Sepasang kurung moden berwarna pink lembut membalut tubuhku. Warna pilihan kak long langsung bukan jiwaku. Bukan kegemaranku. 'ahhh,tak perlu cerewet Dila kau jugak yang serahkan segalanya pada mereka' hatiku menyindir. Kembali dengan sindiran pedas seperti zaman kanak-kanak ku yang lalu. Kanak-kanak? kanak-kanak nakal yang mengimpikan dia mengahwini puteranya. Putera aku telah pergi. Yang datang melamarku selepas ini bukan putera idaman aku mahupun cinta pertama yang pernah aku agung. Yang buat aku penasaran dulu tidak lena tidur. Berjaga hingga lewat pagi. Berembun dan bermandi cahaya bulan. Keindahan yang aku miliki hilang sama sekali. Adenarlin yang mengalir laju hilang. Menurun. Yang tinggal wajah sayu. Ketawa yang mati. Tangis yang sendu. Wajah polos juga sepi.
"Rin, tahniah sayang. Mak su gembira Rin merasa juga bertunang. Beri peluang diri Rin berubah", aku senyum pahit mendengar Mak su. Biarlah. Sebagai ibu saudara dia juga berhak untuk meraikan aku. meluahkan rasa kasihannya pada aku.
"Happy for you Rin. I m proud you agree with all this", kak Elma pula yang masuk dan memeluk aku.
"Dik. Akak,bangga adik senangkan hati ummi", giliran kak ngah pula. Jadi sekarang aku rasa diriku terlalu pathetic. orang yang keempat menghulurkan kata-kata bodoh lepas ni pasti kena.
"Hai, Dila. Tahniah. abang doakan Dila happy", Tengku Farish nampaknya menghantar diri.
"Selama ni Adila tak macam happy ke? murung sangat ke Adila ni? Dila tak nampak macam orang lain? Auntie Alin yang mati laki tu lagi pathetic dari Dila tak pula korang sibuk nak cari laki", aku bersuara.
"Dila, kamu memang tak berubah. Tolong tinggalkan ummi dengan Adila", kata ummi meredakan keinginan aku untuk bersuara. Salah ke apa yang aku kata?
"Dila. Ni hari pertunangan Dila. Boleh tak Dila jangan buat perangai belajar sabar. Nanti Dila jadi menantu orang berkeluarga dengan orang lain Dila kawal lah marah Dila. Marah Dila kata-kata Dila boleh jadi racun dalam hidup Dila. Jangan terlalu cepat memberi respon dengan keadaan sekeliling Dila. Jaga diri Dila. Air muka ummi. Fahami lah Dila, tak rugi kalau Dila bersabar", ummi menasihati aku. tanganku digengamnya kemas.
"Ummi harap ini permulaan baru dalam hidup Dila. Ummi harap Dila sedia terima pilihan ummi apa adanya. Jika Dila ada pilihan lain bagi tau ummi. ummi sedia batalkan semua ni untuk kebahagiaan Dila. Dila faham?" ummi merenung wajah aku aku hanya mengangguk.
"Dila ada pilihan lain?", tanya ummi mahukan kepastian. Aku geleng. Aku peluk ummi moga dia sensang hati. ummi sendiri seperti tidak yakin aku bersetuju dengan pilihannya. Mengapa?
"Hati ibu mana tidak terasa melihat anak yang seperti putus asa. Dila, ummi nak Dila hidup ceria macam dulu. ummi sayang Dila dan ummi harap ini keputusan terbaik untuk Dila. Dan kalau Dila gagal nanti ummi minta maaf jika tertakdir keputusan ummi menjadi kesilapan buat Dila", sedikit tersentuh aku mendengar kata,ummi.
"Adila faham ummi. Adila tak pernah salahkan ummi. Ummi jangan risau ya", aku menyejukan hati ummi.
pintu bilik dikuak. Mak long terpacul di depan pintu. "Wakil keluarga lelaki dah sampai", katanya. Aku terasa berdebar. Ummi melangkah keluar.
"Kamu tunggu kak long panggil kamu keluar ya Dila", pesan ummi.
"Akak", suara Shamin mengejutkan aku. Aku senyum Shamin peluk aku. Hati aku sayu sekali lagi.
"Tahniah akak. Cantiknya akak macam selalu", aku senyum tawar. Mata Shamin tak ubah seperti mata arwah bercahaya dan menceriakan.
"Terima kasih dik. Min datang dengan siapa?", aku bertanya.
"Sorang kak. Mak kirim salam. kebetulan Min balik jenguk Mak Anna. Dengar akak bertunang Shamin ke sini. Nasib baik flight Min malam nanti", balas Shamin.
"Siapa tunang akak?", Shamin bertanya.
"Entah la dik pilihan ummi", balasku pendek.
"oh..maaf kak", suara Shamin mendatar.
"Isshh, kenapa nak minta maaf?", tanyaku.
"Tanya yang tak sepatutnya", katanya.
"Tak apa", aku hanya sejukan keadaan.
"Adila, jum turun sarung cincin", suara kak long memecah percakapan kami.
aku segera maju ke depan. Mengatur selendang yang dihias kemas. menutup sebahagian kepala. Ahhh, aku masih cantik masih menyerlah. Adila yang penuh keyakinan telah lahir kembali. Adila yang lama telah aku buang di Batang Ai minggu lalu.
Berhati-hati aku menuruni anak tangga. Aku senyum penuh sopan. Wakil dari pihak lelaki tiada seorang pun aku kenali. Kalau terselit wajah tunangku itu aku juga tidak kenali. Aku mana kenal dengan orang.
"Hulur tangan nak", wanita seusia ummi memanggil aku anak. Ini ke bakal mak mentua aku? sesejuk mata memandang wajahnya. Selalunya aku tidak pernah silap mentafsir wajah orang. Entah mengapa dalam pelbagai wajah terselit wajah yang amat aku kenali. Aweena. buat apa dia dirumah ini.
Aku hulurkan tangan kananku. Cincin emas putih bertatah butiran berlian berbentuk infiniti. Cantik. berpuas hati aku senyum. 'hahahaha', aku gelak dalam hati. Perempuan berlian boleh mencairkan segalanya. Wanita tua itu aku salami.
"Beruntung Hasyah dapat tunang cantik rupawan macam ni. Kalau mak cik ada anak lelaki mak cik pun nak kan Dila jadi menantu mak cik", aku senyum mendengar pujian wanita itu. Sah dia bukan mentua aku. Hasyah? nama apa tu? sungguh memeningkan.
Aku berlalu kembali ke atas. Rundingan diteruskan dengan penetapan majlis perkahwinan. Abah telah aku bagitahu awal-awal tarikhnya mesti 20 Januari nanti. Apa pun terjadi itu adalah tarikhnya. Akad nikah pada jumaat majlis pada hari sabtu. ahad aku nak bersantai. Ahhh entah-entah aku dapat suami yang cerewet sesuai dengan aku. ohhh tidak. Syuhada menunggu aku dibilik. itu yang kak angah bisikan tadi.
Apabila aku melangkah ke dalam bilik aku lihat Syuhada menunggu aku dibirai katil dengan wajah mengujakan.
"Tengok", tangan kananku ditarik.
"Cantiknya. Eeee, pandai la bakal laki kau pilih Dilot. Mesti sekacak orangnya,aku rasa. Ada ke tunang kau kat bawah tadi?", perempuan kalau pasal berlian perasaan pun dia lupa.
"Selalunya pilihan bertentangan dengan rupa", ku membidas.
"Kau tak nak jumpa ke?", tanya Syuhada.
"Jumpa siapa?", aku bertanya.
"Tunang kau lah. Berkenalan fasa perkahwinan", Syuhada membalas.
"Biarla suprise kot", balasku. "Nantilah kalau tunang aku tu ajak aku keluar mungkin aku pertimbangkan. kalau tak tak kot", sambungku lagi.
"Adila dan ego tiada terpisah", Syuhada berselorah.
"Kau ni pasal mengata aku apa lagi. kau dah makan,belum?", aku bertanya.
"belum. Bau nasi tomato tadi menganggu aku tau", kata Syuhada.
"Jom kita turun makan",ajak aku mudah.
kami beriringan ke bawah menuju dapur.
--------------------------------
untuk: kejoramushroom dan shazaellda serta semua yang menyokong karya saya... love mucho
YOU ARE READING
Kau yang pertama
Romancekau yang pertama aku cinta yang pertama aku sayang juga yang pertama membuat aku terluka. Apa yang aku tak faham kenapa susah sangat kau nak faham kau yang aku sayang?- Sefferina Adila Kau yang pertama menghulur tangan dan cinta aku tak pernah mencu...