"Tuah! Tuah! Ada seorang lagi kat bawah sana. Tapi kita ada masalah,"cerita Zaki dengan muka cemas.Tuah yang baru duduk bersandar di dinding selepas 3 hari berhempas pulas memujuk kumpulan penculik menyerah diri kini tegak kembali. Muka mula memandang pada tiga orang lagi pasukannya yang sama duduk bersandar. Masing-masing merona riak terkejut. Mana mungkin risikan mereka selama ni tersasar. Belum pernah lagi mereka tersilap dalam mendapatkan maklumat.
"Mana kau jumpa?"
"Dalam cctv. Dia nampak lemah Tuah...."
"Tunjuk." Arah Tuah bingkas ke skrin cctv di sudut sana.
Di skrin cctv yang bertanda 'My Love' tergambar seorang perempuan yang terikat dan tergantung tangannya pada tali yang berjuntai dari siling. Matanya tertutup dengan kain. Bibirnya pecah. Pakaian sukan yang tersarung di badannya hanya tinggal jaket yang zipnya terbuka menampakkan bra putih. Manakal seluarnya sudah tertanggal melainkan seluar dalam putih saja.
Dibetis berbekas kesan pukulan merah, bagaikan baru hinggap pada tubuh perempuan itu.
"Submassive!" Terkeluar ayat itu dari bibir Tuah sambil memandang pada Zaki.
"Ya. Itu yang saya fikirkan tadi. Ini tak pernah masuk dalam risikan kita. Semua mangsa dirogol bergilir kemudian dilelong dalam pasaran gelap. Tapi yang ni tiada dalam risikan kita Tuah,"jelas Zaki mengeluh terkilan. Dia sendiri yang mengetuai pasukan risikan. Lama dijejaki Kumpulan Putera Kelawar ini. Masakan dia terlepas pandang hal besar sebegini.
"Cari dimana sumber bilik ini. Aku mahukan mangsa ini dibawa keluar sama ada hidup atau mati. Hubungi markas minta bantuan unit anjing pengesan segera,"arah Tuah cukup serius.
"Baik."
"Jack, Botak, Cham misi belum selesai."
Pasukan Tuah hanya angguk tanda faham. Mereka bingkas bangun dan berlalu memulakan misi mengesan dimana letaknya bilik yang bersambung dengan cctv ini. Tuah terduduk sambil mata memandang pada skrin cctv. Jarinya menyentuh gambaran perempuan yang terlentuk tak sedarkan diri.
"Kenapalah kau bodoh sangat hingga terpedaya pada janji lelaki buaya ini semua? Mana akal kau perempuan? Mana maruah dan malu kau perempuan?"
YOU ARE READING
Teja & Tuah
RomanceTeja seorang gadis misteri yang hadir dalam waktu yang mengugat kewibawaan Tuah sebagai ketua pasukan penyelamat. Maklumat Teja langsung tiada dalam senarai tebusan yang perlu diselamatkan lebih merumitkan tugas Tuah untuk memaklumkan hal penemuanny...