Petanda

3 1 0
                                    

Selepas pertemuan di persimpangan kelmarin, hari ini aku baru tersedar isyarat yang engkau beri tempoh lalu adalah petanda engkau mahu aku meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan nasib engkau. Aku baru tersedar bahawa yang engkau tidak dapat mengikuti aku oleh sebab engkau adalah masa lalu aku.

Tempoh lalu, aku dibawa bertemu engkau oleh satu makhluk Tuhan untuk menemukan sebab dan akibat untuk tempoh yang lalu. Aku diberi peluang oleh Tuhan untuk menyaksikan sendiri sebab dan akibat yang Dia aturkan buat aku.

Ternyata pertemuan engkau dan aku ketika waktu senja tempoh lalu bukanlah mimpi melainkan ia adalah takdir Tuhan untuk aku belajar dan faham erti liku liku perjalanan yang sebenar, dan ternyata aku benar benar untung. Untung dipilih untuk menikmati pertemuan aku dan engkau. Dan engkau itu adalah aku yang lalu. Selamat tinggal engkau !

SENJAWhere stories live. Discover now