Kebaikkan itu bukan untuk disenaraikan,
dan bukan untuk diceritakan,
Ia ada satu rahsia,
yang perlu disimpan.
Kejahatan itu sentiasa dilihat,
mendatangkan banyak kebencian,
Ramai orang yang mampu menyenaraikan kejahatannya,
kerana mereka tidak tahu akan kebaikkan dia,
Tidak perlu berpaling,
Cuma pelu berdoa,
Agar suatu hari nanti akan ada manusia,
yang mampu menerima diri ini.
_____________________________
_____________________________
Aku membisu seribu bicara,
Aku meletakkan perasaanku di bawah telapak kaki,
Aku menyembunyikannya,
Aku yang menjauhinya,
Jangan tanya mengapa,
Aku lakukan ini bukan seperti yang ada di benaknya,
Hanya untuk memberikan masa kepada hati yang panas membara.
Lali?
Tidak aku tidak pernah lali.
Marah?
Apa gunanya lagi.
Sakit?
Aku tidak dapat merasainya lagi.
Kecewa?
Ya, dengan kesimpulannya.
Menangis?
Air mata ini tidak semahal mutiara.
Cukuplah aku menahan seribu kata,
cukuplah aku bermadah dalam jiwa,
Cukuplah.
Biar aku mati kerana rasa ini,
kerana tiada manusia yang mampu menerima,
menerima manusia sekeji ini.
YOU ARE READING
Sang Penerima cinta
RandomAmir atau Tengku Amirul Iskandar Shah bin Tengku Ibrahim Muhammad Kamaruddin, seorang jejaka kaya lagi Tampan dan sering menjadi idaman para wanita. Namun dia memiliki sikap yang sangat menjengkelkan dan ego. Bagaimanakan si jejaka ini boleh menguba...