"WOI GEMOK BANGUN !"
Nazrin menerjah masuk ke bilik Nana dan melompat-lompat di atas katil yang berlapikkan cadar biru laut bercorak bunga ros pink kemerahan.
"Dah tua pun nak lompat-lompat. Kecohlah kau bang" Nana menekup telinganya dengan bantal. "Sekolah. Siap cepat dah nak pukul 7. Abang bagi 15 minit. Lambat, abang tinggal" ugut abangnya selamba dan keluar dari bilik adiknya.
Nana segera bangun dan bersiap. Ugutan yang mendalam dan panas didengar itu membuatkan Nana meluat.
Bukan tak kenal Nazrin Shahmi, abangnya seorang itu. Apa yang dimahukan, dia nekad melakukan apa saja untuk mencapai kemahuannya.
"Adik kau lambat 2 minit. Bye" Nazrin menaikkan cermin tingkap kereta dan menekan minyak.
"Abang ! Patah baliklah gila !" jerit Nana. Marah betul.
"Siapa suruh kau lambat agagaga" Nazrin mengejek adiknya sambil mereverse kereta. "Mama tengok abang ni. Cari gaduh pagi-pagi" Nana menuding jari ke arah abangnya yang lagi menggelakkannya.
Mamanya, Datin Hanita membeliakkan mata, memandang ke arah anak lelakinya. "Ha mama tengah tengok ni. Kenapa ? okey je" . "Eee mama ni pun" Nana merengek dan terus masuk ke dalam kereta. Datin dan Nazrin hanya mampu ketawa.
"Hoi !"
"Mak kau putih whiteboard ! eh" Nana melatah lantas menekup mulutnya dengan tangan. Mana taknya elok kawan tu baca buku, diketuk meja sekuat hati.
"Aii teruknya. Fokus nampak Cik Nana" tegur kawannya, Asyura. "Kau ni sama je dengan si gila tu. Pagi-pagi dah buat orang frust" kata Nana sambil matanya meneliti nota sejarah.
"Gurau je weh. By the way, siapa si gila tu ?" soal Asyura. Nana mengeluh "Siapa lagi kalau bukan abang aku tu". "Ohhh. Eh tapi dia tu handsome do hahaha aku jatuh cinta" kata Asyura separuh menjerit.
Nana memandang Asyura dengan pandangan euu-what-the-hell tanda menyampah. Mereka berdua mengulang kaji bersama. Maklumlah, exam dah dekat. Kalau gagal buat malu je duduk kelas top.
Nana Shazlin dan Asyura Sakinah merupakan kawan baik dari darjah 4 hinggalah sudah besar panjang dan akan menduduki peperiksaan besar, SPM. Mereka ni boleh dikatakan top studentlah juga. Dengan kepandaian, kecantikkan, keramahan dan keriangannya. Tapi ada satu kelainan pada mereka. Nana, ganas orangnya. Lain pula Asyura yang lemah-lembut. Cuma mereka ni... iyalah, kawan. Kalau dah berjumpa tak mustahil tak bertukar perwatakan.
Tiba waktu rehat. Nana bangun menuju ke arah Asyura yang lagi menyimpan buku-bukunya didalam meja. "Cuwa, hari ni tak payah rehat. Aku nak kena jumpa junior, ajar dorang addmath. Aku ajar, kau eksplen" pinta Nana. Tangannya menepuk-nepuk bahu Asyura.
"Tak payah nak tepuk sangatlah. Terkeluar tulang aku karang, kau masukkan balik" jelingan maut diberikan kepada Nana.
Nana mengetap gigi. Tangannya semakin kuat menepuk bahu Asyura. "Hoi sakitlah ! Hish iyelah aku ikut" Asyura membuntuti Nana dari belakang dengan malas pergi ke perpustakaan.
"Hai kiddos. Lama tunggu ? Sorry ye lambat" tegur Nana dan duduk berhadapan dengan dua orang juniornya. Manakala Asyura duduk bersebelahan Nana. "Eh takdelah kak. Kitorang pun baru sampai ni" kata salah seorang juniornya.
Nana dan Asyura serentak berpaling memandang satu sama lain. Tiba-tiba terbahak-bahak mereka ketawa. Junior mereka sudah kebingungan.
"'Kak' dia panggil kau ?!" Asyura menghamburkan tawanya begitu juga Nana. Mereka serta-merta senyap apabila dimarahi pengawas perpustakaan yang bertugas di situ.
"Okay sorry guys. Tak tahan nak gelak. Btw jangan panggil akak. Panggil sunbae je" ujar Nana dan diiyakan oleh Asyura.
"Tahu tak sunbae tu apa ?" kata Asyura lagi. Juniornya menggeleng. "Sunbae tu maksudnya senior dalam bahasa korea" sambung Nana pula.Asyura menyampuk "Betul. Lagipun kitorang lagi selesa dipanggil sunbae". Junior mereka hanya mengangguk.
"Okay let's. Karang waktu rehat habis tak terbelajar pula". Mereka berempat memulakan sesi ajar-mengajar hinggalah tamat waktu rehat.
"Thanks aunty. Bye Cuwa, 4 petang datang rumah aku study" ujar Nana dan melambai Asyura dan mummynya. Selalunya, mummy Asyura yang akan menghantar Nana pulang selepas waktu persekolahan kerana mamanya dan mummy Asyura adalah kenalan rapat ketika di Universiti.
Cuwa, panggilan nama Asyura yang hanya dipanggil oleh orang terdekat dengannya sahaja.
"Mama, adik dah balik" Nana mencampakkan beg sekolahnya ke atas sofa. Matanya melilau mencari Datin Hanita. "Aik sunyi je pehal ni" Nana naik ke atas dan mengintai di bilik mamanya kalau-kalau datin berada di dalam.
Dan ya, tekaannya betul. Tapi Nana tak sanggup mengejutkan mamanya yang lagi lena dibuai mimpi pada siang hari itu.
Nana masuk ke biliknya, mandi dan turun ke bawah memakai tshirt berwarna biru, pada bahagian lengan yang hanya paras siku berwarna kelabu dan hanya memakai seluar jeans pendek paras lutut. Gengster.
Nana menuju ke dapur sambil menyanyi lagu Hate nyanyian 4minute, kpop star. Dia membubuh cereal honeystar kedalam mangkuk.
Nana pergi ke ruang tamu dan mencari dvd terbaru yang dibeli abangnya. "Dilwale yeahhh" lantas memasang dvd tersebut dan menekan butang pada remote.
Ding Dong !
Nana segera membuka pintu dan dapati kawannya, Asyura berdiri memegang buku Akaun dan Addmath.
"Ayoo sistur, waddap" Asyura bersalam gaya hiphop. Asyura datang memakai tshirt lengan panjang berwarna turqoise bercorak thunder di bahagian bawah baju, berserta seluar jeans hitam. Rambutnya dibunkan. Simple !
Nana menjemput Asyura masuk. Tanpa segan silu Asyura terus masuk dan menghempas badannya di atas sofa putih rumah Nana. "Hoi kalau ye pun duduk sopan lah sikit" Nana mengetuk kepala sahabatnya.
Asyura menggosok kepalanya ditempat yang Nana ketuk "Ala bagi aku rileks kejap. Aku tak sempat rehat kot. Balik, main fon 10 minit, lepastu siap datang rumah kau. Boleh pulak tertinggal buku akaun kat rumah, kena patah balik" jelas Asyura panjang lebar minta simpati dari Nana.
"Tulah rabun. Buku akaun setebal muka kau tu pun tak nampak" perli Nana. Asyura hanya tersengih-sengih.
"Aku suruh datang pukul 4, yang kau semangat sangat datang pukul 2 pahal ?! Tepi, aku nak duduk" sambungnya. Dia menolak kaki Asyura menyebabkan Asyura jatuh berguling-guling dibawah. Namun Nana tidak mempedulikannya. Dia tahu, itu semua hanyalah lakonan.
Setengah jam kemudian, mereka mula mengulang kaji subjek akaun dan diikuti matematik tambahan. Seiringan dengan itu, diriuhkan suasana sepi itu dengan gurauan, sindiran, tamparan, jeritan, tepukan dan gelak-tawa mereka. Friendship goals. XD