Kawan Paling Sial

1.7K 44 1
                                    

'Di waktu malam bulan mengambang,
Hati sayu mengenang dikau '

"Amboi,Man bukan main lagi kau menyanyi, biasanya kau tak macam ni!",tanya Azwan
"Bukan apa Wan aku ni baru jumpa orang yang aku rasa boleh gantikan tempat Hasnah isteri aku yang dah meninggal tu",jawab Azman.

              Azwan bersyukur mendengar kata kata Azman yang sudah kembali ceria sejak kematian isterinya akibat kemalangan dalam perjalanan membawa isterinya ke hospital sewaktu Hasnah ingin melahirkan anaknya tiga tahun yang lepas.Kemalangan itu begitu tragis di mana kereta Azman telah jatuh kedalam gaung dan  bayinya itu dijumpai mati lebih kurang 50 meter dari kereta Azman ,mayat isterinya gagal dikesan pihak polis.Namun tuhan masih memberikan peluang kepada Azman untuk mengabdikan diri kepadanya kerana Azman hanya patah bahu sebelah kanan sahaja , kini dia sudahpun normal dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.Pada mulanya Azman tidak boleh menerima insiden yang meragut nyawa itu akan tetapi dia percaya akan janji tuhan dimana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Azman juga hampir melepaskan jawatannya sebagai Eksekutif di sebuah syarikat terkemuka,kerana tidak mampu menahan emosinya yang meracau akibat insiden itu.Mujur,ada rakan baiknya Azwan yang selalu berada disisinya yang tidak putus memberikan sokongan moral kepada sahabatnya agar tidak cepat mengalah dengan ujian hidup.

              Hari demi hari kehidupan Azman kembali normal,dia kini boleh menjalankan tugasnya.Mereka tinggal serumah memandangkan Azwan masih bujang lagi dan rumah Azman itu disewakan kepada penduduk sekitar Shah Alam kerana Azman ingin melupakan memorinya bersama Hasnah.Namun sejak rumah itu disewakan,tidak ada yang mampu bertahan menyewa rumah itu lebih dari tiga bulan .Azwan bingung mengapa perkara itu berlaku kerana dia sememangnya menolak faktor bahawa rumah itu berhantu kerana dia kurang percaya akan hal hal berkaitan hantu dan syaitan ini.Sejak akhir akhir ini Azwan pelik melihat perangai rakannya yang berubah 360 darjah tidak seperti dulu.Dia kini pulang mabuk,gemar mengeluarkan kata kata kesat dan selalu bertindak tidak waras kerana dia sering menceritakan dia berjumpa dengan Hasnah setiap malam.Hal ini menyebabkan Azwan bingung dan mengambil keputusan untuk menyiasat apa yang berlaku.

             Azwan telah memulakan langkah dengan mengekori kemana sahaja Azman pergi.Namun apa yang dia lihat Azman akan ke tempat dia kemalangan dahulu setiap malam dan apa yang megejutkan dia akan memberhentikan keretanya disitu dan bercakap seorang diri.Kadang kadang dia melihat Azman tertawa dan menangis disitu.Hal ini membuatkan Azwan ingin menyiasat lagi apa yang berlaku disebalik kejadian itu.Dia memberanikan dirinya untuk menyelinap masuk ke dalam bilik Azman sebaik sahaja dia ke pejabat .Pada mulanya tiada apa yang menghairankan dapat dilihat disitu.Namun setelah dia menyelongkar almari milik Azman dia melihat sebilah kapak yang berlumuran dengan tompok darah kering disimpan dalam plastik lutsinar itu.Juga terdapat sepucuk surat disebalik plastik itu yang bertulis dihadapannya Kau Azwan, Kawan paling sial dalam hidup aku.Berdegup kencang jantung Azwan membaca ayat itu lalu dia membuka surat itu yang tertulis kau dah hancurkan masa depan aku , kau dah buat aku bunuh Hasnah , kau tunggu , kau tunggu SIAL !!! Azwan begitu terkejut dan mula mengimbau kembali detik itu

              Setelah 10 tahun berkahwin dengan Hasnah ,mereka gagal mendapat cahaya mata,Azman terlalu inginkan cahaya mata pelbagai ikhtiar telah diusahakan malangnya tidak diizinkan tuhan. Azman memang selalu outstation dan dia terpaksa meninggalkan isterinya berseorangan dirumah.Isterinya terlalu kasihan dengan Azman kerana 10 tahun menanti zuriat daripada mereka .Dia menelefon Azwan dan mengajak dia makan dirumah .Sebaik sahaja Azwan tiba  dirumah mereka Hasnah telah menghidangkan makanan untuk Azwan.Sebaik sahaja selesai makan malam Azwan meminta untuk beransur pulang ,tetapi dihalang oleh Hasnah .Dia menarik tangan Azwan dan memeluknya dengan erat , dia menangis teresak esak dan Azwan cuba menenangkan Hasnah .Hasnah tidak berkata apa apa lalu membuka satu persatu butang baju Azwan , Azwan pada mulanya cuba menepis tetapi kerana hasutan syaitan dia tewas malam itu ditangan Hasnah. Sebaik sahaja mereka selesai melakukan kerja terkutuk itu ,Hasnah mengingatkan Azwan bahawa semua ini rahsia .Hasnah menangis teresak esak kerana niatnya suci ingin melihat Azman gembira mempunyai zuriat sendiri .

            Loceng berbunyi , Azwan mula gelabah dia cuba untuk keluar malangnya Azman telah masuk ke dalam rumah dan menuju ke dalam biliknya ,sebaik sahaja dia membuka tombol pintu biliknya Azman melihat almari yg menyimpan 1001 rahsia itu kelihatan seperti diselongkar kerana baju baju lama Azman bersepah dia atas lantai ,Azwan berjaya menyorokkan dirinya dibawah katil Azman.Dalam sekelip mata segalanya berubah ,Azman bercakap dengan nada seperti orang yang tidak waras ,

"Azwan ,kau mesti terkejutkan ,pandai tak aku berlakon selama ni, hah,KAU MEMANG KAWAN PALING SIAL "
Lalu Azman mengambil kapak yang tersorok dibelakang almari dan membelah muka Azman yang berada di bawah katilnya.

"ARGHHH,"jerit Azwan
Azwan meninggal dunia di situ mayatnya dibiarkan dibawah katil itu.Pada malam itu ,Azman telah memecahkan lantai biliknya dan menanam mayat Azwan dibawah simen itu dan menyimen lantai itu semula.

Azman menjalani kehidupan seperti biasa selepas itu.
Pada setiap malam dia akan tidur bersama 'rakannya' didalam bilik itu.Tiada apa yang berlaku selepas itu.Hari demi hari Azman bosan hidup berseorangan dia ingin mencari ketenangan hidup,lalu dia ke Kelab Malam Echo untuk menenangkan perasaan.Dia meneguk beberapa botol beer sambil badannya diulit lembut oleh GRO yang berbadan montok dan seksi.Nafsunya seolah olah tidak dapat dikawal,dia telah membawa balik GRO itu pulang ke rumah.GRO berbangsa cina itu tanpa segan silu masuk ke rumah,Azman membawanya kebilik.Pintu bilik dikunci dan bermulalah adegan berahi antara mereka berdua,butang baju GRO itu dibuka Azman satu persatu dan Azman rancak mengatur strategi malam itu ,mereka berseronokkan dan bergelumang dengan dosa ,sewaktu masing masing enak melayari bahtera pelayaran tiba tiba  mereka terdengar pintu bilik mereka diketuk.

"Siapa tu? Kau jangan main main dengan aku eh",Jerit Azman.

Azman membuka pintu ,alangkah terkejutnya dia melihat roh Azwan yang mukanya terbelah dan berlumuran darah.GRO itu menjerit dan ingin melarikan diri malangnya gagal kerana Azman bertindak gila lagi dengan membelah kepala GRO itu yang disangkanya roh Azwan.Dia buntu dan akhirnya bertindak membunuh diri dengan menggantung diri di dalam biliknya.

Beberapa minggu kemudian Tuan rumah itu datang untuk mengutip duit sewa bulanan yang kebiasaannya dikutip oleh tuan rumah itu sendiri.Dia memberi Salam banyak kali ,malangnya tidak berjawab ,lalu dia membuka pagar yang tidak berkunci dan mengetuk pintu rumah itu.Setelah beberapa kali pintu diketuk dia mengambil keputusan untuk membuka pintu itu.Sebaik sahaja pintu dibuka dia terhidu bau yang teramat busuk yang datang dari dalam rumah itu ,dia memberanikan diri untuk melihat apa yang berlaku ,dia menjerit melihat tubuh yang tergantung pada kipas siling dan sekujur tubuh perempuan terbaring yang berulat dan mereput dalam keadaan mengerikan.Dia berlari keluar dari rumah itu dan membuat laporan polis ,jiran jiran berdekatan diminta membantu pihak polis untuk siasatan.Apa yang menghairankan ,jiran jiran mereka mendakwa mereka tidak langsung menyedari insiden ngeri itu dan setiap hari mereka melihat Azman dan Azwan bergurau dengan jiran bersebelahan tetapi mereka hairan kerana tidak langsung melihat mereka pergi ke tempat kerja.Malah Ah Seng jiran sebelah rumahnya ,baru sahaja bertegur dengan Azman siang tadi dan memberinya 'mee goreng' yang katanya telah dijamu oleh seisi keluarga Ah Seng.

"Mereka memang ramah dan mesra dengan jiran sekeliling dan banyak membantu jiran jiran terutamanya golongan yang miskin"dakwa Cik Kiah.

Kes itu ditutup kerana suspek tidak ditemui.Rumah itu kemudiannya menjadi rumah puaka kerana jiran sekeliling sering mendakwa terdengar bunyi orang menangis dan bertengkar dikawasan rumah itu.Mereka juga mendakwa melihat roh roh mereka berkeliaran dihadapan rumah itu dan menggangu penduduk setempat.

Tuan rumah itu buntu kerana tiada siapa mahu menyewa rumah itu.Ah Seng berpindah rumah kerana tidak tahan diganggu roh mereka.

Mayat Azwan masih belum ditemui pihak polis,kerana tiada pengesahan bahawa dia telah mati.
Beberapa bulan kemudian rumah itu dilelong oleh pihak bank kerana tidak dibayar oleh tuan rumah berkenaan.

Rumah itu dibeli dan kini dijadikan tempat pengajaran ilmu agama bagi para para ilmuan agama yang tinggal dikawasan itu.Sejak rumah itu menjadi tempat mulia,penduduk sekeliling tiada lagi mendengar rintihan atau bunyi yang menyeramkan dari rumah itu .Mereka juga tidak diganggu lagi dengan pelbagai kejadian misteri dirumah itu.

Tamat

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kawan Paling SialWhere stories live. Discover now