BAB 1

31 1 0
                                    

"Aqiz, awak tengah buat apa tu?"tanya Hani.

"Awak rasa saya tengah buat apa dengan buku teks, buku latihan dengan pen kat tangan ni?"tanya Aqiz balik.

"Homework kot." kata Hani.

"Tahu pun awak teka. Ingatkan dah tak nampak barang kat depan mataa saya ni hah."kata Aqiz.

"Aqiz!!!"jerit Yuna sambil berlari ke arah Aqiz.

"Apa apa awak cari saya sampai berlari macam tu Yuna?"

"Cikgu Zaffran nak jumpa awak. Dia kata nak bincang sedikit. Dia tunggu awak dekat belakang dewan sekolah."ujar Yuna yang masih mengambil nafas untuk bernafas dengan lancar.

"Cikgu Zaffran nak jumpa saya?!"tanya Aqiz balik. Dia berharap dia salah dengar.

"Iye." ujar Hani yang membantu Yuna yang tengah semput itu.

**********

"Tuan puteri. Saya nak bagi tahu bahawa Vampire Dark sudah turun ke bumi."kata Zaffran iaitu penjaganya.

"Tetapi bagaimana mereka turun? Bukankah kita sudah mengunci jalan ke bumi ke?"tanya Aqiz.

"Orang kita memberitahu bahawa mereka mengikut jalan yang lain."kata Zaffran.

"Memang banyak jalan untuk ke sini tetapi mereka harus melepasi pintu utama dahulu untuk ke jalan tersebut melainkan..."

"Melainkan apa tuan puteri?"tanya Zaffran.

"Melainkan mereka dapat mencari pintu kedua untuk keluar dari dunia itu. Memang susah kalau orang biasa nak cari pintu kedua melainkan dia adalah salah seorang kerabat diraja di disitu. Kalau mereka bukan kerabat diraja sekali pun mereka harus mencari pintu itu disebalik istana."sambung Aqiz. "Atau jangan-jangan peperangan sudah tamat dan mereka dapat melepasi istana?"sambung Aqiz lagi. Peperangan tentang kerajaan Vampire Country dengan Vampire Dark. Walaupun mereka tahu peperangan sebenar akan baru bermula tak lama lagi. Peperangan antara manusia dengan vampire.

_________________________________________
Sorry la kalau bab 1 ni pendek...

The ApokalipsWhere stories live. Discover now