Pukul 6.01 petang.
Okay, sempat ni.
Amira meniti jam tangannya sambil melihat dua orang sahabatnya beratur di hujung cafeteria untuk membeli makanan Thai sedap tahap leleh. Biasalah UIA kan, bila dah lewat petang macam ni lah baru ramai sisters beli makanan. Banyak juga lah jenis-jenis makanan yang ada di Mahallah Asma' ni."Taraa.. Kway teow celup tiga rasa disertakan dengan ayam, siap!" sergah Mas selepas baru sahaja membeli makanan kegemaran hariannya.
"Kau ni. Tak habis-habis dengan celup tiga rasa tu." Mata Amira teliti melihat makanan apa pula yang dibeli oleh Suraya yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya walaupun kata-katanya ditujukan bersahaja kepada Mas.
"Apa pandang-pandang? Teringin le tu," seloroh Suraya sambil ketawa kecil.
"Kalau line tak panjang, dah lama aku beli. Sanggup betul lah korang nak beratur setengah jam semata nak makan masakan makcik Thai tu eh," balas Amira sambil matanya memandang stall kecil Makcik Thai itu dengan berharap agar sisters dekat situ semakin berkurang, namun harapannya tipis apabila barisan itu semakin panjang. Makan roti lagilah aku hari ni.
Perbualan tiga sahabat itu sentiasa penuh tanpa berhenti. Ada sahaja topic yang hendak diutarakan. Sekejap soal Shukri Yahaya yang sudah kahwin, sekejap sambung cerita tentang drama hangat di kaca TV, dan berterusan hingga langit semakin pudar kecerahannya.
"Eh, aku balik dulu lah. Malam ni korang jangan lupa tau dating bilik aku. Kita study sama-sama. Lepas tu boleh la usha movie Tagalog aku tu. Janji, eh?" ujar Mas sambil berkemas dan berjalan sambil melambai-lambaikan tangan kepada kedua-dua sahabatnya.
"Tak nak sambung lepak ke?" jerit Suraya sambil memegang iPhone yang penuh dengan mesej WhatsApp daripada kekasihnya.
Amira hanya tersengih melihat Mas dan Suraya bersembang dengan nada suara yang kuat. Kuah laksa Thai Suraya terus disuap ke dalam mulut Amira. Sedapnya usah bicara.
"Aku ada date dengan Allah! Bye korang!"
6.40 petang dah?
Amira segera bangun dan hendak pergi ke kedai di luar cafeteria mahallah itu. Suraya yang memandang pelik hanya turut bangun dan bergegas kejar Amira di belakang.
"Kau nak beli apa, doh?"
"Aku nak beli roti jap. Takde makanan kat bilik. Malam ni nak study kan. Kau tunggu jap eh," bicara Amira kepada Suraya sebagai tanda arahan untuk sahabatnya tunggu sementara Amira membeli roti. Sekejap sahaja. Ambil roti dan terus bayar.
"Ok jom,"
"Kau taknak lepak bilik aku jap ke?"
"Tak kot. Aku nak cuci baju kejap lepas ni. Nanti aku dating jap lepak bilik kau eh. Lepas maghrib, maybe."
"Ok, cun."
6.47 petang.
Seusai Amira solat Asar, perasaannya sentiasa rasa serba salah seperti hari-hari sebelum ini. Sudah menjadi kebiasaan baginya solat lewat waktu kerana alasan kelasnya setiap hari habis pada pukul 5 dan kakinya sentiasa menuju ke arah cafeteria selepas kelas. Maka, hampir setiap hari juga lah solatnya dilewatkan. Menangkan perut, takut tidak khusyuk solat katanya.
Hmm.. Malam ni malam Jumaat, kan? Let see surah apa je ada dalam playlist aku ni.
Amira mengambil iPod dan terus membuka playlist untuk melihat surah apa yang baru dia memuatnaik di iTunes minggu lepas. Baginya, muatnaik surah dan zikir adalah sesuatu yang patut kerana Amira sedar bahawa dia tidaklah sealim mana. Maka, dengan adanya bekal pahala ini, dia dapatlah juga dengar ketika bosan.
Jarinya terhenti melihat playlist berjudul "Surah Yassin".
Lama aku tak baca. Quran pula dah lama tertinggal dekat rumah Kakyu. Dengar je lah, lagipun aku memang agak dah boleh hafal surah ni.
Memori sekolah rendah dan sekolah menengah Amira muncul di ingatannya. Setiap hari Jumaat, sudah menjadi kewajiban bagi pelajar-pelajar di sekolah itu untuk mengamalkan bacaan Surah Yassin. Walaupun pagi Jumaat hujan, Ustaz Yusuf tetap akan melakukan bacaan Yassin di setiap kelas. Tersenyum Amira memikirkan memori manisnya ketika khusyuk Amira dan rakannya baca Yassin sewaktu menjaga kawasan park motor sehinggakan dua orang pelajar lelaki membonceng motor mereka.
"Hoi, pengawas! Apa korang buat? Tak Nampak ke budak jahat tu dah ponteng sekolah?"
Serba salah dibuatnya. Masakan baca surah Yassin tatkala bertugas. Salah sepatutnya.Amira sekadar tersengih menggelengkan kepala. Surah Yassin dimainkan dan dia sekadar follow on.
"Yassiin.. Wal quraanil hakiim.. Innakalaminal mursaliin.. 'Alaa siroo timmustaqim.. Tanzii lal 'azizirrohimm.."
Mulut Amira sekadar terkumat kamit sahaja bila sudah masuk ayat yang dia sendiri tidak tahu di mana. Berasa pelik kenapa dirinya sendiri sudah hampir tidak kenal akan kata-kata Allah sedangkan dahulu, dia boleh sahaja baca sambil mendengar. Tiba-tiba hatinya berasa luluh dan sedih.
"Ya Allah.. Bila last aku baca Yassin?"
Hati Amira penuh rasa bersalah dan berdosa kerana dia sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia baca surah Yassin. Hatinya sunggu sedih.
What things need to be done, should be done.
Ayat itulah yang bermain di fikirannya.
Ibu jarinya terus meluru ke App Store.
Download Quran apps.
Loading.
Done.
Amira tersenyum. What things need to be done, should be done.
YOU ARE READING
Things Need To Be Done
RandomBila kali terakhir kau baca surah Yassin? [Bahasa Melayu]