Gotong-royong

9.1K 5 0
                                    

°°°Gotong-royong merupakan aktiviti untuk membersihkan sesuatu kawasan. Ianya juga dapat mencantikkan dan menceriakan kawasan tersebut. Ramai yang sudah pun melakukannya dan sekolah saya juga tidak terkecuali.

°°°Pada Mei yang lalu, 19 haribulan, sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti gotong-royong yang melibatkan para pelajar, guru dan pekerja sekolah. Kami, pelajar-pelajar, telah ditugaskan untuk membersihkan bilik darjah mereka dan setiapnya mempunyai seorang guru bagi mengawasi para pelajar.

°°°Setelah kelas selesai dibersihkan, kami pergi berehat ke kantin untuk mengisi perut kami yang kosong. Selesai makan, kami diminta berkumpul di dewan. Disana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh sekurang-kurangnya seorang guru dan kami dibantu oleh para pekerja sekolah.

°°°Kumpulan kami telah ditugaskan untuk membrsihkan kawasan padang sekolah. Kami menyapu daun-daun kering, mencabut rumput dan menyiram pokok-pokok yang berada di kawasan tersebut. Sekali-sekala, kami bergurau-senda antara satu sama lain. Seorang daripada pekerja sekolah menceritakan sebuah kisah yang lucu tentang seekor kucing yang cuba menangkap ikan.

°°°Pada jam 12.30 tengah hari, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap kumpulan telah pun diselesaikan. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat di dalam aktiviti gotong-royong tersebut dan berucap tentang manfaat bekerjasama. Tepat jam 1 petang, loceng sekolah pun berbunyi dan kami dibenarkan pulang.

°°°Semasa dalam perjalanan pulang, aku hanya memikirkan tentang kerja-kerja yang telah aku lakukan semasa aktiviti tersebut dan bertanya pada diri sendiri. 'Bilakah akan ada lagi aktiviti seperti ini?'.

Inilah karangan pertama saya untuk buku ini. Harap maaf jikalau ada kesilapan dalam tatabahasa. Sila tuliskan di ruang komen tentang karangan lain yang anda ingin saya lakukan. Salam sejahtera!

Karangan SayaWhere stories live. Discover now