Ifti baru sahaja tiba diperkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Jaya. Dia bertugas sebagai guru Bahasa Melayu bagi pelajar SPM. Ifti sangat berpuas hati kerana dapat mengikut jejak mamanya menjadi seorang pendidik. Abahnya pula bekerja sebagai pegawai pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sering tiada dirumah kerana lebih banyak membuat kerja diluar. Ifti memakir kereta suzuki swiss merah miliknya dan mula menyusun langkah ke pejabat untuk 'punch card'. Hari ini dia mengenakan baju kurung mini berwarna merah cili dan selendang keknis berwarna hitam tersarung dikepala. Fuhh penuh bergaya!
"Cikgu Iftinan!!" jerit seorang pelajar yg sedang berlari anak kepadanya.
Ifti berhenti dri berjalan dan mula tersenyum setelah melihat wajah pelajar yg memanggilnya itu.
"Mustaqim rupanya" getus hati Ifti
"Ye Taqim,ada apa ye pggil cikgu?" tanya Ifti lembut
Mustaqim tersengih seperti kerang busuk.
"Emm cikgu,sebenarnya saya nk ucapkan terima kasih sekali lagi utk semalam. Kalaulah cikgu tak ade, saya tak tahulah apa akn jdi kepada saya semalam. Mesti teruk saya kne belasah dgn bdak2 nakal tu" tutur Mustaqim
Ifti tersenyum.
"Eh tak ade apalah Taqim. Klau bkn cikgu yg ada disitu smlm msti org lain pun akan buat bnda yg sama sperti cikgu. Lepasni kamu kne berhati-hatilah ye. Apa yg kamu buat tu sgt btul,kamu ni terlalu baik dan mudah tlg org. Budak-budak nakal tu sdah trima hukuman mereka. Cikgu harap mereka akan sedar dgn apa yg mereka lakukan itu" pjg Ifti berbicara
Mustaqim hampir dibelasah satu kumpulan budak nakal sekolah ini. Kes ini berpunca kerana dia telah membuat aduan kepada guru disiplin bahawa bdk2 nakal itu mengugut bdk tingkatan 1 dgn meminta wang malah menyuruh bdk itu membeli rokok utk mereka. Kes ini berlaku didalam tandas pelajar lelaki. Mustaqim selaku penolong ketua pengawas mengambil tndakan utk memberitahu guru disiplin. Selepas tamat waktu persekolahan Mustaqim telah dikepong oleh kumpulan bdk nakal dan mereka cuba utk belasah Mustaqim. Secara kebetulan Ifti ada disitu ketika mereka cuba utk membelasahnya.
"Sekali lagi terima kasih cikgu. InsyaAllah mereka akn berubah" jawab Mustaqim smbil tersenyum.
"haa iye,sama-sama kasih" seloroh Ifti
Meletus ketawa mereka berdua
"Okeylah cikgu dh lewat ni nk ke pejabat,pandai eh kamu curi masa cikgu Hehe" gurau Ifti
Mustaqim hanya ketawa sahaja dan meminta diri utk berlalu.
******************************
"Fuhh,penatnya hari ni." getus hati Ifti. Mana tak nye jadual hari ini terlalu padat.
Ifti mengerling jam dihadapannya,sudah dekat jam 3 petang. Tiba-tiba matanya memandang 'frame' gambarnya bersama Que Amar. Ifti tersenyum."Emm kacak jugak sewel ni,hidung pun mancung. Matanya plak berwarna coklat hazel ala-ala campuran barat. Eii yg paling geram tgk bibirnya yg 'pink' kemerahan tu. Lesung pipit dalam nauu!!" monolog Ifti dlm hati
Senyumannya mati apabila tringat kembali adegan semalam. Que Amar benar-benar serius melamarnya.
"Dia betul-betul nak jadikan aku isterinya ke?" getus hati Ifti lagi
"Dia cintakan kau sebenarnya Qaseh Nur Iftinan,kau je tak sedar" suara lain berbisik
Ifti tersentak. Dia memandang sekeliling bilik guru,kosong! Dia mula naik seram terus mengemas mejanya dan berlalu kluar dri bilik guru.
******************************
Iphone 6 milik Ifti mula berdering. Lagu 'Kurelakan Jiwa' mula berkumandang. Ifti mencapai telefon bimbitnya dan melihat siapa pemanggilnya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Sempurna
RomanceAsalnya aku dan dia hanya berkawan rapat tetapi kini aku sendiri keliru dengan hubungan kami berdua selepas permintaan Mama yang betul-betul gila ini. Qaseh Nur Iftinan gadis ceria dan sentiasa disenangi oleh org sekelilingnya. Que Amar seorang jej...