3 MAC 1924 - Jatuhnya Khilafah Islamiyyah

104 6 2
                                    

Tapi sebelum tu kita tengok sikit pengenalan apa itu khilafah. Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Ok berbalik pada cerita. 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh umat Islam. Tarikh ini juga adalah tarikh secara rasmi terhapusnya sistem pemerintahan khilafah Uthmaniyah di Turki. Secara tak rasmi dah lama dah sebelum tu lagi. Hakikatnya Turki Uthmaniyah mengalami kejatuhan yang bermula beratus tahun sebelum berakhirnya khilafah terakhir ini. Ia adalah manifestasi kelalaian umat Islam sendiri disamping kesungguhan agenda kuffar untuk melenyapkan kuasa 2/3 dunia ini. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional. Dan paling sedih ia diketuai oleh orang Islam sendiri yang menjadi dalang kejatuhan empayar agung ini iaitu La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Dialah dalang segala-galanya. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah hutang, melalui revolusi Arab 191 perjanjian Skyes-Picot dan juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama. Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah.

Sama ada kitasedar ataupun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam".

Namun jangan kita lupa bahawa disebalik sejarah kejatuhan ini, kecekalan seorang pemerintah yang benar-benar berusaha untuk mempertahankan Islam ketika itu, iaitu khalifah Abdul Hamid II(1876-1909). Pada zaman pemerintahannya, wujud banyak anasir luar yang menekan Turki. Antaranya termasuklah negara Barat, Yahudi dan Freemason. Malangnya, Sultan Abdul Hamid tidak dapat meneguhkan kedudukannya untukmempertahankan Islam.

Pada tanggal 31 Mac 1909, pihak zionis melakukan satu konspirasi hebat di mana mereka telah mencetuskan pembunuhan berdarah di kota Istanbul, Turki. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang. Akhirnya, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai seorang khalifah, pemegang tampuk pemerintahan Turki pada ketika itu. Orang-orang Yahudi telah menjadikan hari perlucutan sultan tersebut sebagai hari penting dan bersejarah mereka.

Tidak lama selepas perlucutan jawatan tersebut, jelas lagi nyata hakikat sebenar yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Pihak kuffar mula menjalankan niat jahat mereka. Mereka menyedari bahawa bukan mudah untuk menghancurkan khilafah melainkan dengan mengangkatseorang pahlawan boneka seperti Mustafa Kamal Atartuk bagi mengaburi mata rakyat Turki pada waktu itu. Setelah itu, bermulalah tipu daya mereka. Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Atartuk telah dirancang rapi. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.

Mulai hari itu, maka bermulalah usaha Atartuk dalam melaksanakan misi pihak Yahudi. Atartuk telah menggantikan sekolah Islam dengan sekolah sekular dibawah Kementerian Pendidikan. Selain itu, dia juga telah mengarahkan supaya azan ditukarkan kepada bahasa Turki. Dia juga mengarahkan kalendar Hijri ditukar kepada kalendar Masihi.

Apa jadi kepada Mustafa Kamal Attartuk lepas tu ?
Maha suci Allah, Attartuk mendapat balasan yang setimpal, kematian Kamal Attartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, darah tinggi dan yang paling azab sekali panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada Bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr .a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri KITA) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahua'lam.

3 MAC 1924- Jatuhnya Khilafah IslamiyyahWhere stories live. Discover now