Kucing

962 5 2
                                    

°°°Kucing merupakan salah satu haiwan yang sering kita lihat di negara kita yang indah ini.

°°°Sejak dari prasekolah lagi, kita telahpun mengenali haiwan yang comel lagi gebu ini. Disebabkan oleh kecomelan mereka dan pelbagai lagi sifat yang menarik hati kita, tidak hairanlah sesetengah daripada kita mengambil mereka menjadi haiwan peliharaan.

°°°Mahupun begitu, sebahagian daripada kita telah menyalah anggap dengan kucing dan menyangka mereka ini sebagai haiwan yang kotor. Sebenarnya, mereka adalah haiwan yang sangat pembersih dan akan mencuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri mereka daripada kekotoran.

°°°Lazimnya, seekor kucing akan menjilat bulunya ataupun anaknya bagi mengelakkan kuman daripada membiak yang mana, munkin mungkin menyebabkan penyakit. Kucing juga akan mengelakkan diri mereka daripada air kerana mereka tahu yang air adalah tempat di mana kuman membiak.

°°°Selain daripada itu, misai kucing dapat berfungsi sebagai alat untuk mengesan kehadiran setiap objek yang berada di sekitarnya. Ianya juga dapat mengesan pergerakkan angin yang terhasil oleh objek yang tidak bernyawa mahupun hidupan seperti kita ini.

°°°Akhir sekali, ekor kucing. Sepuluh peratus daripada badan seekor kucing terletak pada ekornya. Ianya membantu kucing untuk mengimbangi badan mereka semasa berjalan dan ketika menoleh kepala mereka untuk memandang sesuatu. Contohnya, apabila seekor kucing menoleh kepalanya ke sebelah kanan, secara automatik ekornya akan bergerak ke sebelah bertentangan.

°°°Kesimpulannya, kucing adalah haiwan yang sangat menakjubkan dan kita sangat beruntung kerana dapat mengetahui dan mempelajari tentang mereka.

°°°Sebagai fakta tambahan, kucing mempunyai anak mata yang lebih besar berbanding manusia. Ini menyebabkan mata mereka kelihatan bersinar apabila berada di dalam gelap akibat oleh pantulan cahaya daripada anak mata mereka.

Bagaimana? Adakah anda suka karangan saya ini? Jika anda terjumpa apa-apa kesalahan di dalam karangan diatas, sila tulis di ruang komen dan saya akan perbetulkannya.

Jumpa lagi di bahagian yang seterusnya dalam Karangan Saya. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Karangan SayaWhere stories live. Discover now