M

154 6 0
                                    

M adalah sahabat istimewa buat aku, meskipun aku berkenalan dengannya hanya sebulan. Aku hanya mampu memanggilnya dengan nama M sebab nama asalnya agak panjang dan sukar diungkapkan dengan lidah manusia. Katanya dia adalah Bangsa Mohad yang datang dari galaksi yang jauh.

Dia pernah berkata padaku jika sekiranya untuk bangsa manusia diturunkan para nabi sebanyak 124,000 orang dan rasul sebanyak 313 orang, bangsa Mohad pula hanya diturunkan sebanyak 3 orang nabi dan rasul sahaja, yang nama ketiga- tiganya adalah Mohad. M berkata bahawasanya dia adalah dari umat Mohad III.

Sebermulanya kisah ku dengannya adalah ketika aku bersama tiga orang sahabatku pulang selepas Isyak setelah selesai mengaji dengan Ustaz Harun. Secara tiba- tiba, langit menjadi cerah, ia memancar dari langit kemudian mencecah bumi.
Di sebalik cahaya itulah M muncul dalam keadaan yang terpinga-pinga. Kemudian, dia memandang kami yang kehairanan. Dia tertarik dengan kitab al-Quran yang kami pegang. Dia meminta memberikan kitab suci itu. Lalu, dia menyelak helaian kitab itu satu persatu.

" Jadi inilah dia kitab suci bagi makhluk planet ini." kata M

M, sudah lama tidak berjumpa. Semoga misi awak untuk halang niat jahat Jeneral Lorda dari menakluk bumi ini berjaya. Aku akan sentiasa doakan awak, M.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Certot Fixi: MWhere stories live. Discover now