Kem

117 7 3
                                    

Masa aku tingkatan 3 ada terlibat dalam kem (3 hari 2 malam) untuk pelajar PMR (sekarang pt3). Tempat dirahsiakan.

Ok ceritanya macam ni. First day kami kat situ ok lagi, memang tak ada apa apa yang terjadi. Tetapi! Malam hari kedua kami dekat sana, terjadi sesuatu yang seram sikit. Aku bagitahu sikit bilik kami macam mana, cuba korang bayangkan dulu. Bilik yang kami dapat macam ni, dalam satu rumah ada 4 bilik dalam tu. Macam rumah tetapi bezanya tak ada dapur. Aku tidur bilik paling hujung, 4 orang satu bilik. Dalam satu bilik ada 2 katil double decker. Dah boleh bayangkan?

Kisah bermula bila hari terakhir kami dekat sana, masing-masing buka cerita.

Aina mulakan cerita dia...

Kawan aku (Aina) ni tidur kat bilik first. Dia sibuk kemas baju sebab esok tu dah nak balik kan, kawan yang stay satu bilik dengan Aina ni semua dah tidur. Maklumlah dah pukul 1 pagi, masing-masing dah penat. Tengah sibuk-sibuk kemas baju tu, Aina dengar ada orang ketuk pintu bilik dia. Perlahan je, ketukan beberapa kali "tuk! tuk! tuk!" Aina tak fikir apa masa tu, dia terus je tanya "siapa tu?" Tahu tak disebalik pintu tu jawab apa? Dia jawab macam ni, "ini akulah, yang duduk bilik hujung sekali."

*Masa ni aku dengar si Aina cerita memang dah seram sebab bilik hujung tu aku yang stay. Kami berempat dalam tu semua dah tidur!

Selepas tu, dengan beraninya Aina buka pintu, takda siapa! Kosong! Ruang tamu yang gelap je yang dia nampak. Disebabkan Aina tak fikir apa dan dia pun dah mengantuk, dia terus sambung kemas baju dan tidur.

Malam yang sama juga kawan aku (Anis) tidur kat katil belah atas, aku belah bawah. Dia cerita yang dia tersedar sebab dia dengar bunyi bedak (compact powder) jatuh tapi peliknya Anis dengar bunyi bedak tu macam jatuh banyak kali, tu yang dia tersedar. Then, dia dah mula seram dia turun katil nak tidur sebelah kawan aku sorang ni. Masa Anis turun tu dia cakap dia pandang aku sambil senyum sebab time tu dia nampak aku terbuka mata. Yang seramnya dia cakap aku jeling kat dia. Seriously aku tak sedar langsung time tu. Entah maybe aku mengigau. Dia pun buat tak tahu, turun tidur sebelah kawan kami. Ada lagi ya...Anis ni tak boleh tidur sebab dia dengar bunyi kuali. Pagi-pagi buta orang memasak?! Gila ke apa kan. Dia pun try tidur. Akhirnya tidur juga dia.

Esok pagi tu aku paling awal bangun. Yang aku perasan selimut aku betul-betul terbuka dan kemas tepi aku macam korang selak sendiri selimut korang. Ok masa tu aku dah fikir lain sebab kawan aku cerita semua ni kan. Aku ke yang ketuk pintu? Aku ke yang jatuhkan bedak? Aku memang betul-betul jeling dekat Anis? Aku ke?!

Hehehehehe tak ada jawapan sampai sekarang...

Kisah SeramWhere stories live. Discover now