Pembaca berita: Bangunan universal seoul telah runtuh di syaki akibat letupan bom yang amat kuat. Sebanyak 160 mangsa yang terlibat dalam bangunan runtuh ini. 5 orang, cedera teruk manakala yang lain cedera ringan.Mereka semua di hantar ke hospital Seoul. Nama mangsa yang cedera teruk ialah Song ji hyo,20 tahu.....
Tv ditutup. Air mata milik seorang lelaki gugur setelah mendengar nama isteri yang dicintainya, ji hyo terlibat dalam kemalangan bangunan runtuh. Remote tv terjatuh dari tangan nya, kakinya menjadi lemah menyebabkan dia terduduk lemah.
"Chanyeol hyung~ sabarlah" kata seorang lelaki bernama Sehun. Dia cuba menenangkan hyungnya.
"Suho hyung, chanyeol nak pi hospital. Chan tau yang ji hyo masih hidup. Hyung bawa chanyeol pi hospital" rayu chanyeol. Air matanya mengalir dengan sangat deras.
Kesemua ahli exo mengangguk. "Jom" ajak Suho. Tangan chanyeol di tarik lembut agar dapat berdiri. Mereka pun bergegas ke hospital Seoul.
Exo telah sampai di hospital Seoul tempat di mana ji hyo di bawa. Dengan pantas, chanyeol terus keluar daei perut kereta dan berlari kearah kaunter pertanyaan.
"Boleh saya tau di mana wad song ji hyo berada?" Tanya chanyeol.
"Encik ni siapa?" Tanya penjaga kauter itu.
"Saya suaminya. Tolong cepat beritahu saya." rayu chanyeol. Suaranya kedengaran layu.
Exo pun terus berlari dan mendapatkan chanyeol yang masih lagi di tempat kaunter pertanyaan. Penjaga kaunter itu menyelak sebuah buku yang di penuhi oleh nama pesakit dalam hospital ini.
"Oh puan SongJi hyo... Dia berada di wad ICU sekarang ini kerana keadaannya yang amat kritikal. Bilik tersebut itu berada di tingkat tiga." Beritahu penjaga tersebut.
Tanpa membuang masa, chanyeol terus berlari meninggalkan exo di kauter dan menuju ke bilik ICU dimna terletak di tingkat tiga. Sesampai sahaja chanyeol di tingkat tiga, matanya melihat sekeliling. Mencari bilik ICU.
"Mana ni biliknya??? Ji hyo jangan tinggalkan oppa" bisik hatinya. Air mata cuba di tahan, kakinya terhenti setelah menjumpai bilik ICU. Dua minit kemudian, exo pun muncul lambat disebabkan chanyeol meninggalkan mereka di kaunter.
"Macam mana? Ji hyo okay?" Tanya Suho. Chanyeol hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Semua mengeluh lemah. Mereka berharap yang ji hyo selamat.
1 jam telah berlalu namun masih lagi tiada respon. Tiba- tiba pintu bilik tersebut terbuka, keluar seorang doktor lelaki bersama pembantunya. Dengan pantas ahli exo berdiri dan chanyeol bertanya tentang keadaan ji hyo
"Doktor, macamana keadaan dia?" Tanya chanyeol. Bahu doktor itu dipegang oleh chanyeol.
"Kau siapa? Siapa keluarganya?" Tanya doktor itu.
"Saya suami dia." Jawab chanyeol lalu melepaskan bahu doktor tersebut.
"Oh... maaf encik kami tidak dapat menyelamatkannya. Kalau gitu saya pergi dulu." Doktor itu pun berlalu pergi.
"Tak! Ji hyo tak tinggal kan chan kan hyung. Jawab hyung. Tak mungkin! Mungkin doktor tadi bergurau kan. Hyung jawab lah!!!" Soal chanyeol kepada member exo. Exo hanya mendiamkan diri. Mereka turut terkejut tapi tiada apa yang dapat dibuat oleh mereka.
"Ji hyo hidup lagi tu. Chan yakin" Chanyeol tersenyum, ketawa seperti orang gila namun air matanya terus mengalir. Dia percaya pada dirinya yang ji hyo masih hidup. Suho tidak tahan melihat keadaan chanyeol, terus menampar mukanya agar sedar dan menerima kenyataan.
"Yah PARK CHANYEOL! Sedarla. Terima kenyataan chan. Hyung tahu ia sakit. Kami juga sedih tapi kita perlu kuat." marah suho. Badan suho ditarik oleh xiu min agar jauh dari chanyeol.
Di sebabkan tamparan suho; chanyeol terduduk. Dia menangis, menjerit setelah sedar ji hyo betul telah pergi meninggalkan dia. Baekhyun cuba menenangkan chanyeol dengan memeluknya.
"Dah lah tu chan. Sabar la. Nanti kalau ji hyo nampak tentu dia sedih" kata baek hyun.
"Baek saya tak kuat. Saya betul- betul tak kuat. Kenapa dia tinggalkan saya? Dia bencikan saya?" Bertubi- tubi chanyeol menyoal baek hyun. Namun baek hyun hanya mendiamkan diri.
"Chagi da tahu dari awal, yang changi akan tinggalkan oppa kan? Kenapa chagi, kenapa?!! Jadi sebab tu chagi berperangai pelik dan suruh oppa cari pengganti chagi." Bisik hati chanyeol sedih apabila mengenang semula ayat yang sering di tutur oleh ji hyo.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••"Wah segarnya" jerit seorang gadis yang berumur 17 tahun. Tangannya di buka luas seperti hendak memeluk. Matanya ditutup erat. Tiba- tiba pinggangnya terasa seperti di peluk seseorang. Perlahan-lahan dia membuka mata dan melihat geranggan yang memeluknya itu. Senyuman terukir di bibirnya.
"Oppa~ " panggil gadis itu.
"Ji hyo buat apa sini? Tak masuk kelas lagi?' Soal lelaki tersebut.
Ji hyo menggelengkan kepalanya. "Chanyeol oppa pula? Napa tak masuk kelas? Mesti spy chagi ni kan" tanya ji hyo. Kening kiri di naikkan. Sengaja menyakat chanyeol.
Muka chanyeol yang putih itu bertukar merah. Dia memandang kearah lain. "Macamana dia tau ni??" Bisik hati nya. "Manada. Oppa saja je lalu sini. Tiba-tiba nampak chagi sini." Nafi chanyeol.
Ji hyo tergelak. "Oh macam tu ke?? Ingat nak spy" perli ji hyo. "Abis tu, kenapa muka oppa merah?" Ji hyo menunjuk kearah muka chanyeol yang memerah sebab apalagi... blushing la...
Chanyeol memegang mukanya. "Ini sebab oppa rasa panas." Jawab chanyeol yang cuba menenangkan dirinya. Sekali lagi Ji hyo ketawa melihat karenahnya chanyeol.
"Dah lah jom masuk kelas. Nanti cikgu Ahn marah pula" kata chanyeol cuba menukar topik. Tangan ji hyo di genggam erat dan ji hyo hanya tersenyum. Mereka berjalan berpengangan tangan menuju ke kelas mereka.
-To be continue-
YOU ARE READING
My Sad Song [C]
FanfictionMengisahkan sepasang pasangan kekasih yang telah lama menjalinkan hubungan bersama sejak di alam persekolahan dan kini telah pun berkahwin. Namun, sesuatu telah berlaku pada pasangan ini. Banyak dugaan yang mereka lalui sebelum dan selepas mereka be...