Budak baru

7.2K 54 9
                                    

Kisah aku bermula apabila aku tiba-tiba terpaksa berpindah sekolah di kawasan bandar, jauh dari tempat aku belajar dahulu. Bagaikan terpaksa (oh, memang aku terpaksa) akhirnya aku bergelar seorang pelajar baharu, murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putra.

********

Aku melangkah kaki seorang diri ke tapak perhimpunan pada hari pertama menjadi budak baru sambil mengendong beg galas beroda yang agak berat. Beg kebanggaan ketika aku mendapat tempat pertama pertandingan mewarna semasa darjah lima. Masa tu bapak aku setia menemani dan kemudiannya meninggalkan aku keseorangan dengan kawan-kawan baru. Yelah, takkan aku nak suruh bapak aku teman sampai masuk kelas. Tak cool langsung. Tapi, dalam hati aku rasa cuak gila sebab aku rasa terasing berada di sekolah baru ni. Gila tak cuak. Dahla tak kenal semua orang. Aku ni pemalu tahu tak. Lepastu ada pulak budak-budak kiri kanan depan belakang bisik-bisik dengan kawan dia,

"Weh, tengok tu ada budak baru lah"

"Aah la weh. Tak pernah nampak pun sebelum ni"

Maka adalah beberapa murid perempuan yang sudi menegur dan beramah mesra dengan aku. Aku pun layan aje lah. Lepas dah kenal nama, tempat tinggal semua, tiba-tiba aku dengan budak-budak yang lain kena bangun sambil menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri, dan juga lagu sekolah. Damn. Lagu sekolah ni jadi satu lagi masalah aku sebab aku kena hafal lirik lagu beserta irama yang baru. Ah malasnya. Aku pun ikut je la budak-budak lain nyanyi. Alah tahu la dah terer nyanyi lagu sekolah. Hekeleh. Pastu baru aku perasan bahawa lagu sekolah baru aku ni boleh tahan jugak sedapnya.

Lepas je habis nyanyi lagu, kemudian ada ucapan daripada cikgu-cikgu dan guru besar. Benda paling membosankan sebelum waktu kelas tiba. Aku dah berapa kali menguap tapi aku sempat la cover mulut bajet macam gadis ayu sikit. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan ni, aku syak kelas sebelah. Dia cuit-cuit aku sambil bagitahu, "Weh, ada kawan aku suka kat kau". Wait, what ? Aku baru je hari first jejak kaki kat sekolah ni kot. Takkan ada orang minat ? Ah mustahil. Lepastu aku balas, pura-pura nak tahu tapi sebenarnya malas nak ambil port sangat, "Hahh yeke ? Siapa budak tu ?" Budak perempuan tu jawab, "Tu haa dia, yang pakai spect yang pengawas tu" sambil tangan dia menunjuk nunjuk ke arah budak yang kononnya minat aku. Aku nampak budak tu tersengih-sengih je pandang aku. Err macam nerd je budak ni. Pakai spect lepastu pengawas pulak. Satu lagi, budak tu pendek dari aku. Ah memang tak la aku nak minat dia balik. Haha aku kan paranoid. Lelaki mana boleh pendek daripada perempuan.

Beberapa minit kemudian, loceng pun berbunyi menandakan sesi kelas nak bermula. Maka perhimpunan ditamatkan dan aku menuju ke kelas baru aku. Aku ingat lagi budak first yang tegur dan boleh jadi kawan masa tu namanya Fatin. Lagi sorang pun nama Fatin jugak cuma nama bapak je lain. Maka, kami bertiga jadilah bestfriend sebab kemana-mana pun memang selalu berkepit je.

********
'Ktuk ktak ktuk ktak'. Bunyi tapak kasut tiba-tiba kedengaran di luar kelas. Dan kelas yang tadinya riuh rendah dengan budak-budak yang buat bising tiba-tiba jadi sunyi sepi sekejap.

"Bangunnn ! Selamat pagi cikgu !" Suara ketua kelas nyaring memecahkan suasana sunyi, dan disambut oleh semua pelajar.
"Se..lamat.. Pagi.. Cikgu... !"

"Selamat pagi semua. Okay duduk," "Em saya dapat tahu, ada dua orang budak baru kat kelas kita ni kan. Boleh saya tahu siapa dia ?" Lalu aku pun mengangkat tangan,"Saya cikgu". Dan seorang lagi budak baru berasal dari KL mengangkat tangan. Kemudian mata cikgu tu memandang sekeliling sambil dibuka ke atas cermin matanya, "Hmm saya rasa nak pindahkan tempat duduk kamu lah. Sebab kamu duduk belakang sangat. Okay, saya nak kamu duduk kat sini," Arah cikgu tersebut sambil tangannya ditunjukkan pada kerusi sebelah budak lelaki. Aku pun menurut sahaja kata beliau tapi tak puas hati apesal tiba-tiba kena duduk bahagian depan, menghadap muka cikgu pulak tu.

*********
"Pssstt.. kau nak tahu tak. Kau kena hati-hati sikit dengan budak lelaki sebelah kau tu," Bisik seorang budak perempuan kat belakang aku.

"Hah kenapa ?" Balasku.

"Sebab dia tu nakal. Boleh kata paling nakal la kat sekolah ni. Cikgu-cikgu pun cakap benda yang sama.

"Oh yekee.." Dalam hati aku tertanya jugak betul ke apa yang dia cakap. Tapi, kalau tengok muka memang macam budak nakal.

"Alaa cikguu ! Apesal saya kena duduk depan pulak ni ?" Tanya budak lelaki sebelah aku seakan tak berpuas hati.

"Sebab senang sikit saya nak tengok kamu dari sini. Kamu tu nakal sangat. Asyik nak gaduh je kalau duduk belakang. Lagipun kamu mesti suka kan duduk sebelah budak baru ni," Jawab cikgu tu sambil tersenyum.

"Hmmphh yelahh..." Budak lelaki tu melepaskan keluhan panjang sambil memandang aku.

************************************
Hi readers ! This is my first story based on my real life. Hehe baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Sebelum ni just suka tulis puisi je. I harap uolls suka dengan my writings, okayy ? :)

Ni baru part 1. Ada banyak lagi part yang bakal diupdate. InshaAllah part yang seterusnya I will update as soon as possible. Kalau suka dengan story ni, jangan lupa votes and comment okay ? Jangan lupa bagi comment yang membina so that I can improve my writings. See youu guyss byee !

XOXO


Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 16, 2016 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Kisah Cinta Budak SekolahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang