MONA, LAILA, TIPAH KE RAMLAH?

1.1K 27 1
                                    



"Order?"

"Double Ristretto Venti Half-Soy Nonfat Decaf Organic Chocolate Brownie Iced Vanilla Double-Shot Gingerbread Frappuccino Extra Hot With Foam Whipped Cream Upside Down Double Blended, One Sweet'n Low and One Nutrasweet, and Ice, please?"

"Ha?"

"Doube Ristretto Venti..."

"A... boleh tunjuk gambar kat menu tak?" Tanya aku; keliru.

"Alaa... Sorry la. I dah tutup menu. I'm too lazy to open back," gadis blonde itu menggedik.

"So... kopi lah kan?" Aku sekadar menconteng benda random di atas kertas, buat-buat pro – konon tulis menu. Apasal kedai ni tak buat style order macam Starbucks – pergi kaunter untuk order.

"No no no no no no..." Minah pakai baju terdedah bahu ni mula gelabah.

"Erm... Tapi dalam menu tu semua kopi. Kita tak jual air buah."

"I mean, yes, coffee. But bukan coffee biasa. Dia..." gadis itu membelek semula menu. Boleh pula belek, tadi bukan main malas. Baju terdedah yang dipakainya makin mendedahkan kulitnya. Aku tak buang masa, terus mata melekat pada lurah yang kelihatan.

"Ha... yang ni..." dengan penuh manja, dia menunjukkan satu gambar dalam buku menu.

"Ooo... yang tu ke?" Mata ni sebenarnya masih tidak mahu beralih daripada tatapan tadi, tapi terpaksa juga beralah dan melihat gambar kopi dalam buku menu tu. Rugi beberapa saat duk tengok gambar kopi tu. Cis.

"Okay, that's all. Thank you," dengan penuh sopan, minah ni halau aku. Cayalah skill dia.

Aku redha. Sampai situ sahaja jodoh mata aku dan cleavage dia. Terpisah disaat mesra tu mula terasa. Aku menuju ke arah kaunter dan key-in pesanan pelanggan tadi ke dalam sistem.

"Kak. Apesal panjang dan penuh keganjilan nama kopi kat tempat sini? Apesal sel-sel otak tukang buat menu tu berhubung sangat?" Tanya aku sejurus sampai ke kaunter tukang buat kopi.

"Biasalah. Orang kaya kan beli susu mahal untuk anak-anak. Orang kampung menyusu badan je," jawab Kak Milah, melayan perangai aku. "Dia order apa?"

"Kopi nombor satu page empat." Sumpah, aku tak hafal nama-nama makhluk yang dijual di sini. Sekadar hafal kedudukan menu dalam buku menu saja mampu. Tapi achievement aku ni boleh dibanggakan juga. Baru tiga hari bekerja, dah boleh lancar ambil order pelanggan. Walaupun nama kopi kat kafe ni jauh lagi panjang daripada formula addmath dan lebih pelik daripada nama anak-anak Malaysia hari ini.

"Tapi kan, kak... Rugilah anak-anak orang kaya tu. Tak merasa susu badan."

Dengan pantas, tangan Kak Milah menepuk bahu aku. Aku ketawa nakal. Bajet-bajet comel.

"Grande Café Mocha with Half Skim, table 18." Dengan pantas muncul seorang perempuan bertudung, dan memakai baju yang sedondon dengan aku ke kaunter ni juga.

"Okay," jawab Kak Milah.

"Bapak ahh! Tak berbelit ke lidah kau Tipah?" Tanya aku penuh teruja.

"Tipah?! Zaman bila nama aku Tipah?"

"Owh.. Siapa nama kau ek?"

"Hei, budak ni. Fatimah. Nama aku Fa-ti-mah." Ni kali ketiga Fatimah memberitahu namanya kepada aku. Kali ketiga untuk hari ini.

KOPI LEJENWhere stories live. Discover now