Bab 1

41 4 0
                                    




                 

Teksi memberhentikan aku dihadapan rumah mewah yang bertingkat-tingkat dengan senibina moden. Duit tambang bertukar tangan. Beg pakaian yang besar lagi berat dengan semua pakaian yang aku angkut, aku seret hingga ke pintu pagar. Terpinga-pinga sekejap kat mana nak tekan loceng sebelum mata aku tertancap pada butang loceng di bahagian kanan pintu pagar.

                Selepas dua tiga kali loceng aku petik, terkedek-kedek seorang mak cik separuh usia dengan kain batik, baju T dan skaf di kepala datang membuka pintu  pagar kecil.

                "Ya cari siapa?" Soalnya.

                "Cari... err ini rumah Tuan Ghazi ke?" Aku bertanya.

                "Ya, ini rumahnya. Adik cari siapa?"

                "Cari Tuan Ghazi!" Aku menjawab yakin.

                "Tapi dia tak ada kat rumah."

                "Kalau macam tu saya tunggu sampai dia balik."

                "Dia balik dua tiga hari lagi."

                Jawapan mak cik ini buat rahang aku macam nak terjatuh ke lantai. Dua tiga hari lagi baru balik? Habis aku yang dah tak ada arah dan tujuan ni nak kemana pulak sementara nak tunggu dia balik?

                "DIa pergi mana?" Nada suara aku mula berubah rentak. Panas mentari  menyucuk-nyucuk kulitku buat aku makin tak keruan.

                "Outstation."

                "Tapi saya ada hal penting ni, walau apapun saya kena jugak jumpa dia. Penting!"

                "Yelah kalau penting macammana pun kenalah tunggu sampai dia balik dulu. Macamnilah, adik balik dulu, nanti lagi dua tiga hari adik datang sini balik."

                "Tapi saya tak tahu dah nak kemana. Saya datang jauh-jauh memang semata-mata untuk berjumpa dengan dia saja."

                "Adik ni siapa, kenapa macam terdesak sangat nak jumpa Tuan ni?"

                "Sebenarnya..." aku ragu-ragu untuk memaklumkan perkara sebenar. Takut kalau mak cik ni tak percaya, lepas tu di halaunya aku, langsung aku dah tak ada peluang nak jumpa dengan Tuan Ghazi dah.

                Dahi mak cik ni berkerut. Menunggu aku menghabiskan ayatku.

                "Sebenarnya mak cik, saya Irina..." aku menunggu responnya setelah mendengar nama aku. Tapi dia cuma mengangguk dan menunggu lagi aku menghabiskan kata-kata.

                "Cucu dia."

                Aku tak sangka apa yang aku akan lalui selepas itu adalah lebih teruk dari temubual dengan mak cik-bukak-pintu.

                Aku dijemput masuk ke dalam rumah. Syukur... selepas bermusafir beberapa jam dalam panas dan kelaparan, akhirnya dapat juga aku duduk tenang dalam rumah ini. Oleh kerana Tuan Ghazi tak ada, aku diminta menunggu seseorang. Sambil tu mak cik orang gaji ni menjamu aku makan tengahari. Selesai makan, aku tunggu pula kat ruang tamu sambil tengok televisyen, tapi orang yang ditunggu masih juga tak kunjung tiba.

                Tau-tau aku dah terlelap atas sofa. Tersedar pun bila ada orang asyik berdehem tak henti. Bila aku buka mata, seorang lelaki yang agak muda tengah berdiri sambil pandang aku. Pandangannya buat aku tersipu-sipu sambil lap pipi kot ada air liur meleleh, dan betulkan tudung bawal yang dah terkelepet kedudukannya.

                "Maaf, tertidur." Ucapku, berbahasa.

                "Nak apa datang sini cari Tuan Ghazi?" Soalnya. Ringkas, padat dan tegas.

                "Err..." aku langsung tak sediakan apa-apa bahan ucapan bila nak datang sini sebab aku fikir cukuplah dengan pengenalan nama dan status, maka aku akan terus dilayan seperti seorang cucu di rumah ini.

                Aku pandang muka lelaki ini. serius sungguh. Mata dia pandang aku macam mata helang.

                "Saya.... cari atuk saya."

                "Siapa atuk kau?"

                "Tuan Ghazi?"

                "Apa buktinya dia atuk kau?"

                Aku diam. Aku tak tahu pula yang aku perlukan bukti. "Arwah abah saya suruh saya cari atuk, beberapa minggu sebelum dia meninggal."

                "Siapa abah kau?" Soalnya lagi.

                "Kazim."

                "Tak, Tuan tak ada anak nama Kazim. Kau bukan cucu dia, dan kau tak diperlukan di sini."

                Ayat 'kau tak diperlukan di sini' tu buat aku rasa masa depan yang gelap dan kelam. Adakah dia maksudkan yang aku perlu keluar dari rumah ini, mencari teksi atau bas untuk bawa aku pulang semula ke kampung dengan beg yang berat, matahari yang panas membakar kulit, duit yang cukup-cukup makan dan perjalanan yang aku sendiri pun tak pasti hala tuju?

                TIDAK!

                "Awak nak bukti? Saya ada bukti, saya boleh ceritakan semuanya pada awak." Aku berdiri di hadapannya sebelum aku membuka beg pakaian dimana aku simpan fail yang berisi semua maklumat tentang Tuan Ghazi dan alamat rumah ini.

                "Sebelum abah saya meninggal, dia ada cerita yang saya bukan anak kandung dia. Dia jaga saya masa saya kecil. Dia ada simpan semua keratan akhbar tentang kemalangan tu dan maklumat terkini tentang Tuan Ghazi. Dia pesan, kalau dia dah tak ada nanti, saya kena datang sini dan cari atuk saya." Aku menunjukkan satu persatu isi di dalam fail itu kepadanya sambil menjelaskan kisah sebenar tentang aku.

                "Kau bukan 'Irina' pertama yang datang tunjuk maklumat palsu pada aku. Sebelum aku seret kau keluar, lebih baik kau keluar sekarang."

                "Awak ingat saya menipu ke? Saya tak tipulah! Ini semua arwah abah saya yang bagi, bukan saya sengaja reka cerita. Sumpah! Lil lah hi, saya tak menipu!" Aku mengangkat tangan seperti berikrar.

                Tanpa mempedulikan aku, lelaki ini terus berjalan sambil memanggil mak cik tadi. "Cik Nab, saya pergi dulu. Tolong suruh perempuan ni keluar."

                KELUAR?

                Aku mengekori langkahnya dan menghalang laluannya walaupun badan aku ditolak dan ditepis berkali-kali "Awak jangan halau saya. Saya bukan penipu, saya datang jauh-jauh sebab kat kampung tu saya dah tak ada sesiapa lagi."

                Lelaki ini memberhentikan langkahnya.

                "Awak percayakan saya kan?" Soalku.

                Dia senyum senget. "Sepuluh 'Irina' yang datang sebelum kau pun, bagi alasan yang sama. Kau dah buang masa aku untuk dengar benda yang sama." Dia menolak aku ke tepi dan terus berjalan ke pintu.

                Pesanan terakhir dia sebelum pintu dibuka, "Cik Nab, halau penipu ni keluar."  Lalu dia hilang disebalik pintu yang terbuka.

                Dia kata aku penipu? Aku akan buktikan yang aku berada di pihak yang benar.

Pewaris TunggalWhere stories live. Discover now