ambik ayaq panaih . sat lagi hang p buang ayaq megi" sebelum menutup pintu kamar sempat lagi anom berpesan .

"Sudah deni, awatlah pi ambik megi goreng tak tau. Menyusah hidup aku." Omel pirah sendirian .

Beberapa minit kemudian, anom kembali ke bilik mereka sambil menghempas baju yang baru dikutip di ampaian di tengah tengah bilik mereka .

"Aku dah rendam megi nih , sikit lagi hg p buang ayaq dia . sat g aku gaul dengan perencah . hang lupa kalu , makan lah megi lembik .hang dengar dak apa aku beletiaq kat hang nih woi?" Marah anom apabila melihat pirah yang masih terbaring di atas katil sambil tangannya laju membalas mesej lelaki pujaan . bak kata orang muda mudah "kerashhh"

"Wey peah,widot p mana?" Tanya pirah mahu menegur peah yang sedang melipat baju .

Sudah menjadi kebiasaan bagi penghuni F1 untuk membuat hal sendiri pada waktu pagi pagi begitu . ada yang sedang tidur , membaca buku dan tidak kurang juga bagi seorang dua yang sibuk bermain benda haram . telefon bimbit merupakan benda haram di asrama . kebanyakkan pelajar asrama memanggil telefon bimbit sebagai benda haram . hangpa toksah dok pikiaq jahat sangat

"Wey peah , kalau aku buang ayaq megi kot corong ayaq hujan tu aci dak?" Pekik pirah kepada peah yang duduk di atas katil berhadapan dengan barisan katilnya .

"Awat pemalaih sangat nih?"

"Bukan apa , jauh kottt nak p bilik basuh."

"Alasan ahh deni , suka hati hang lah."

Pirah sudah mengagak yang cadangannya itu akan ditolak bulat bulat oleh peah . tetapi pirah tidak peduli dia masih mahu meneruskan niat dihati . pirah berjalan menuju ke tengah bilik mereka untuk mengambil bekas yang berisi megi yang telah direndam . pirah mengangkat bekas megi menggunakan dua belah tangannya supaya air panas tidak tertumpah di tanggannya . perlahan lahan dia memegang bekas megi itu sebelah tangan , sebelah tangan lagi ingin membuka pintu bilik . secara tiba tiba tangannya hilang keseimbangan dan air panas terkena sedikit tangannya .

"Nokharam boh ayaq panas penuh penuh dia nih ." omel pirah dan dengan pantas pirah seimbangkan semula bekas megi tersebut .

Sebaik sahaja diluar bilik , pirah menoleh ke kiri dan kanan untuk melihat ada manusia lain di luar bilik atau tidak . setelah memastikan line clear pirah menuangkan air megi secara berhati hati agar megi tidak turut terkeluar . setelah menuangkan air megi terdapat megi yang kecil kecil jatuh di lantai kerana ketidakcermatan pirah membuat kerja .

Peah keluar dari bilik untuk melihat pirah kerana agak lama pirah membuat kerja , semua orang tahu pirah memang seorang yang tidak cermat tetapi amat mementingkan kebersihan dan kekemasan .

"Apa hang , berterabuq abeh megi kat luaq nih ." marah peah sambil berlalu semula ke dalam bilik , beberapa saat kemudian peah muncul semula sambil membawa bekas airnya .

Tanpa banyak bicara peah menuang air ke lantai agar megi yang ada jatuh ke tanah melalui corong air hujan . kedengaran bunyi air yang jatuh ke atas bumbung tempat parkir warden . pirah melihat sekali lalu ke bawah, lantas dengan mulut terlopong pirah berkata kata

"Woi , megi jatuh ataih reta cikgu . gila! Mampuih kita wey!"

Sudah pasti warden tidak akan mengesyaki penghuni lain tentang perbuatan itu , hanya sama ada penghuni F1 atau F3 kerana agak mustahil penghuni lain yang corong air yang agak jauh dari tempat letak keretannya untuk melakukan perbuatan itu .

"Apa susah kita corok ayaq dari atas,lepas tu taraaaaaa hilang lah sat g." Kata peah dengan penuh yakin .

Peah mengambil air lagi di dalam bilik dan menuang air itu melalui tembok ke atas kereta warden . disebabkan air yang ada hanya tinggal sedikit air tersebut tidak kena ke atas kereta tetapi melencong ke atas tembok tingkat bawah . tingkat 1 menempatkan rumah warden , surau dan juga bilik prep .

"Air apa yang turun nih widat?" Tanya warden yang tinggal di tingkat 1 .

"Tak tahulah cikgu." Balas widat pendek . dia sudah tahu pasti budak biliknya sedang membuat projek . air yang jatuh di atas tembok tempias dan terkena warden dan juga widat . warden semakin marah kerana air yang jatuh terkena mukannya .

"Ini dah melampau . kamu naik atas sekarang , dan bagi tahu sekali lagi air ini jatuh kat depan rumah saya . saya akan kenakan penalti." Marah warden tingkat 1 . setelah selesai menyemak latihan yang dilakukan widat , widat dibenarkan naik semula ke biliknya .

"Woi, hangpa buat apa?"

Pirah dan peah yang sedanv melihat ke arah kereta warden hanya tersengih seperti kerang busuk tanpa membalas persoalan widat .

"Cikgu marah tau dak." Tokok widat lagi .

"Sorry" balas peah pendek .

Otak mereka masih ligat bagaimana mahu membuang megi di atas kereta warden aras bawah .

"Takkan nak p turun bawah buang kot . reta dia bunyi sat g naya weyyy."

"Kalau corok pakai timba , tak boleh sat lagi kena rumah cikgu lagi . naya semua kena." Widat yang kini turun sama berfikir kaedah terbaik untuk membuang megi tersebut . hal yang sepatutnya mahu memudahkan kerja kini menjadi semakin rumit . ya kerana megi .

Seperti ada mentol yang sedang menyala di atas kepala widat , lantas widat berkata "kita tarik paip ayaq , laju sikit ayaq, spray elok elok tak kena rumah cikgu."

Peah dan pirah berlari lari anak menuju ke bilik membasuh , anom yang melihat peah dan pirah berlari lantas bertanya "hangpa nak buat apa dengan paip ayaq?"

"Projek" balas pirah pendek dan menarik paip air kehadapan biliknya . mujur paip air itu cukup panjang . peah yang diarahkan untuk tunggu disitu supaya nanti membuka kepala paip . sampai saja di depan pintu bilik widat pula mengambil alih tugas tersebut . widat menghalakan paip air tersebut ke arah kereta warden .

"Peah bukak kaih" pekik widat .

Hendon dari bilik sebelah yang mendengar kekecohan dikoridor menjenguk keluar . hendon melangkah lebih dekat untuk melihat apa yang sedang dibuat oleh pirah dan widat . sebaik sahaja paip air dibuka ke tahap maksima , maka keluarlah air dihujung paip lantas widat spray air itu ke arah atas kereta warden . megi tersebut jatuh kebawah .

Pirah tersenyum ke arah widat , berpuas hati dengan kerja mereka . hendon sudah berlalu masuk ke dalam biliknya semula .

"Peahhhhh! Tutup ayaq" pekik pirah .

Peah yang sibuk bersembang dengan anom tidak mendengar pekikan pirah . pirah terpaksa berlari menuju ke bilik membasuh untuk menutup sendiri paip air . tanpa diduga

*kedebukkkkkk* seperti nangka busuk jatuh ke tanah pirah jatuh . selipar yang dipakainya lincin akibat ada air di atas lantai . dia terlupa yang seliparnya sudah haus .

"Adoiii, sakitnya" rengus pirah

Kedengaran suara anom dan peah ketawa terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan . mereka seakan akan terlupa hakikat tujuan pirah mahu ke bilik membasuh kenapa . widat yang sibuk ketawa juga terlupa paip getah yang dipegang nya sudah beralih arah dan air yang keluar dari paip jatuh ke atas bumbung tempat parkir warden . kedengaran bunyi air yang turun ke atas bumbung itu seperti hujan yang sangat lebat .

Beberapa saat kemudian mereka melihat warden mereka berlari lari anak keluar untuk mengutip pakaian di ampaian .

"Mampoihhhh , tutup ayaq cepat" peah yang mendengar arahan widat menutup paip air dengan segera .

Mereka tertawa apabila melihat warden aras bawah tergesa gesa mengutip baju di ampaian .

Kisah KitaWhere stories live. Discover now