Bab 2

135 4 0
                                    

"ARGHHHH!!."jerit Alif

Dia nampak seorang budak dengan tiada mata dan darah yang meleleh-leleh...sangat mengerikan!!!

"Lif!kenapa ni?!"tanya Zafrizan yang kehiranan..

Alif membuka matanya dan tiada apa-apa pun dihadapannya..dia terus melangkah masuk ke biliknya..

"*apa kena dengan dia ni?*"bisik hati Zafrizan..Dia memerhati sekeliling dan tiada apa-apa yang pelik...dia terus masuk ke dalam bilik

********

"aku nak keluar kejap.."kata Ikmal

"yela.."sahut Zarul

Zarul POV

Mcm ada orang perhatikan kami...smlam aku nampak kelibat seseoranglah..tapi aku tak nak lah bagitahu diorang...lagi-lagi si Alif tu kesian pulak nanti...hmm..

End POV

"wei lif kenapa dengan kau semalam?."tanya Zafrizan

"Tak ada apalah Zaf.."jawab Alif yang enggan berterus terang tentang kejadian semalam..Zafrizan pelik dengan sikap rakan baiknya itu...sebelum ni walaupun Alif penakut,tetapi sikapnya biasa sahaja tapi kenapa sikapnya tiba-tiba berubah seperti ada sesuatu yang dia sorokkan...

______________________________________

Ikmal meninjau-ninjau kawasan apartment...apartment kelihatan sunyi mungkinkah penghuni-penghuni di situ tidak bergaul sesama sendiri...sedang dia meninjau,dia ternampak seorang budak lelaki sedang bermain guli..dia hairan kenapa budak itu bermain berseorangan?dimana kawannya yang lain?dimana ibubapanya?Ikmal mendekati budak itu untuk menanyakan suasana di apartment itu memang sunyi begitukah?"adik."panggil Ikmal..budak itu berjalan meninggalkan Ikmal..Ikmal berasa hampa,dia fikir mungkin budak itu takut dengan dirinya sebagai orang baharu di situ...dia ternampak sebuah kotak kecil dia pasti itu kepunyaan budak kecil tadi,dia pandang ke hadapan dan budak kecil tadi hilang daripada pandangan.."aik takkan dah hilang kot dia baru je pergi tadi..lagipun dia berjalan bukan lari...hmm"bisik hati kecilnya dengan persoalan..dia membelek-belek kotak kecil itu.

_____________________________________

Syafiq memandu pulang daripada membeli sarapan di sebuah gerai..sedang dia seronok memandu sambil mendengar lagu kegemarannya yang didendangkan di siaran radio,dia ternampak kelibat seseorang di balik belukar dia terganggu dengan kelibat itu sehingga dia hampir melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.."fuhh!nasib baik!"dia menghembuskan nafas lega..

"ish mana Ikmal ni?tak balik-balik.."risau Zafrizan seorang yang prihatin dan sangat bimbang jika orang yang rapat dengannya pergi tak balik-balik..

"kenapa kau risau sangat ni zaf?si Ikmal tu ade cakap dengan kau tak dia nak pergi mana?"kata Zarul yang cuba untuk menenangkan rakannya itu...

"ada,die cakap nak tengok-tengok kawasan apartment ni je..tapi takkan lama sangat kot..dah la kita tak kenal lagi dengan orang kat sini...kot jadi apa-apa ke kat dia macam mana?."kata Zafrizan dengan nada penuh dengan kerisauan..

"kau tu risau sangat ni...nanti dia balikla tu..dah la wei,jangan risau sangat eh nanti dia balik la tu..k la aku nak join Alif tengok tv."balas Zarul.....

Ikmal masih meninjau lagi kawasan disitu...semasa dia berada di blok C,dihadpannya ada satu susuk tubuh kanak-kanak perempuan memegang anak patung dengan wajah yang tertunduk,menunjuk tepat ke arahnya...dahi Ikmal berpeluh-peluh kakinya hendak melangkah pergi tetapi entah kenapa tidak boleh kakinya seperti dipaut seseorang..."HOI!!" Ikmal tersentak dengan panggilan yang mengejutkannya itu!

-BERSAMBUNG-

!!KILLER!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang