bab 2

42 2 1
                                    

"Makcik sumpah saya tak menipu, jangan halau saya mak cik." Aku dah melutut sambil berpaut pada kaki dia.

Seorang perempuan indonesia sudah menarik beg aku keluar, mak cik ini menolak-nolak tangan aku supaya melepaskan pegangan.

"Mak cik pun tak boleh buat apa, Tuan tak ad'za, mak cik tak ada hak dalam rumah ni, janganlah buat mak cik macam ni."

"Saya datang dari jauh ni mak cik, penat pun tak hilang lagi, takkan saya kena balik kampung semula? Bagilah saya tumpang kat sini sampai Tuan balik. Tolong mak cik...." air mata berjuraian tak aku pedulikan. Asalkan aku tak perlu balik, aku sanggup menangis tujuh hari tujuh malam.

"Nak angkat dia keluar ke kak?" Suara garau lelaki buat aku peluk kaki mak cik lebih erat.

Tangan aku ditarik kuat. Kudrat lelaki tu susah aku nak lawan. Bila dua-dua belah tangan berjaya dilepaskan, aku paut kaki makcik pakai kaki pulak. Mulut aku tak habis-habis minta tolong supaya jangan paksa aku keluar.

Badan terasa dilambung, sedar-sedar aku dalam dukungan lelaki itu. Aku tak nampak mukanya tapi bau badan dia macam peluh kering yang sangat kuat menusuk lubang hidung . Aku meronta sehingga terlepas dari genggamannya, badan aku berpusing 80 darjah dengan kepala menghadap jalan aspal, baru aku yang sekarang kami sedang berada di anak tangga pertama. Saat badan aku menyembam ke tanah, kepala aku dulu yang terhentak di batu jalan. tindakan refleks badan aku teroleng-oleng mengikut arah mata anak tangga sehinggalah aku terbaring menghadap langit dengan cahaya matahari memancar tepat ke mukaku.

Ya Allah, bergegar rasa kepala otak
aku.

Pertama. Kenapalah dia perlu buat jalan guna batu-batu sungai?
Dua. Kenapa dia kena jatuhkan aku di tangga? kenapa tak jatuhkan saja aku di dalam rumah tadi?

"Darah! Darah" aku dengar suara perempuan menjerit.

"Astaghfirullah... macammana boleh jadi macamni?" suara makcik pula menampar gegendang telinga aku.

"Dia sendiri tak duduk diam. Mana saya perasan ada tangga kat situ. saya lepaskan jelah."

aku terasa kepala aku dipangku atas riba seseorang.

"Ya Allah kalau tuan tahu ni apa kita nak jawab kat dia."

"Bukan salah kitalah cikNab, dia sendiri yang datang entah dari mana, suruh pulang ngak mahu pulang. Salah dia sendiri lho."

"Dah, angkat dia cepat."

"Saya lagi?"

"Kamulah! Takkan aku pulak! Cepat angkat!" Suara makcik naik.

Aku terasa badan aku melayang lagi, bau badan yang tengik tadi kembali menerjah hidung.

Aku sedar sepenuhnya apa yang berlaku di sekeliling aku, tapi badan aku dah mampu bertindak balas lagi.

Hari ini adalah hari yang panjang. Baik aku pura-pura pengsan daripada nanti kena halau lagi.



p/s : Masih dalam latihan menulis.Maaf kalau ayat macam tak sedap, tunggang terbalik dan tak jelas. Tak edit pun, terus publish je ni. ✌🏻️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pewaris TunggalWhere stories live. Discover now