-IMAGINE-
Aku begitu mencintai engkau, namun engkau telah mempunyai pasangan yang dapat menyinari kehidupan kau yang suram itu. Aku mahu engkau jadi millikku,tapi ianya sudah terlambat kerana engkau telah menjumpai kebahagiaan hidup kau sekarang. Aku tertanya-tanya, patutkah aku terus mencintaimu dalam diam? Perlukah? Walaupun engkau tidak akan membalas cintaku? Walaupun engkau hanya membuat hidupku menderita? Perlukah? Soalan-soalan ini selalu bermain di fikiranku.
Kalau kau nak tahu bagaimana aku jatuh cinta pada kau,aku akan ceritakan. Jika kau masih ingat, pada hari itu hujan yang lebat sekali. Mungkin aku seorang sahaja yang tinggal di sekolah pada masa itu.Aku juga terlupa untuk menyediakan payung.Aku terpaksa menunggu sehinggalah hujan berhenti namun, hujan semakin lebat jadi aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah dengan keadaan yang basah. Tapi kau, datang kepadaku dengan tiba-tiba lalu memberiku payung kau, kebetulan kau baru sahaja selesai daripada latihan bola keranjang. Pada mulanya aku tidak mengenali engkau. Tapi aku sempat mengetahui nama kau melalui jersey kau. Walaupun pada masa itu aku tidak dapat melihat muka kau, tapi aku dapat merasakan suatu perasaan yang amat gembira dalam hatiku.
Keesokan harinya, aku meminta rakan-rakanku untuk mencari engkau. Aku mahu memulangkan payung yang telah kau pinjamkan kepadaku. Dengan cara ini, aku dapat mengenali kau dengan jarak yang dekat. Rakan-rakanku yang mengenali engkau terus membawaku kepada kau. Dengan perasaan yang berdebar-debar, aku memulangkan balik payung kepada kau yang telahku pinjamkan tempoh hari. Aku mengucapkan terima kasih kepada kau dengan sepenuh hati. Mulai hari itu, aku telah pun menjumpai kunci hatiku. Engkau bagaikan sinaran yang memancarku, aku begitu gembira mengenali engkau.
Selepas beberapa hari, tidakku sangka kau telah mendapat pasangan hidup kau. Aku juga tidak dapat mereaksikan mukaku apabila dapat mengetahui kau sudah dimiliki orang lain. Sehingga sekarang aku tidak tahu apa yang harusku lakukan.Engkau telah menghancuri hidupku. Aku mahu membencimu tapi hatiku terlalu menyayangimu. Apa patut aku lakukan?
Kini,aku bertekad untuk melupakan kau. Perasaanku pada kau hanyalah sia-sia sahaja. Lebih baik aku melupakan kau sahaja. Sudah tiba masanya aku menyimpan semua kenangan yang indah bersama kau. Apapun, terima kasih kerana engkau telah menyinari hidupku yang lalu. Terima kasih! Dan selamat tinggal.

YOU ARE READING
JUST ONE DAY
Conto-IMAGINE- Aku mempunyai perasaan pada seorang lelaki.Namun begitu, dia telah memiliki pasangan hidupnya. Alangkah indahnya jika aku dapat bersamanya hanya satu hari sahaja itu sudah memadai buatku. Aku patut menerima kenyataan bahawa kau bukan...