Part 1 - Terharu

86 2 2
                                    

Sebuah bilik bawah tanah sejauh 500 meter dari tempat kejadian diserbu. Malangnya mereka diduga dengan satu halangan yang merbahayakan nyawa tawanan. Mereka tak mampu membuka pintu yang dikunci menggunakan kata laluan. Jika tersalah dinding yang bergerigi besi di kiri kanan akan mengepit mangsa yang tak bergerak. Dan seterusnya meletop tanpa dapat dikesan siapa mangsa yang terlibat. Nyawa mereka juga turut sama melayang.

"Ini kerja orang gila,"jerit Tuah yang marah dengan apa yang dihadapinya. Kini unit pengebom pula perlu dipanggil untuk membantu menyelesaikan kesulitan ini.

"Putera Kelawar memang gila Tuah. Kalau tak kerana dia, tak adalah pasaran gelap memperdagangkan perempuan ni... tak ada juga organ dalaman yang dijual membabi buta macam ni,"lepas Zaki yang turut sama meluahkan geramnya. Terkesan sungguh dia dengan kecilikan Putera Kelawar menyembunyikan diri.

"Aku rasa kita boleh buka ikatan tangan dia dari atas ni tanpa menyentuh palang besi tu,"cadang Jack memberi pendapat.

Tuah diam. Mata memandang pada palang besi yang digunakan untuk mengantungkan besi dan tali yang mengikat tangan perempuan itu. Bahaya! Kerana besi itu semua dipasang sensor pengesan.

"Betul cakap kau. Kau buka bumbung. Ikat tali pada para paling atas. Aku turun,"arah Tuah.

"Tapi Tuah, tangan kau cedera." Zaki mencelah.

"Aku mampu. Cepat, kita tak ada cara lain sementara unit pengebom sampai," arah Tuah yang telah memandang dinding di hujung sana untuk dipanjat. Zaki mengeluh dan memberi isyarat mata pada Jack. Degil!

Dengan latihan kecergasan yang telah dijalani, mereka hanya mengambil masa lima belas minit untuk mengantungkan Tuah dengan kaki diikat di atas dan tangan tangkas membuka tali ikatan berhati hati. Skrew besi yang mematikan rantai besi pun dibuka perlahan-lahan agar si tawanan itu tak tergolek jatuh ke lantai.

"Cik! Cik! Bangun. Saya nak lepaskan besi ni."

Tiada balasan.

"Cik! Cik! Bangun."

Tiada balasan lagi. Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskan perlahan melepaskan rasa geram. Dalam situasi begini dia perlu sabar dan tenang. Dia menurunkan lagi badannya hingga kepala nya berada sejengkal saja dengan palang besi yang bersilang.

"Cik! Cik! Saya pasukan penyelamat. Cik dah selamat. Buka mata. Saya nak bantu keluarkan cik dari sini. Percayakan saya cik. Percayakan saya,"pujuk Tuah cukup lembut.

Tiada balasan. Seketika jari si tawanan bergerak-gerak.

"Cik percayakan saya. Cik dah selamat sekarang. Pegang tali ni dan jatuhkan badan cik di lantai. Jangan risau saya pegang tali ni,"lega hati Tuah melihat tindak balas si tawanan yang cukup memberangsangkan.

Perempuan itu menunjukkan tindak balas yang sangat melegakan. Tersenyum Tuah melihat perempuan itu akhirnya terbaring lega di lantai. Tangannya sudah mengosok satu sama lain. Kemudian tangan kanannya bergerak lesu ke kepala. Ikatan mata itu dileraikan pula.

"Cuba perlahan cik. Jangan paksa diri,"pujuk Tuah memberi arahan. Dia faham situasi mangsa begini pasti melalui trauma yang mengerunkan. Dia perlu pujuk dengan lembut dan perlahan.
"Arhhhhhhhhhhhhhh"jerit perempuan itu sambil badan yang merekot di lantai.

"Shssss.... tenang. Saya di sini. Kami sedang usaha keluarkan cik dari bilik ini. Tenang cik,"pujuk Tuah lagi.

Perempuan itu membuka mata dan memandang pada Tuah. Bagaikan renjatan elektrik dirasakan Tuah kala mata biru itu memandang tepat padanya.

"To-long sa-ya,"rayu perempuan itu lemah.

Tersentuh hati Tuah dengan rayuan lemah perempuan tu. Jika diikutkan hati mahu saja dikopakkan palang besi ini untuk mengeluarkan perempuan itu sesegera mungkin.


Teja & TuahWhere stories live. Discover now