Hussin baru sahaja mengkatamkan Al-Quran buat kali kedua Ramadhan kali ini. Dari tadi pagi dia sedang sibuk membantu ibunya mengelap tingkap, mengantung lampu kelap kelip dan beberapa kali juga ke kedai kerana ada sahaja bahan yang ibunya lupa beli atau tidak cukup bagai lauk hari raya. Baru sahaja dia menyimpan Al-Quran, telefon bimbitnya berbunyi. Di jeling nama yang tertera pada screen Iphone5 nya itu. Tersenyum dia melihat akan nama si pemanggil.
"Assalamualaikum Ustaz Faiz!" Riang suara Hussin memberi salam.
Salamnya dibalas. Tujuanan Ustaz Faiz menelefon Hussin sebenarnya supaya meminta Hussin datang ke Masjid Khadijah bagi menemuinya.
"Ermmm, kenapa dengan ustaz ya? Nak ucap selamat hari raya ke? Hish tak kan ya?" Bisik suara hati Hussin.
Dari nada suara Ustaz Faiz kedengarannya dia sangat berharap agar Hussin datang menemuinya. Maka Hussin bersiap-siap hendak ke Masjid. Nampaknya hari ini dia berbuka di sana sahaja hari ini, bolehlah dia bertakbir di sana juga.
"Adik, nak ke mana?" Tanya Shazwani
Shazwani kelihatannya baru sahaja pulang dari kerja. Kunci kereta masih tersengkut pada jarinya.
"Nak ke Masjid Khadijah," ringkas Hussin membantah.
"Dah, mari kakak hantar," tawar Shazwani.
Hussin tersenyum mesra mendengar pelawaan kakaknya itu. Masjid Khadijah hanya lima minit pandu dari rumahnya.
Ustaz Faiz menunggu kehadiran anak muridnya Hussin. Kitab 'Ayyuhal Walad' masih digengam Ustaz Faiz erat. Hari itu dia duduk sambil termenung. Ini pertama kali dia membawa kitab itu bagi memperkenalkannya pada Hussin. Mana agaknya Hussin, katanya lewat lima minit, ha sudah sepuluh minit, namun batang hidungnya masih belum kelihatan. Beberapa Ramadhan yang lalu dia mendapatkan buku itu daripada ustaznya, Ustaz Faizal dan Ramadhan kali ini dia akan menyampaikan pelajaran yang terdapat di dalam kitab itu kepada Hussin. Ustaz Faiz menyelak kulit buku. Tidak ada apa yang tertera pada kulit buku itu. Namun memorinya memperlihatkan seakan tulisan itu ada di situ. Matanya sudah berkaca.
"Anak muridku, Faiz bin Zubair. Semoga buku ini bermanfaat,"
Ustaz Faiz tidak sambung membaca ayat yang terakhir, bagaimana tidak, airmata yang sudah bertakung seakan menghalang ingatan pandangannya sehinggakan ayat itu menjadi kabur. Bukannya Ustaz Faiz tidak tahu ayat yang terakir itu, namun ayat itu telah berbekas di dalam hatinya sejak 12 tahun yang lalu. Faiz mulai teringatkan kisah silam, dia teringatkan Ustaz Faizal."Mohon doanya sekiranya Ustaz sudah tiada..."
"Assalamualaikum Faiz," Ustaz Faizal menegur dari belakang.
"Wa'alaikumsalam Ustaz Faizal," balas Faiz.
Salam itu di jawab pantas lalu mereka berjabat tangan. Ustaz Faizal mengambil posisi duduk berhadapan dengan Faiz.
"Maaf ya, lama awak tunggu Faiz?" Ustaz Faizal bertanya.
Telefon bimbitku diletakkan di atas permaidani hijau itu. Faiz menganguk perlahan lalu dilarikan pandangan kepada wajah ustaz Faizal. Ustaz Faizal membalas pandangan Faiz dengan tatapan yang agak dalam dan bermakna. Mata Ustaz Faizal mengisyaratkannya sesuatu. Dia menghulurkan sebuah kitab berwarna kelabu yang bertajuk 'Ayyuhal Walad'. Ianya kitab yang ditulis oleh Imam Al-Al-Ghazali dan buku itu adalah dalam bahasa English.
"Faiz, buku ini untuk awak...dahulu Ustaz saya pernah menghadiahkan sebuah kitab yang sama, namun bezanya cuma ianya dalam bahasa arab, semoga ianya bermanfaat," Jelas Ustaz Faizal.
"Ustaz.." Faiz bersuara.
Entah kenapa air mata Faiz sudah mulai mengalir. Semakin ditahan, semakin mengalir pula airmatanya itu. Kenapa dengan hatinya? Kenapa dia tidak dapat mengentikan airmata yang mengalir. Entah, dia sendiri pelik dengan tindak balasnya. Tak mungkin dapat buku sahaja sudah terharu sedemikian rupa. Ustaz Faiz berdiri menghampiri Faiz.
YOU ARE READING
Ramadhan yang lalu
Short StoryBuku yang sama pernah dihadiahkan kepada Ustaz Faiz daripada ustaznya, kini buku itu turut dihadihkan kepada anak muridnya Hussin. "Semua di dunia ini milik Allah...." Ustaz Faizal.