"Apa..apa aku dah buat??" Mata Ahrin membulat besar selepas apa yang terjadi. Melihat 3 orang lemah dihadapannya membuatkan dia terkaku. Tangannya mengeletar, dia melihat tangannya dengan muka yang takut.
"Mereka.. Apa aku buat?"Beberapa tahun kemudian,
Kring!!!!!!!
Class 5 Pearl,
"Wey korang tahu tak yang akan ada budak baru masuk kelas.kita?"
"Perempuan? Lelaki?"
"Tak tahu la, aku tak jumpa lagi dengan dia."
"Hu, kalau lelaki kan best. Mesti handsome."
"Aku lebih suka perempuan, bertambahlah kawan kita."
"Oh yelah. Kelas kita ni, hampir semua lelaki kecuali kita bertiga."
"Hrm hrm.""Hey budak perempuan."
Panggilan tersebut membuatkan tiga gadis diam dan pandang ke arah suara itu. Melihat orang itu, ketiga-tiga mereka takut.
"Boleh senyap tak? Korang ni memekak tak habis-habis." Seorang lelaki tersenyum sinis pada ketiga-tiga gadis itu. Duduk di atas meja lagak gengster, sengaja ingin menakutkan gadis kelasnya.
"Ma..maaf." ucap salah seorang gadis sambil menunduk. Mereka bertiga hanya duduk di meja masing2 tanpa boleh berbuat apa2.
"Aku harap, kita ada penyelamat." bisik mereka bertiga serentak tanpa mereka perasan.Dang! Buku dihempas di atas meja. Satu kelas memandang kearah depan. Kelihatan cikgu Haneul yang berwajah bengis masuk bersama seorang gadis. Ketiga-tiga gadis di kelas itu tersenyum gembira manakala lelaki masing-masing tersenyum sinis.
"Ni, rakan kelas kamu yang baru. Moon Ahrin. Jangan buli dia dan layan dia dengan baik. pft, kalau korang buli dia pun.. korang yang akan sakit." ucap Cikgu itu smbil menjeling ke arah Ahrin.
Ahrin dengan muka tanpa riak, tnpa senyuman, langsung tak perduli kata-kata cikgu itu. Dia memandang terus ke arah rakan kelasnya yang majoritynya lelaki kecuali tiga orang gadis di barisan tengah.
"Yura!"
"Yea cikgu."
"Ahrin akan duduk disebelah kamu. Ahrin, kamu boleh pergi sekarang."Ahrin berjalan ke arah Yura. Riak wajah tanpa perasaan ditunjukkan pada rakan kelasnya. Yura memberikan senyuman pada Ahrin namun hampa.. Ahrin tidak membalas snyuman Yura dan hanya duduk sambil pandang ke hadapan.
KringKring!!
Waktu rehat,
"Budak baru tu sombong la." rungut Luhni geram.
"Bukan sombong, dia cuma tak biasa dengan kelas kita." balas Yura positif.
"Hurm, apa-apa pun. Kita kena buat dia jadi kawan kita. Aku tak boleh nak biarkan dia berseorangan. Korang tahulah kan, budak lelaki kelas kita semua jahat." ucap Nahni.
"Bukan semua la.. Chanyeol baik je. Tak pernah usik orang." ucap Luhni dengan snyuman.
"Baik apa? Dia tak tunjuk je. Hari tu aku ada nampak yang dia tengah belasah budak lelaki sampai pengsan hanya sebab budak tu kotorkan baju dia. Teruk betul." ucap Yura sambil mengelengkan kepalanya.
"Dia belasah ada sebab, budak tu yang kurang ajar. Dah langgar bukan nak minta maaf." Luhni membela.
"Ish kau ni. Tak habis-habis nak back up Chanyeol tu." rungut Yura. Luhni hanya membalas rungutan Yura dengan senyuman manisnya."Wey ada budak baru kotorkan baju Chanyeol!!"
"Chanyeol nak belasah budak baru!"
"Budak baru perempuan tu nak kena belasah!""ha, korang tengok. Tu bukti terbaru. Dengan budak baru pun nak gaduh. Nampak sangat yang dia tu bukannya baik macam yang kau cakap tadi Luhni" sambung Yura lagi.
"Eh jap. Tdi dia kata budak baru perempuan??" soal Nahni semula. Ketiga tiga mereka terkejut dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Di kantin,"Kau.. dah kotorkan baju aku." ucap Chanyeol bengang.
"Kau langgar aku." balas Ahrin budak baru.
"Ptf, aku tak suka gaduh dengan budak perempuan." ucap Chanyeol lagi.
"Aku tak ada mood nak gaduh dgn sesiapa." bls Ahrin selamber menyebabkan Chanyeol tersenyum kecil.
"Huh, kau boleh tahan berani ya, budak baru. Amazing." ucap Chanyeol dengan snyuman sinis. Dia menyapu kotoran di bajunya lalu terus pergi tanpa membuat apa2. Ahrin pula, sejurus mengambil barangnya yang jatuh, dia terus pergi ke arah bertentangan meninggal orang yang berkumpul terpinga-pinga."Lah, ingatkan nak gaduh tadi."
"Baru nak tengok budak baru tu kena belasah."
"Hahaha."Suara budak lelaki yang tak matang kedengaran menyapa telinga Ahrin. Tetapi, Ahrin hanya memekakkan telinganya dan bergerak ke bumbung sekolah.
Di bumbung sekolah,
Ahrin duduk di hujung tembok smbil kakinya melunjur ke bawah. Dia memandang ke arah langit biru sambil memejamkan matanya. Sedang Ahrin bergitu, tanpa dia perasan, ada seseorang datang ke arahnya dengan senyuman jahat. Perlahan-lahan melangkah, dengan niat untuk menolak Ahrin jatuh.
Sementara Chanyeol..
Chanyeol duduk di atas atap yang lebih tinggi daripada bumbung. Bajunya sudah ditukar dan kini dia hnya memakai t-shirt biasa.
Tap tap..
Dia memandang ke arah suara tapak kaki yang berjalan dan ternampak budak baru duduk dihujung tembok.
"Heh, dia tak takut pun." bisik Chanyeol perlahan dengan senyuman kecil. Sedang dia perhati, dia nampak pula seorang lelaki masuk dengan snyuman jahat. Lelaki tersebut berjalan perlahan-lahan menuju ke arah budak baru kelasnya."Gila. Dia ni tak habis2 nak mnyusahkan." bisik Chanyeol bengang. Namun dia hanya duduk disitu untuk melihat apa yang akan terjadi.
bersambung..
Yeah, finish part 1. Hehe.. sorry agak serabut. Tak confident sebenarnya dengan cerita saya ni. Apa2 pun, hope korang suka this simple story.
#CallMeClover
YOU ARE READING
Tough Love.
RomanceDia gadis dingin, kuat dan keseorangan. Berkawan langsung tidak ada dalam kamus hidupnya selepas apa yang berlaku dahulu. Dia lebih rela hidup sendiri tanpa ditemani sesiapa walaupun keluarga sendiri. Di sekolah baru, dia melayan semua orang dingin...