Perigi Cari Timba

1.8K 36 6
                                    


SUASANA petang itu mendamaikan dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang redup. Kelihatan ramai pelajar yang bersantai di kawasan taman kampus. Ada yang sedang bergosip, ada yang duduk bersantai, ada juga yang mengulang kaji pelajaran di atas rumput dan di atas meja yang disediakan.

"Kita rehat 15 minit. kepala aku dah berat nak menghafal segala benda ni," kata Izzah kepada empat orang kawannya yang turut sama mengulang kaji pelajaran di atas meja.

"Okey!" jawab Syamira, Nadhia, Idham dan Fadhli serentak.

Izzah mengeluarkan botol kaca berisi air soya dari dalam beg sandang lalu meneguknya.

"Bestnya angin petang ni. Tidur pun sedap ni!" Idham mendongakkan kepala ke langit. Kedua-dua belah tangannya didepangkan sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Kau orang, jom kita main satu permainan nak?" Fadhli memandang satu per satu wajah kawannya.

"Game apa?" tanya Syamira. Buku yang terbuka segera ditutup.

"Truth or dare!" Fadhli tersengih. Keningnya diangkat berulang kali.

"Interesting! Dah lama aku tak main game tu. Aku on." Idham memberikan persetujuan.

"Kau orang pulak?"

"Aku no hal. Ringan sikit kepala aku ni." Izzah menutup kembali botol kaca itu dan meletakkannya di tepi.

"On!" Nadhia dan Syamira menjawab serentak.

"Cantiklah! Izzah, kau habiskan air soya kau tu. Guna botol kaca baru best sikit nak pusing-pusing," arah Fadhli yang dari tadi memerhatikan botol air soya di atas meja.

Izzah mencapai botol airnya lantas meneguk air soya sehingga habis. Kemudian dia menyerahkan botol kaca yang telah kosong itu kepada Fadhli.

Fadhli membaringkan botol itu di tengah meja dan bersedia untuk memusingkan botol.

"Chop! Chop!" Izzah menahan.

"Kenapa?" tanya Fadhli pelik.

Keempat-empat mereka memandang Izzah.

"Kau orang tunggu sekejap, aku nak pergi kafe." Dia bangkit dari bangku dan berjalan laju meninggalkan kawan-kawannya.

"Cepat sikit tau!" jerit Idham yang sudah tak sabar mahu memulakan permainan.

"Okey!" Izzah melajukan langkah. Beberapa minit menanti, bayangan Izzah muncul dengan gelas yang berisi air. Dia tersengih sambil menayangkan gelas di tangannya.

"Air apa pulak tu?" Syamira pelik melihat warna air yang tak serupa air. Keruh semacam aje!

Izzah hanya menjawab dengan sengihan. "Bagi aku pusing botol tu dulu."

Fadhli mengangkat tangannya dari botol kaca itu untuk memberi ruang kepada Izzah memulakan permainan.

Izzah menarik nafas, kemudian dia mula memusingkan botol kaca di depannya. Botol itu berpusing 360 darjah dan berhenti di depan Idham.

"Truth or dare?" Izzah bertanya kepada Idham.

"Hmm... dare!" jawab Idham pantas.

Perigi Cari TimbaWhere stories live. Discover now