WANITA SI PENGUTIP KOPI

2.4K 49 6
                                    


30 TAHUN DAHULU

"Anak-anak, kalau kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, nanti badan kita pun akan terkena percikan minyak wangi tersebut. Dan apa yang akan terjadi pada badan kita?" Tanya ustaz itu yang sengaja mahu menguji minda anak-anak muridnya.

"Bau minyak wangi tu la ustad..." Jawab salah seorang daripada anak muridnya. Ustaz itu tersenyum tanda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

"Betul Haikal. Tapi apa pula yang akan berlaku sekiranya kita berkawan dengan seorang tukang besi?" Sekali lagi ustaz tersebut tidak membiarkan otak anak muridnya menjadi lembap dengan hanya menunggu jawapan. Kali ini semua senyap. Mereka tidak tahu apakah pekerjaan seorang tukang besi mungkin. Jadi semuanya lebih selesa mendiamkan diri. Hanya bunyi kipas yang kedengaran di seluruh kawasan kelas Tiga Ikram.

Kali ini ustaz tersebut senyum lagi. Bukan menandakan dia berpuas hati dengan reaksi anak muridnya. "Kalau kita berkawan dengan seorang tukang besi, nanti kita menjadi busuk. Kalau kurang bernasib baik, percikan besi tersebut akan terkena pada badan kita dan melecur. Nescaya badan kita akan menjadi buruk dan berlubang-lubang. Dan ketika itu, semua orang tidak mahu memandang kita."

"Kenapa pulak ustad?" Tanya seorang murid perempuan yang kurang memahami dengan penjelasan panjang lebar daripada ustaz tersebut.

"Kan besi tu apabila dipanaskan akan menghasilkan bau yang busuk dan tak menyenangkan. Jadi, cuba kamu semua bayangkan kalau kamu ada kawan sedemikian dan tiap-tiap hari kamu pergi ke rumahnya, tak ke bau busuk nanti? Tak ke bau busuk tu akan melekat dekat badan kita?" Ustaz muda tersebut menjawab persoalan yang diberikan oleh pelajar perempuan tadi dengan persoalan yang sengaja dia bangkit. Kalau boleh dia mahu pelajar-pelajarnya sentiasa berfikir. Biar neuron-neuron dalam otak mereka sentiasa aktif dan saling berhubung.

Remaja pada masa sekarang sememangnya malas untuk berfikir. Mereka sudah terbiasa dengan setiap benda yang telah disediakan. Remaja sekarang sememangnya malas untuk berdikari. Semuanya mengharapkan orang beri. Kalau di sekolah, mereka lebih mengharapkan cikgu memberi segala-galanya dan tidak tahu untuk menyelesaikan masalah sendiri. Kalau di rumah pula, mereka lebih mengharapkan ibu bapa yang 'menyuap mulut mereka'. Tapi kalau setiap masa begini, sampai bila lah remaja Malaysia nak kreatif? Cakap saja mahu sama level dengan negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan sebagainya. Tapi, hampeh! Tengok, dan hayatilah sendiri!

Situasi remaja Malaysia sekarang sama saja seperti ayam bandar yang gemuknya bukan hasil usaha sendiri. Semuanya mengharapkan orang suap dan memberi makanan. Langsung tiada usaha atau inisiatif lain untuk teruskan hidup. Kalau ayam bandar orang tak bagi makan, alamatnya mati kebuluran lah mereka. Sama juga sepergi Gen Y Malaysia sekarang. Kalau tak diberi maklumat, alamatnya mati kebodohan lah mereka semua.

"Kalau macam tu kan ustad, kita tak boleh lah kawan dengan mak Hassan kan ustad. Sebab mak dia kutip biji kopi. Biji kopi dah la busuk bila hangit. Lepas tu warna dia pulak hitam legam sebiji macam kulit Hassan. Rasa kopi pon pahit nak mampus. Jadi kalau kita kawan dengan mak dia, dengan dia sekali, mesti ketiak kita hitam macam ketiak Hassan. Lepas tu bau pon busuk. Eyuck!" Tiba-tiba seorang pelajar lelaki dari arah belakang kelas bersuara. Satu kelas ketawa riuh rendah apabila pelajar lelaki itu menghabiskan ayatnya.

Seorang budak lelaki yang berada hujung kelas hanya mampu tertunduk memandang lantai. Nasib lah kulitnya hitam seperti mana yang diperkatakan oleh rakan sekelasnya itu. Kalau tidak sudah tentu wajahnya menjadi kemerah-merahan menahan marah. Tetapi, dia dapat rasakan yang mukanya agak panas ketika ini. Mungkin, dia cuba menahan amarah yang sebenarnya sudah berada pada tahap memuncak.

'Sabar... Sabar... Jangan meletop. Ingat sikit kau dalam kelas. Ada ustaz dekat depan. Relax...relax. Tuhan ada. Ingat pesan mak'

"Tak baik kamu cakap macam tu, Alif. Sebenarnya bukan itu yang ustad maksudkan. Apa yang ustad cuba sampaikan adalah kita kena bijak memilih kawan. Kalau kita nak berkawan, kita kena pilih orang yang mampu membimbing kita ke arah kebaikan. Jangan pilih kawan yang ajak kita ke arah kemungkaran. Kalau boleh pilih kawan yang apabila kita pandang wajah dia, kita akan ingat Tuhan. Kita akan rasa rendah diri dan perkara-perkara elok yang lain..." Ustaz tersebut segera memberi penjelasan yang sebenar. Takut juga dia kalau pelajar-pelajarnya akan tersalah anggap akan pengajarannya hari ini. Dan yang paling dia takut, sekiranya pelajar yang bernama Hassan tadi berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawannya. Ustaz Halim nampak akan perubahan wajah pelajar tersebut.

KOPI LEJENWhere stories live. Discover now